TEMPAT TIDAK DI MASUKI DAJJAL
Mekah Al-Mukarramah,Madinah Al-Munawarrah,Al-Aqsa serta masjid Thusina adalah 4 tempat yang tidak akan di masuki dajjal.Kebiasaannya kita hanya mengetahui 2 tempat yang dajjal tidak akan masuk.Ini ekoran adanya penjaga di dua tempat kota suci itu.2 tempat itu adalah mekah (MASJIDIL HARAM) serta madinah (Masjid Nabawi@Masjid Nabi).
Mujahid-rahimahullah-berkata,
كُنَّا سِتَّ سِنِيْنَ عَلَيْنَا جُنَادَةُ بْنُ أَبِيْ أُمَيَّةَ, فَقَامَ فَخَطَبَنَا فَقَالَ: أَتَيْنَا رَجُلاً مِنْ اْلأِنْصَارِ مِنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فَدَخَلْنَا عَلَيْهِ فَقُلْنَا: حَدِّثْنَا مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ وَلاَ تُحَدِّثْنَا مَا سَمِعْتَ مِنْ النَّاسِ. فَشَدَدْنَا عَلَيْهِ فَقَالَ: قَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِيْنَا فَقَالَ: أَنْذَرْتُكُمُ الْمَسِيْحَ وَهُوَ مَمْسُوْحُ الْعَيْنَ –قَالَ: أَحْسَبُهُ قَالَ: اَلْيُسْرَى- يَسِيْرُ مَعَهُ جِبَالُ الْخُبْزِ وَأَنْهَارُ الْمَاءِ, عَلاَمَتُهُ: يَمْكُثُ فِي اْلأَرْضِ أَرْبَعِيْنَ صَبَاحًا. يَبْلُغُ سُلْطَانُهُ كُلَّ مَنْهَلٍ لاَ يَأْتِيْ أَرْبَعَةَ مَسَاجِدَ : اَلْكَعْبَةَ وَمَسْجِدِ الرَّسُوْلِ و الْمَسْجِدَ اْلأَقْصَى والطورَ. وَمَهْمَا كَانَ مِنْ ذَلِكَ فَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيْسَ بِأَعْوَرَ –وَقَالَ ابْنُ عَوْنٍ: وَأَحْسَبُهُ قَدْ قَالَ:-يُسَلَّطُ عَلَى رَجُلٍ فَيَقْتُلُهُ, ثُمَّ يُحْيِيْهِ وَلاَ يُسَلَّطُ عَلَى غَيْرِهِ
“Selama enam tahun, kami di bawah pimpinan Junadah bin Abi Umayyah. Dia pernah berdiri memberikan khutbah kepada kami seraya berkata, “Kami pernah mendatangi seorang Anshor (Ubadah bin Ash-Shomit, pent.) dari kalangan sahabat Rasulullah Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kami pun masuk menemuinya seraya berkata, “Ceritakanlah kepada kami sesuatu yang pernah Anda dengar dari Rasulullah Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, jangan Anda ceritakan kepada kami sesuatu yang kau dengarkan dari orang-orang”, lalu kamipun mendesaknya. Maka dia (Ubadah bin Ash-Shomith) berkata, “Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- pernah berdiri di depan kami seraya bersabda, “Aku ingatkan kalian (bahaya) Al-Masih (yakni, Dajjal). Dia adalah seorang yang buta sebelah (picok) matanya –Rowi berkata, “Aku yakin ia bersabda,”yang kiri”–. Akan berjalan bersamanya gunung-gunung roti, dan sungai air. Tandanya, ia akan tinggal di bumi selama 40 hari. Kekuasaannya akan mencapai semua tempat minum (telaga). Dia tak akan mendatangi empat masjid: Masjid Ka’bah, Masjid Rasul, Masjidil Aqsho, dan Thur (Thursina’). Apapun yang terjadi, ketahuilah bahwa Allah -Azza wa Jalla- tidaklah buta sebelah. –Ibnu Aun (rawi) berkata,”Aku yakin ia bersabda,– ditundukkan baginya seorang laki-laki; Dajjal pun membunuhnya, lalu ia hidupkan, dan tidak ditundukkan selainnya“. [HR. Ahmad (5/364). Di-shohih-kan oleh Al-Arna’uth dalam Takhrij Al-Musnad (23139)]
Rujukkan laman azidmember.
