Ngaji Quran:Tafsir Ayat al-Waqiah - wanalovemekahmadinah

Sunday, February 14, 2016

Ngaji Quran:Tafsir Ayat al-Waqiah

Saya sudah lama mencari makna-makna beberapa ayat yang terdapat didalam al-Waqiah.Akhirnya bertemu juga.Sebenarnya saya kerap kali cuba untuk memahami ayat-ayat-Nya.Cuba mencari tafsir (pemahaman) tentangnya.

Maka dapat juga saya temui tafsir tersebut.Beberapa tahun saya mencarinya.Alhamdulillah.Ibnu Katsir,jika saya mencari tafsir atau makna-makna sesuatu ayat,tentu beliau ada.Ibnu Katsir terkenal dengan pakar dalam tafsir ayat Quran dan hadist.

Nanti saya akan kongsikan apa yang saya temui tu.Sesuatu yang sangat berharga untuk umat ini.








Ayat yang ke 14 ini,membuatkan saya mahu mencari segolongan kecil itu.Bila para sahabat mendengarkan ayat ini,mereka ada yang terasa berat.Kerana segolongan kecil itu.Makna segolongan kecil itu juga membuatkan saya sesak dada.Tambahan pula,sebahagian golongan kecil dari yang 
terkemudian.

Jadi masing-masing merasakan ini sangat berat sekali.Dari yang terkemudian,bilangan kecil sahaja. Namun turun lagi ayat yang ke 39 dan ke 40 menyebutkan segolongan besar dari umat terdahulu,dan sebilangan besar dari umat kemudian,maka hati terasa lapang sikit. Tentang perbahasan ayat ini telah dibahaskan oleh para ulama.


Dan kita boleh lihat mengapa sesuatu ayat itu diturunkan.Maka boleh kita memperlajari tentangnya.Bukankah bila membaca Quran ini hati menjadi tenang ? maka terjawab sudah kemuskilan saya ini.Benar hati sudah menjadi tenang.Dibawah saya dah alih sikit text bahasa dia dari bahasa asal.





Allah berfirman dalam Al Waqi’ah 7,
وَكُنْتُمْ أَزْوَاجًا ثَلاثَةً
“Dan kamu menjadi tiga golongan.”
Ibnu Katsir dalam Tafsir Al Quran Al Azhim menyatakan bahawa ertinya, pada hari kiamat manusia terbahagi menjadi tiga golongan.
Sayyid Quthb dalam Fi Zhilal Al Quran menyatakan, “Di sana kita menjumpai manusia dibahagi ke dalam 3 golongan, bukan 2 golongan cirikan seperti disajikan di bahagian lain Al Quran.” 


Satu golongan berada di sebelah kanan ‘Arsy dan mereka adalah yang keluar dari sebelah kanan Adam. Golongan ini diberi kitab catatan amal dengan tangan kanan mereka kemudian mereka digiring ke dalam golongan kanan. Mereka adalah secara majoritinya penduduk  syurga.
Golongan lainnya berada di sebelah kiri ‘Arsy, dan mereka inilah yang keluar dari sebelah kiri Adam. Mereka diberi kitab catatan amal dengan tangan kiri kemudian digiring ke dalam golongan kiri. Mereka inilah golongan kiri. Mereka inilah sebahagian besar penduduk neraka.
Dan satu golongan lainnya berada dekat di hadapan Allah. Mereka inilah golongan yang lebih dekat, lebih beruntung, dan lebih khusus daripada golongan kanan kerana mereka adalah pemimpin golongan kanan. Di tengah-tengah mereka terdapat para rasul, para nabi, para shidiqin, dan orang-orang yang mati syahid. Jumlah mereka jauh lebih kecil dari  golongan kanan. Kerana itu, Allah berfirman, 



فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِوَأَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِوَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ
“Iaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk syurga).” (Al Waqi’ah 8-10)
Imam Al Qurthubi dalam tafsirnya menyebutkan bahwa Muhammad bin Ka’ab, berkata tentang firman Allah, “Dan orang-orang yang paling dahulu beriman,” maksudnya adalah para Nabi.
Sedangkan As Suddi berkata, “Mereka adalah orang-orang yang menempati tempat tertinggi.”
Sedangkan Ibnu Katsir menafsirkan, “Dan orang-orang yang paling dahulu beriman,” adalah orang yang berlumba dan bersegera dalam melakukan kebaikan sebagaimana yang diperintahkan.  Siapapun yang berlumba di dunia ini dan paling dahulu berbuat kebajikan, maka di akhirat termasuk orang-orang yang paling dahulu mendapatkan kemuliaan, kerana balasan bagi suatu amal akan sejenis dengan amal tersebut. Engkau akan mendapatkan balasan sesuai dengan apa yang engkau perbuat. Kerana itulah Allah berfirman,


أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ
“Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga-syurga kenikmatan.” (Al Waqi’ah 11-12)
Allah kemudian berfirman mengabarkan tentang orang-orang yang bersegera dalam kebajikan serta mendekatkan diri kepada Allah bahawa mereka adalah tsullah, yakni segolongan umat.
ثُلَّةٌ مِنَ الأوَّلِينَ وَقَلِيلٌ مِنَ الآخِرِينَ
“Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.” (Al Waqi’ah 13-14)
Namun, para ulama berbeza pendapat tentang tafsir awwalin (awal) dan akhirin (akhir) tersebut:
Pendapat pertama menyatakan bahawa yang dimaksud dengan awwalin adalah umat terdahulu, sedangkan akhirin adalah umat sekarang ini.


Abul A’la Al Maududi dalam Tafhim Al Quran menyebut, bahawa awwalin adalah umat yang telah lalu semenjak Nabi Adam hingga waktu Nabi Muhammad. Dan akhirin adalah mereka yang hidup sejak pengangkatan Nabi Muhammad sampai hari kiamat.
Penafsiran ini berasal dari Mujahid, Hasan Al Bashri, diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan dinukil Imam Ibnu Jarir Ath Thabari dalam tafsirnya, sembari mengutip sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, “Kita adalah umat terakhir, tetapi terdepan pada hari kiamat.” (HR Al Bukhari 238 dan Muslim 855)
Hal ini didukung oleh sebuah hadits hasan li ghairihi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad nombor 9080 dari Abu Hurairah, ia berkata, “Ketika ayat ini turun,

ثُلَّةٌ مِنَ الأوَّلِينَ وَقَلِيلٌ مِنَ الآخِرِينَ
“Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.”
Maka terasa berat bagi para shahabat Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, kemudian turun ayat,
ثُلَّةٌ مِنَ الأوَّلِينَ وَثُلَّةٌ مِنَ الآخِرِين

“Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan besar dari orang-orang yang kemudian.”
Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya aku berharap kalian menjadi seperempat penghuni syurga, sepertiga penghuni syurga, bahkan setengah penghuni syurga, sedangkan setengahnya diperebutkan oleh mereka.”
Ibnu Katsir mengatakan, ini penafsiran yang dipilih oleh Ibnu Jarir, hanya saja penafsiran ini perlu dikaji ulang, bahkan ia adalah pendapat yang lemah. Alasannya kerana umat ini adalah umat terbaik, sebagaimana disebutkan oleh Al Quran secara nash, sehingga amat janggal kalau muqarrabun (orang-orang yang dekat Allah) lebih banyak berasal dari umat lain. Bahkan secara tekstual, jumlah orang-orang yang dekat pada umat ini jauh lebih banyak daripada umat umat setelahnya.

Pendapat kedua, yang dianggap lebih kuat tentang tafsir, “Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu,” adalah  dari angkatan pertama umat ini, dan, “dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian,” yaitu dari umat Islam ini juga.
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan, Al Hasan membaca firman, “Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga-syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.” Ia berkata, “Yakni sebagian besar dari orang-orang yang telah berlalu dari umat (Islam) ini.”
Ibnu Abi Hatim juga meriwayatkan dari Ibnu Sirin bahwa dia berkata tentang firman, “Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.” Ia berkata, “Dahulu mereka mengatakan atau mengharap bahawa mereka semua dari kalangan umat (Islam) ini.”
Dan satu yang tidak dapat dibantah adalah bahawa generasi pertama suatu umat selalu lebih baik daripada generasi berikutnya.
Dengan demikian, kata Ibnu Katsir, maka ada kemungkinan bahawa ayat tersebut merangkumi semua umat (baik umat Muhammad, ataupun umat sebelumnya). Masing-masing umat menurut keadaannya. Kerana itu diriwayatkan secara sahih, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian orang-orang setelah mereka, kemudian orang-orang setelah mereka.”
Dalam hadits lain, “Akan senantiasa ada segolongan orang dari umatku yang berjuang membela kebenaran. Orang-orang yang menghina dan menentang mereka, tidak akan menggoyahkan golongan ini hingga hari kiamat.”
Teks hadits lain mengatakan, “Hingga datanglah keputusan Allah (kiamat), mereka tetap seperti itu (berjuang membela kebenaran).”
Ibnu Katsir mengatakan bahawa yang dimaksud di sini adalah bahawa umat ini lebih mulia dibandingkan dengan umat lain. Orang-orang yang lebih dekat kepada Allah dari umat ini lebih banyak dibandingkan dengan umat lain, darjat mereka lebih tinggi kerana kemuliaan agama dan keaggungan nabinya. Kerana itu dalam hadits sahih disebutkan bahawa Rasulullahh Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memberitahu bahawa di antara umat ini terdapat 70.000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Semak sini fimadani

No comments:

Post a Comment