Entri kali ini lain sikit.Memang pun lain.Saya nak cari tiket penerbangan termurah sekali.Destinasi dituju adalah seperti bandar-bandar kaherah,jeddah,madinah senang cerita bandar-bandar timur tengah,seperti Alexandria,Amman,dubai dan seumpamanya.
Nak tahu juga tips yang anda ada,saya memang mencari-cari harga termurah agar kos tiket yang dapat dijimatkan tu dapat disalurkan ke kos penginapan kelak.
Bukan dalam masa terdekat,tapi kita boleh cari dari sekarang kan,selalunya susah nak jumpa,bila ada sahaja tiket tawaran murah,tentu habis dalam beberapa jam.Tak sempat nak tix sebagai pilihan.Nak tengok trip pun tak dapat.Selalunya syarikat penyedia perkhidmatan akan email promo atau tawaran best punya kan...masa itu jugalah memang sold out.
Contoh macam ni
Tambahan pula,kalau kita ambil saudi air,dah ada syarat baru.Dia cakap 4 jam minima apa benda lah saya pun tak tahu sangat.4 jam transit ke apa entahlah.
Kos biasa dalan range dia puratanya dalam rm1,600 la .Tapi kalau pergi secara keluarga,haa,memang terasa jugalah sesak di dada.Baru tiket kapal terbang,belum tempat penginapan lagi tu,maka itulah kalau boleh perancangan yang rapi dalam memilih harga tiket supaya tidak berlaku ketirisan disitu.
Dan salah satu cara membeli tiket murah adalah mengambil tiket yang ada transit ke bandar lain dulu sebelum tiba ke destinasi.
Selain tu pilih waktu.Siang atau malam.Dan cara yang biasa digunakan adalah perbandingan harga menerusi laman yang membuat membuat perbandingan harga.Contoh seperti agoda,wego dan seumpamanya.
Musim cuti pun memainkan peranan turun naik harga tiket penerbangan ke destinasi pilihan.
Kalau misalnya anda ada cara pengalama terbaik lagi superb yang boleh menjimatkan kos tiket penerbangan,bolehlah kongsi kat sini.
p/s-makcik nak pergi berumrah bersama keluarga akan datang.Inn sya Allah.survey tiket murah dulu bha...
No comments:
Post a Comment