Saya percaya bahawa anda telah pun mengetahui perihal dajjal paling tidakpun dajjal adalah buta sebelah mata,dan Tuhan kita tidak buta sebelah.Serta untuk menambah lagi pelindungan kita dari dibelengu fitnah dajjal ini,Rasulullah sallallah alaihi wassalam Muhammad,menganjurkan kita agar menghafaz paling tidak 10 ayat pertama dari surah al-kahfi,atau 10 ayat pertengahan surah al-kahfi,atau 10 ayat terakhir dari surah al-kahfi.Untuk menghafaz ayat-ayat surah al-kahfi klik surah.my(surah al-kahfi 1-110).
4 Masjid yang menurut Rasulullah sallallah alaihi wassalam Muhammad yang tidak di masuki dajjala adalah seperti berikut ;
Bagi ganjaran mereka yang solat di masjidil haram adalah sebanyak 100,000 kali lebih baik dari masjid-masjid yang ada di sekeliling kita,kecuali masjid nabawi dan masjid al-aqsa.Subhanallah,begitu besar ganjaranya beribadah di masjidil haram.Semoga kita dapat menikmati ganjaran yang dijanjikan.Insya Allah.
M A S J I D - N A B A W I
Yang keduanya pesan Rasulullah sallallah alaihi wassalam Muhammad,adalah masjid nabawi.Disini juga adalah malaikat yang menjaganya dari dicemar oleh dajjal.Ganjaran bagi mereka solat disini yakni masjid nabi,adalah bersamaan dengan 1000 kali lebih baik dari masjid-masjid biasa kecuali masjidid haram dan al-aqsa.
Hadist riwayat dari Imam Ahmad.
Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah sallallah alaihi wassalam bersabda: Satu sembahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.
M A S J I D - A L - A Q S A
Tersedia maklum bahawa,inilah tempat dimana berlaku peristiwa mikraj yakni mikraj adalah perjalanan dari masjid al-aqsa ke sidratil muntaha di langit ke-7
Perjalanan ini bermula di waktu malam yang sedang insan lain ada di ulit lena,Rasulullah sallalahu alaihi wassalam tika itu sedang menuju ke sidratil muntaha bagi menerima perintah Allah swt.
Dipetik dari laman iluvislam,yang mana saya ambil sedikit dari kisah panjang berkaitan peristiwa mikraj untuk menyempurnakan tajuk artikel saya ni mengenai tampat tidak dimasuki dajjal.Di samping menyampaikan artikel ini,saya selitkan sedikit dari petikan dan sumber kisah dari laman-laman terpilih.Sebenarnya banyak,tapi saya ingin ringkaskan supaya tidak terlalu panjang.Untuk menulis panjang lebar dalam satu laman bukan lah tujuan yang saya mampu,tapi saya cuba garapkan sebaik mungkin dengan kisah yang ingin disampaikan.Insya Allah.
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Masjid al-aqsa yang juga ada sejarah seperti terkandung dalam surah al-isra.
Permandangan dari jauh.Masjid al-aqsa berkongsi tapak dengan masjid al-shakhra yang juga sebahagian dari tapak ruang al-aqsa.Ia berwarna emasan dan disitu juga terletaknya batu yang menjadi peminjak Rasulullah sallallahu alaihi wassalam sewaktu ingin mikraj.Dan masjid al-aqsa bukan sahaja hak umat islam di palestin,akan tetapi hak semua umat islam didunia ini.
No comments:
Post a Comment