Tanda Kiamat Menerusi Matahari - wanalovemekahmadinah

Thursday, January 28, 2016

Tanda Kiamat Menerusi Matahari

Matahari bukan sahaja menjadi sumber cahaya dan tenaga kepada kehidupan dibumi,Malahan menjadi salah satu dari tanda-tanda kiamat besar yang akan datang.

Tanda yang dapat dilihat menerusi matahari ini adalah apabila terbitnya matahari dari arah barat.Dalam keadaan normal,matahari terbit dari arah timur ke barat.Namun,akan berlaku fenomena luar biasa dan ganjil kelak dan termasuk sebagai salah satu tanda kiamat semakin hampir.

Adapun tanda yang dapat dilihat menerusi matahari ini hanya sekali sahaja.Tidak berlaku dua atau lebih.Sekali matahari terbit dari arah barat,sudah cukup membuat orang-orang disekeliling ketakutan dan menjerit melihat fenomena itu berlaku.

Dalam membahaskan terbitnya matahari dari arah barat,banyak cendiakawan ilmuwan islam telah mengupas tentangnya.Tidak mengira waktu siang mahupun malam.Kuliah-kuliah agama sering diadakan demi kebaikan umat.

Terbitnya matahari dari arah barat adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh mana-mana manusia pun didalam dunia ini.Ia adalah satu bukti kebenaran yang membenarkan apa yang telah rasul-Nya sampaikan sebelum ini.

Allah s.w.t boleh melakukanya dengan mudah,dengan hanya berfirman "Jadilah" maka apa sahaja akan patuh pada perintah-Nya termasuklah matahari.Cuma kita sebagai manusia mahu jadikan ia sebagai peringatan atau sekadar tidak ada apa-apa yang akan berlaku adalah keputusan diri sendiri.

Matahari apabila terbit sebelah barat,akan menyebabkan peluang-peluang yang ada tertutup rapat.Peluang yang tertutup ini adalah hanya kepada golongan-golongan yang tidak beriman sebelumnya.Atau mereka yang ada iman,akan tetapi tidak mengejarkan kebaikan.

Al-Quran telah pun tercatitnya keterangan ini didalam surah al-An'am ayat 158.
Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu ?) mereka menunggu kedatangan malaikat bagi mencabut nyawa mereka atau kedatangan seksaan daripada tuhanmu,atau kedatangan sebahagian daripada tanda-tanda tuhanmu (yang menjadi alamat datangnya hari kiamat) ? pada hari munculnya sebahagian daripada tanda-tanda tuhanmu itu,sudah tidak berfaedah lagi iman orang yang tidak beriman sebelum itu,atau yang tidak berusaha melakukan kebaikan mengenai imanya.Katakanlah:Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatkanya) dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang dijanjikan oleh tuhan kepada kami).

Dalam mengenal tanda-tanda kiamat,maka tanda matahari terbit di barat adalah salah satu yang membawa impak besar kepada keimanan hingga membawa tertutupnya pintu taubat.

Rasulullah s.a.w menyampai pesanan ini dalam hadist Bukhari dan Muslim,"Sudah tidak berfaedah lagi iman orang yang tidak beriman sebelum itu"iaitu ketika matahari sudah terbit dari arah barat.Baginda s.a.w bersabda bahawa:

"Hari kiamat tidak akan berlaku sebelum terbitnya matahari dari barat.Apabila manusia melihat kejadian itu,kesemua mereka akan beriman tetapi ketika itu keimanan sudah tidak berguna lagi bagi manusia yang tidak beriman sebelumnya."

Kedua-dua nas itu menjelaskan kepada kita tentang terbitnya matahari dari barat,keyakinan orang-orang yang tidak beriman kepada beriman sudah tidak berguna lagi.Taubat mereka yang tidak bertaubat sebelum kejadian itu turun tidak diterima lagi.Malahan apa sahaja perkara yang membawa kepada kebaikan dan keimanan yang sebelumnya tidak beriman atau beriman akan tetapi tidak membuat kebaikan juga turut tidak diterima susulan kejadian ganjil itu.

Ini kerana,telah terang dan terbukti bahawa penyataan yang terdapat didalam al-quran benar,rasul-Nya benar dalam memperingatkan peristiwa itu,lalu mereka menjadi yakin dan beriman,namun telah tertutup peluang yang ada.

