أتاني جبريل وفي يده كالمرآة البيضاء فيها كالنكتة السوداء فقلت يا جبريل ما هذه قال الجمعة قال قلت وما الجمعة قال لكم فيها خير قال قلت وما لنا فيها قال يكون عيدا لك ولقومك من بعدك ويكون اليهود والنصارى تبعا لك قال قلت وما لنا فيها قال لكم فيها ساعة لا يوافقها عبد مسلم يسأل الله فيها شيئا من الدنيا والآخرة هو له قسم إلا أعطاه إياه أو ليس بقسم إلا ادخر له عنده ما هو أفضل منه أو يتعوذ به من شر هو عليه مكتوب إلا صرف عنه من البلاء ما هو أعظم منه قال قلت له وما هذه النكتة فيها قال هي الساعة هي تقوم يوم الجمعة وهو عندنا سيد الأيام ونحن ندعوه يوم القيامة ويوم المزيد قال قلت مم ذاك قال لأن ربك تبارك وتعالى اتخذ في الجنة واديا من مسك أبيض فإذا كان يوم الجمعة هبط من عليين على كرسيه تبارك وتعالى ثم حف الكرسي بمنابر من ذهب مكللة بالجواهر ثم يجيء النبيون حتى يجلسوا عليها وينزل أهل الغرف حتى يجلسوا على ذلك الكثيب ثم يتجلى لهم ربك تبارك وتعالى ثم يقول سلوني أعطكم قال فيسألونه الرضى فيقول رضائي أحلكم داري وأنيلكم كراسي فسلوني أعطكم قال فيسألونه قال فيشهدهم أنه قد رضي عنهم قال فيفتح لهم ما لم تر عين ولم تسمع أذن ولا يخطر على قلب بشر قال وذلكم مقدار انصرافكم من يوم الجمعة …. قال فليسوا إلى شيء أحوج منهم إلى يوم الجمعة ليزدادوا إلي ربهم نظرا وليزدادوا منه كرامة
Jibril pernah mendatangiku,dan di tanganya ada sesuatu seperti kaca putih.Di dalamnya (kaca) itu,ada titik hitam.Aku pun bertanya,"Wahai Jibril,ini apa ?"Beliau menjawab,"Ini hari jumaat."Aku bertanya lagi,"Apa maksudnya hari jumaat ?" Jibril mengatakan,"Kalian mendapatkan kebaikan di dalamnya."Aku bertanya,"Apa yang kami peroleh darinya (hari jumaat) ?"Beliau menjawab,"Hari jumaat menjadikan hari raya bagimu dan bagi kaummu setelahmu.Sementara,orang yahudi dan nasrani mengikutimu (sabtu ahad)."
Aku bertanya, “Apa lagi yang kami peroleh di hari Jumaat?” Beliau menjawab, “Di dalamnya, ada satu kesempatan waktu; jika ada seorang hamba muslim berdoa bertepatan dengan waktu tersebut, untuk urusan dunia serta akhiratnya, dan itu menjadi bahagiannya di dunia, maka pasti Allah kabulkan doanya. Jika itu bukan bahagianya maka Allah simpan untuknya dengan wujud yang lebih baik dari perkara yang dia minta, atau dia dilindungi dan dihindarkan dari keburukan yang ditakdirkan untuk menimpanya, yang nilainya lebih besar dibandingkan doanya.”
Aku bertanya lagi, “Apa titik hitam ini?” Jibril menjawab, “Ini adalah kiamat, yang akan terjadi di hari Jumaat
Hari ini merupakan pemimpin hari yang lain menurut kami. Kami menyebutnya sebagai “yaumul mazid”, hari tambahan pada hari kiamat.” Aku bertanya, “Apa sebabnya?” Jibril menjawab, “Kerana Rabbmu, Allah, menjadikan satu lembah dari minyak wangi putih. Apabila hari Jumaat datang, Dia Dzat yang Maha suci turun dari illiyin di atas kursi-Nya. Kemudian, kursi itu dikelilingi emas yang dihiasi dengan berbagai perhiasan. Kemudian, datanglah para nabi, dan mereka duduk di atas mimbar tersebut. Kemudian, datanglah para penghuni syurga dari kamar mereka, lalu duduk di atas bukit pasir.
Kemudian, Rabbmu, Allah, Dzat yang Maha suci lagi Maha Tinggi, menampakkan diri-Nya kepada mereka, dan berfirman, “Mintalah, pasti Aku beri kalian!” Maka mereka meminta redha-Nya. Allah pun berfirman, “Redha-Ku adalah Aku halalkan untuk kalian rumah-Ku, dan Aku jadikan kalian berkumpul di kursi-kursi-Ku. Kerana itu, mintalah, pasti Aku beri!” Mereka pun meminta kepada-Nya. Kemudian Allah bersaksi kepada mereka bahawa Allah telah meredhai mereka.
Akhirnya, dibukakanlah sesuatu untuk mereka, yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorang. Dan itu terjadi selama kegiatan kalian di hari jumat …. sehingga tidak ada yang lebih mereka nantikan, melebihi hari Jumaat, agar mereka dapat semakin sering melihat Rabb mereka dan mendapatkan tambahan kenikmatan dari-Nya.”(H.r. Ibnu Abi Syaibah, Thabrani dalam Al-Ausath, Abu Ya’la dalam Al-Musnad, dan statusnyahasan atau sahih, sebagaimana keterangan Abdul Quddus Muhammad Nadzir)
Menerusi hadist diatas,dapat memberikan kita satu kelebihan yang mungkin kita bila berdoa,sering-sering merasakan doanya tidak dimakbulkan.dari hadist diatas juga ada menyatakan bahawa doa kita itu membawa maksud bukanlah jikap ditolak,tolaknya secara mutlak,akan tetapi diberikan ganti kepadanya sesuai pada ketika itu,ataupun disimpan dihari yang lain.wallahualam
Allah s.w.t menyimpan banyak keistimewaan dihari jumaat khas untuk umat ini.Paling ditunggu kelak adalah hari jumaat ketika di akhirat kelak.Hari yang selalu dinanti-nantikan agar sering dan selalu melihat Rabb kita dan memperoleh lebih banyak lagi kenikmatan dari-Nya.inn syaAllah.
No comments:
Post a Comment