Ngaji Quran:al-Fatihah ayat 1 hingga 7 - wanalovemekahmadinah

Saturday, February 13, 2016

Ngaji Quran:al-Fatihah ayat 1 hingga 7


ﺑِﺴْﻢِ ﭐﻟﻠَّﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"


ﭐﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِّ ﭐﻟْﻌَـٰﻠَﻤِﻴﻦ
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"


ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ
Ar-rahmâni r-rahîm
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"


ﻣَـٰﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﭐﻟﺪِّﻳﻦ
Mâliki yawmi d-dîn
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"


ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan"


ﭐﻫْﺪِﻧَﺎ ﭐﻟﺼِّﺮَ ٰﻁ ﭐﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"


ﺻِﺮَ ٰﻁَ ﭐﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ
ﻏَﻴْﺮِ ﭐﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ
ﻭَﻻَ ﭐﻟﻀَّﺎۤﻟِّﻴﻦَ

Sirâta llazîna an`amta `alayhim
ghayri l-maghdhûbi `alayhim
wala dh-dhâllîn
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"


Mengenai Surah Al-Fatihah
Surah Al-Fatihah lebih di kenali dengan sebutan 'Ummul Kitab' dan penghulu bagi surah² Al-Quran yang.lain.Surah Al-Fatihah ini menjadi surah permulaan dalam turutan susunan Surah² yang terdapat di dalam Al-Quran.

Al-Fatihah disebut Ash-Shalah, kerana Al-Fatihah itu sebagai termasuk syarat sahnya solat.
Selain itu, Al-Fatihah disebut juga Asy-Syifa'. Berdasarkan hadis riwayat ad-Darimi
dari Abu Sa'id, sebagai hadis marfu', "Fatihatul kitab itu merupakan syifa' (penyembuh)
dari setiap racun."

Juga disebut ar-Ruqyah. Berdasarkan hadis Abu Sa'id, iaitu ketika menjampi (ruqyah)
seseorang yang terkena sengatan, maka Rasulullah saw bersabda, "Dari mana engkau
tahu bahawa Al-Fatihah itu adalah ruqyah."

Surah Al-Fatihah diturunkan di Mekkah (Makkiyah). Demikian dikatakan Ibnu Abbas,
Qatadah, dan Abu al-'Aliyah. Tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa surah ini turun
di Madinah. Ini menurut pendapat Abu Hurairah, Mujahid, Atha' bin Yasar, dan
az-Zuhri. Ada yang berpendapat, surat Al-Fatihah turun dua kali, sekali turun di
Mekah dan yang sekali lagi di Madinah.

Pendapat pertama lebih serupa dengan firman Allah, "Dan Sesungguhnya Kami telah
berikan kepadamu sab'an minal matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang)." (Al-
Hijr: 87). Wallahu a'lam.


Jika Dia kehendaki kita kebaikan,Dia akan berikan dan tunjukan jalan yang lurus.Jika Adapun jika Dia mahu,akan Dia palingkan kita dari jalan kebenaran.

Sesungguhnya,jika kita ketahui bahawa,jalan yang lurus itu adalah bukan di dunia sahaja,akan tetapi di satu jalan yang sukar,iaitu di titian mustaqim.Masa kita melalui jalan itu,kita akan berdoa "Berilah kesempurnaan cahaya keimanan kami" 

ketika di akhirat juga kita akan berdoa,Sudah membayangkan bahawa kita perlukan sesuatu bentuk bekalan agar kita mempunyai hak tuntutan.Misalnya,kita pergi membeli belah,mempunyai kad bonus keahlian,kita mahu menuntut bonus ahli,lalu diberikan.Namun kita seakan tidak berpuas hati,kenapa hanya dapat sikit,lalu juru jawab pusat membeli belah itu berkata,"Ia bergantung kepada berapa banyak pelanggan membeli barangan di sini",jadi pelanggan sebolehnya mahu menuntut semaksima bonus ahli mereka.
Begitu juga berurus niaga dengan Allah,ada sejenis peniagaan yang berjual beli yang kita tidak akan rugi.

Bonus ? tunggulah masa kita berhadapan dengan siratulmustaqim,masa inilah kita akan tahu,berapa banyak yang kita telah berjualbeli dengan Allah (akan disempurnakan keimanan dalam bentuk cahaya bagi membolehkan kita melintas dengan laju),adapun bagi yang sabar dan bertaqwa,tentu mereka mendapatkan hasil yang lebih.Sabar itu separuh dari iman,dengan sabar,dah dapat separuh keimanan.Banyak juga tu,namun sukar untuk didapatkan.Bila nak sabar,masa itu juga kita tak dapat sabar betulkah ? jika betul,carilah jalan lain agar memperolehinya,dengan duduk,berwuduk.


Bagi mereka yang mahu berwakaf ilmu,dijemput ke wakaf ilmu  

No comments:

Post a Comment