Dan bagi mereka yang telah beriman sebelum peristiwa itu,terdapat hadist yang direkodkan oleh Muslim,Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ketahuilah yang Allah membuka tangan-Nya pada malam hari bagi menerima taubat orang yang berbuat dosa pada siang harinya dan membuka tangan-Nya pada siang hari bagi menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam hari.Perkara itu akan terus berlaku sampailah matahari terbit dari barat.Apa akan terjadi kepada yang sudah beriman kepada Allah dan beramal soleh sebelum matahari terbit di barat ? mereka tetap dalam keimanan dan keimanan mereka semakin bertambah kerana melihat sendiri tanda kiamt itu,iaitu terbitnya matahari dari barat."


Beberapa malam sebelum terbitnya matahari dari arah barat

Sebelum matahari terbit dari arah barat,beberapa malamnya akan terasa panjang dari satu malam menjadi malam yang panjangnya seperti 2 hingga 3 malam lamanya.Orang-orang tidak mengetahui kejadian itu,mereka tidak mengetahui sama ada matahari akan terbit seperti kebiasaanya ataupun tidak pada keesokan harinya.

Didalam hadist yang rekodkan oleh Baihaqi,Rasulullah s.a.w Bersabda:

"Malam itu amat panjang sehingga sepanjang dua malam atau tiga malam.Orang yang amat takut kepada tuhanya akan bangun mengerjakan solat dan bekerja seperti biasa sehingga tidak menyedari yang bintang sudah berada di tempatnya.Kemudian,mereka tidur lalu bangun dan menunaikan solat,tetapi malam seolah-olah tidak mahu berakhir.Mereka tidur kembali sampai mereka bangun dan hari masih tetap gelap.Malam terasa begitu panjang bagi mereka.

"Ketika mereka menyedari,mereka jadi takut memikirkan jangan-jangan peristiwa besar makin menghampiri.Manusia bimbang dan berkumpul bersama-sama lalu berkata, 'apa yang berlaku ini ?'

"Mereka pun berkumpul di masjid.Pagi menjelma tetapi matahari tidak juga terbit.Ketika mereka menanti-nantikan matahari terbit dari timur,rupa-rupanya matahari terbit dari barat.Keadaan itu menyebabkan manusia menjerit sekuat hati mereka kerana ketakutan.Apabila matahari sampai ke tengah langit,ia kembali lagi dan berputar dari tempat terbitnya."

Keadaan itu membuka mata mereka.Lalu mereka mahu cepat-cepat menghitung apa yang mereka miliki dengan hasrat mahu berinfak (sedekah).

Dalam hadist yang direkodkan lain pula,Baihaqi menyebutkan bahasa,Rasullullah s.a.w menambah," Manusia pun pergi bersedekah dengan emas merah,tetapi tidak ada yang mahu menerima.Lalu dikatakan kepada mereka,'Kalaulah sejak kemarin saudara melakukan perkara itu."

Kejadian itu merentap keinginan mereka untuk memikirkan nikmat-nikmat dunia.Lalu memikirkan perkara-perkara kebaikan.


Mengambil tafsiran Qurthubi yang menjelaskan alasan-alasan mengapa keimanan manusia tertolak pada hari itu.Kata al-Qurthubi,para sarjana Muslim berkata,"Keimanan tidak berguna lagi bagi manusia ketika matahari terbit dari barat kerana hati  mereka sudah direntap dengan rasa ketakutan sehingga memadamkan semua syahwat dan melemahkan setiap kekuatan badan.Kerana berasa yakin hari kiamat telah dekat,keadaan semua manusia berubah menjadi seperti keadaan orang yang menghadapi kematian.Dorongan bagi melakukan perkara-perkara maksiat sudah terputus dan terkekang dalam diri mereka.Dan kerana sebab itulah,taubat orang yang bertaubat dalam keadaan itu tidak diterima sebagaimana tidak diterimanya taubat orang yang dijemput ajal."

Maka dengan itulah maksud 'segera melakukan kebaikan' sebelum datang tanda-tanda yang membenarkan al-quran dan rasul-Nya kepada kita dalam keadaan tanpa disedari.

No comments:

Post a Comment