Sebelum mengulas isu tentang pantang larangnya di tanah haram,eloklah mengenal dulu dimana lingkungan pantang larang ini berjalan ertinya di bila dah masuk wilayah haram.
Sebagai panduan kepada penduduk mekah,tetamu,masyakarat dan juga umumnya,telah ada tanda yang diletakan bagi memberikan makluman dan pengetahuan sempadan-sempadan wilayah tanah haram ini.Dengan ini,mereka yang telah melepasi atau memasuki wilayah haram ini,maka mereka akan terikut dengan syarat yang Allah telah tetapkan disepanjang berada dalam tanah haram.Maka,dengan kesedaran yang ada,seseorang itu lebih berhati-hati ketika berada di tanah haram.
Di mekah,terdapat wilayah yang dipanggil atau disebut sebagai tanah haram.Adapun dimekah juga,terdapat bahagian yang tidak termasuk dalam wilayah tanah haram.Ini kerana pada orang-orang suatu ketika dulu,mengangap bahawa pengkampungan mereka termasuk dalam kawasan mekah.Secara jelasnya,ketika ini,semua arah masuk ketanah haram,akan terdapat papan tanda atau satu binaan seperti menara yang menandakan sempadan tanah haram dengan tanah halal.Dengan cara itu,seseorang akan dengan lebih mudah dapat mengenal batas tanah haram tanpa ragu-ragu.
Tentang kelebihan melihat kaabah,Ibnu Abbas r.a berkata: "Memerhatikan Kaabah akan mengukuhkan iman". Hamad bin Abi Salamah Rahimahullah berkata: "Orang yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang bersungguh-sungguh dalam beribadat".
Selain pengharaman di kawasan mekah,pengharaman juga berlaku keatas madinah.Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t kerana ia merupakan: Tempat Nabi s.a.w berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda.
Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat bertahan di akhir zaman nanti. Iman akan pulang ke tempat asalnya seperti ular pulang ke sarangnya sebagaimana hadist yang boleh kita cari tentangnya.Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri daripada Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. Ia merupakan negara terakhir di dunia ini yang diruntuhkan iaitu ketika kemakmuran baitulmaqdis,saat itulah keruntuhan madinah. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan Hadis-hadis. Ia adalah Haram Allah dan RasulNya s.a.w (Haramain).
Sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah s.w.t akan membalasnya seperti garam yang larut di dalam air. Ianya terhindar dari segala keburukan atau kejahatan kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berdoa untuknya yang bermaksud: Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap menyintai Kota Madinah sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Mekah, bahkan lebih dari itu.

An-Nawawi rahimahullah berkata,
"Batas tanah haram dari arah Madinah adalah di setelah Tan'im di perkampungan Bani Nigar, tiga mil dari Mekah. Dari jalur Yaman terletak di ujung Adhati Libn, tujuh mili dari Mekah. Dari arah Thaif di Arafah di lembah Namirah, tujuh mil (dari Mekah). Dari Jalur Irak di jalur bukit bilmaqtha, tujuh mil. Dari jalan Ji'ranah di perkampungan Alu Abdullah bin Khalid, sembilan mil, dari jalur Jedah, potongan A'syasy, sepuluh mil dari Mekah." (Al-Majmu, 7/463)
Sempadan yang dibuat adalah ditandai oleh Nabi Ibrahim a.s Nabi Ismail a.s dengan malaikat Jibril a.s bersamanya selain menunjukan Nabi Ibrahim a.s dalam proses persempadanan tanah haram tersebut.Ini berdasarkan dari firman Allah s.w.t:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dengan ini bapa sekalian nabi-nabi telah membina masjid yang paling mulia di kawasan yang paling mulia. Allah Taala mengkhususkan Masjidilharam dengan tidak boleh bersusuh payah untuk bermusafir melainkan kepadanya (Masjidilharam), Masjid Nabi dan Masjidilaqsa, sebagaimana (dikhususkan juga) dengan digandakan pahala sembahyang di dalamnya dimana sembahyang di Masjidilharam (digandakan) dengan seribu sembahyang.
Yang bermaksud: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan rupaNya yang Maha Mulia, kekuasaan yang azali dari Syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah, dengan nama Allah wahai Tuhanku selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w). Tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku dan bukakanlah untukku kesemua pintu rahmatMu.
Setiap pintu atau jalan-jalan besar menuju tanah haram,akan ada satu pintu gerbang jika jalannya besar pintu gerbang lah,jika jalanya kecil cuma ada satu batu atau menara kecil yang tertulis 'Beginning of haram border' ketika masuk dan semasa kita ingin keluar dari tanah haram kita akan lihat pula 'End of haram border'.Erti dua perkataan tersebut adalah 'Bermula sempadan tanah haram' bila telah bermula,itu bermakna kita terikut dengan ketetapan syarat tanah haram,dan satu lagi 'Tamat sempadan tanah haram' iaitu kita telah melepasi sempadan keluar tanah haram.
Batu sempadan tersebut semua orang akan dapat lihat dengan jelas.Ianya berwarna putih,sangat jelas dan memang dibuat untuk memberitahu dan tanda peringatan kepada sesiapa jua.
Pantang larang semasa ihram dengan berniat haji ataupun umrah perlu menghindari larangan seperti berikut:
- Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah pokok atau payung.
- Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.
- Menutup muka bagi wanita.
- Memakai sarung tangan.
- Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedut ke dalam hidung.
- Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.
- Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan.
- Mengerat atau membuang kuku.
- Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di tanah haram.
- Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di tanah haram atau di tanah halal.
- Bersetubuh.
- Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.
- Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.
Tentang kelebihan melihat kaabah,Ibnu Abbas r.a berkata: "Memerhatikan Kaabah akan mengukuhkan iman". Hamad bin Abi Salamah Rahimahullah berkata: "Orang yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang bersungguh-sungguh dalam beribadat".
Selain pengharaman di kawasan mekah,pengharaman juga berlaku keatas madinah.Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t kerana ia merupakan: Tempat Nabi s.a.w berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda.
Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat bertahan di akhir zaman nanti. Iman akan pulang ke tempat asalnya seperti ular pulang ke sarangnya sebagaimana hadist yang boleh kita cari tentangnya.Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri daripada Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. Ia merupakan negara terakhir di dunia ini yang diruntuhkan iaitu ketika kemakmuran baitulmaqdis,saat itulah keruntuhan madinah. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan Hadis-hadis. Ia adalah Haram Allah dan RasulNya s.a.w (Haramain).
Sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah s.w.t akan membalasnya seperti garam yang larut di dalam air. Ianya terhindar dari segala keburukan atau kejahatan kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berdoa untuknya yang bermaksud: Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap menyintai Kota Madinah sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Mekah, bahkan lebih dari itu.
Semoga dengan sedikit info ini dapat menambahkan lagi ilmu yang ada,selain membuat persediaan asas-asas ke tanah suci mekah.inn syaAllah.
Ketahui jenis-jenis Dam atau Denda yang lengkap.
Ketahui jenis-jenis Dam atau Denda yang lengkap.
No comments:
Post a Comment