Dialah Penghuni Langit - wanalovemekahmadinah

Sunday, January 31, 2016

Dialah Penghuni Langit

Uwais Al-Qarni.Jika saya sebutkan disini,tentu sekali nama ini jarang disebutkan,kecuali beberapa orang.Hatta para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w juga ada yang tidak mengenal siapa pemilik nama ini dizamanya.

Takala baginda s.a.w menyuruh agar Saidina Umar al-Khattab menemui Uwais,maka Rasulullah s.a.w menyertakan tanda yang ada pada pemuda itu.

Peristiwa ini berlaku semasa Uwais al-Qarni mahu menziarah Nabi Muhammad s.a.w di madinah.Dengan meminta izin dari ibunya,Uwais melakukan persiapan agar dapat bertemu dengan kekasih hatinya.

Uwais ini berada di yaman,sementara Rasulullah s.a.w pula berada di madinah.Jadi Uwais melalui perjalanan yang sungguh jauh.Sesudah berpesan-pesan kepada jiranya agar menjenguk-jenguk ibunya itu,Uwais pun bergerak menuju ke madinah.Pada waktu ini,Uwais bergerak seorangan dan tidak ditemani oleh sesiapapun.

Dalam padang pasir yang sangat sukar di tafsirkan,Uwais melalui perjalanan yang bumbungnya langit,ditemani panas dan sejuk malam.Bintang-bintang menjadi penghias waktu malamnya.

Akhirnya,Uwais telah berjaya melalui perjalanan itu,dan kini dia berada di hadapan pintu rumah Rasulullah s.a.w.Dia tidak tahu akan ketiadaan Rasulullah s.a.w pada waktu itu.Didalam rumah tersebut,hanyalah Saidatina Aisyah r.anha.

Pintu pun di ketuka dan salam diberi.Salamnya dijawap oleh Saidatina Aisyah r.anha.Lalu Uwais pun segera bertanyakan tentang Rasulullah s.a.w dan memberitahu akan hasratnya menziarah nabi s.a.w hingga membawanya kesini.Inilah peluang Uwais al-Qarni untuk melihat wajah kekasih yang sering dirindukan dari jauh.Tentu wajah yang dilihatnya lebih indah dari apa yang difikirkan.Pasti hatinya sudah tidak tertanggung lagi menahan rindu itu.

Akan tetapi,hasratnya tidak kesampaian,Saidatina Aisyah r.anha memberitahu bahawa,Rasulullah s.a.w berada di medan peperangan bersama-sama pasukan tentera islam lain bagi menghadapi musuh islam.Uwais mendengari jawapan itu merasa sedih.Sungguh besar ujian yang ditimpanya ketika ini.Mungkin hari yang salah untuknya menziarah nabi s.a.w.

Uwais masih mahu bertanya,bilakah nabinya itu akan pulang.Mungkin dia boleh bermalam disini menunggu kepulangan kekasih hatinya.Saidatina Aisyah r.anha yang masih berada di depan pintu jika mungkin lelaki itu mahu meninggalkan apa-apa pesan kepada Rasulullah s.a.w.

Ketika itu,dia segera mengingati pesan ibunya agar segera pulang.Tidak sampai hati dia untuk berlama-lamaan disini.Maka itu,dia mengambil keputusan untuk segera pulang sahaja.Mungkin lain masa jika Allah mengizinya kesini semula.

Setelah meminta izin dari Saidatina Aisyah r.anha,Uwais berjalan pulang.Ibunya tidak berapa sihat ketika ia tinggalkan.Namun,ibunya mengizinkan Uwais menziarahi Rasulullah s.a.w ketika itu,malah sempat berpesan agar segera pulang setelah menemui kekasihnya.Maka itulah Uwais segera pulang demi ibunya.

Itulah Uwais.Orangnya sangat taat kepada ibunya.Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai dalam tugas memimpin pasukan tentera islam dimedan perang,baginda segera pulang ke rumahnya.Ketika pulang,baginda s.a.w bertanya kepada Saidatina Aisyah r.anha,tentang sesiapa yang mencari baginda s.a.w ketika ketiadaanya dirumah.

Setelah Saidatina Aisyah r.anha memberitahu akan seseorang pemuda lelaki yang mencarinya,baginda s.a.w pun menjelaskan bahawa pemuda itu adalah anak yang taat kepada ibunya.Dan cukup terkenal dilangit (penghuni langit).

Rasulullah s.a.w bersabda demikian:"Kalau kalian ingin bertemu dengan dia,perhatikanlah,ia mempunyai tanda di tengah-tengah tapak tanganya."



Baginda s.a.w selanjutnya memandang Saidina Ali r.a dan juga Saidina Umar r.a lalu bersabda:"Suatu ketika,apabila kalian bertemu dengan dia,mintalah doa dan istigfarnya,dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi
Sesudah itu beliau Saw, memandang kepada sayyidina Ali R.a dan sayyidina Umar R.a dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Itulah kedudukan Uwais al-Qarni dilangit.Tergolonga sebagai penghuni langit dan bukan penghuni bumi.

2 comments:

  1. Subhanallah..
    Beruntungnya menjadi Uwais Al Qarni. "Fofular" di langit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uwais termasuk kekasih Allah.Beruntunglah mereka yang didekatnya,rezekinya luas,dalam naungan-Nya yang terpelihara di akhirat.

      Delete