Soalan-soalan Di Alam Kubur - wanalovemekahmadinah

Monday, February 22, 2016

Soalan-soalan Di Alam Kubur

sumber gambar:peribadirasulullah.wordpress.com
Sumber foto sumber gambar:peribadirasulullah.wordpress.com

Setelah menikmati kehidupan dunia yang fana,maka,kehidupan seterusnya adalah didalam alam kubur atau juga dikenali dengan kehidupan alam barzakh.Maka,bermulalah sesi temuduga penghuni neraka dan penghuni syurga dialam kubur.Perbagai sesi soal jawab akan diajukan kepada penghuni kubur yang baru itu.

Sebenarnya,alam kubur boleh jadi salah satu dari taman-taman syurga,dan boleh jadi juga salah satu dari lubang-lubang neraka.


Abu Said al-Khudri menceritakan,dia bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jenazah.Lalu baginda bersabda demikian;

"Wahai manusia,umat ini akan diuji di kuburnya.Apabila seorang dikuburkan,lalu rakan-rakannya pulang,seorang malaikat akan datang kepadanya sambil membawa palu padanya.Malaikat itu lalu mendudukkanya dan bertanya,'Apa yang kamu katakan mengenai orang ini ?'

Sekiranya dia seorang beriman,dia akan berkata,'Saya bersaksi tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu hamba dan Rasul-Nya.''Kamu benar,' balas malaikat itu sambil membuka pintu neraka dan berkata lagi,'Itu tempatmu sekiranya kamu kafir kepada Tuhanmu.Sekiranya kamu beriman,itu tempat tinggalmu.'Lalu dibukakan pintu syurga untuknya.

Orang itu mahu bergerak kesana,tetapi malaikat berkata padanya,'Diamlah!' lalu dia diberikan kelapangan ketika berada didalam kubur.'

Orang beriman akan menjawab segala pertanyaan yang diajukan kepadanya didalam kubur oleh malaikat dengan teguh sesuai keimanan mereka ketika hayatnya.Ini disabdakan oleh Rasulullah s.a.w setelah ada para sahabatnya bertanya kepada baginda s.a.w tentang bagaimanakah seseorang itu dapat menjawab soalan-soalan itu,hatta melihat palu itupun sudah membuatkan orang itu merasa gerun dan pastilah akan hilang segala tutur bicaranya untuk membalas segala pertanyaan malaikat itu.

Lalu Rasulullah s.a.w membacakan ayat seperti berikut;

Bagaimana pula jika orang tersebut tidak beriman ? adakah dia mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan soalean kubur itu smua ?

Jika dia seorang yang kafir atau juga munafik,malaikat itu bertanya kepadanya,'Apa yang kamu katakan mengenai orang ini ?'

Orang itu akan menjawab,'Aku tidak tahu,aku mendengar orang menyatakan sesuatu.'

lalu dikatakan kepada orang itu oleh malaikat,'Kamu tidak tahu,kamu tidak membaca dan kamu tidak mengikut pertunjuk.'

Lalu dibukakan pintu syurga dihadapanya.Malaikat itu berkata,'Ini tempat tinggalmu sekiranya kamu beriman kepada Tuhanmu.Tetapi oleh kerana kamu kufur kepada-Nya,Allah telah mengantikan dengan yang ini,'Lalu dibukakan pintu neraka.Kemudian orang itu dipukul oleh malaikat dengan pukulan yang dapat didengari oleh semua makhluk Allah melainkan jin dan manusia.'[1]


Adapun soalan-soalan di alam kubur yang lain dapat diketahui menerusi hadist ini;

(وَقَالَ: وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ، حِينَ يُقَالُ لَهُ: يَا هَذَا، مَنْ رَبُّكَ ؟ وَمَا دِينُكَ ؟ وَمَنْ نَبِيُّكَ ؟ قَالَ هَنَّادٌ: قَالَ: وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ، فَيُجْلِسَانِهِ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ ؟ فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللَّهُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: دِينِيَ الْإِسْلَامُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ قَالَ: فَيَقُولُ: هُوَ رَسُولُ اللَّهِ، فَيَقُولَانِ: وَمَا يُدْرِيكَ؟ فَيَقُولُ: قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ، فَآمَنْتُ بِهِ، وَصَدَّقْتُ) 

Dan dia berkata: «Dan sesungguhnya dia benar-benar mendengar hentakan kasut-kasut mereka apabila mereka berpaling membelakangkan, apabila dikatakan kepadanya: Wahai ini, siapa Tuhan kamu? Dan apa agama kamu? Dan siapa Nabi kamu?». Berkata Hannad: Dia berkata: «Dan mendatanginya dua mala’ikat, maka mereka berdua mendudukkannya, dan mereka berdua berkata kepadanya: Siapa Tuhan kamu? Maka dia berkata: Tuhan saya Allah. Maka mereka berdua berkata kepadanya: Apa agama kamu? Maka dia berkata: Agama saya Islam. Maka mereka berdua berkata kepadanya: Apakah lelaki ini yang dibangkitkan pada antum?». Dia berkata: «Maka dia berkata: Dia ialah Rasulullah. Maka mereka berdua berkata: Dan apa yang kamu tahu? Maka dia berkata: Saya telah membaca Kitabulllah dan saya beriman dengannya dan saya membenarkan.[2]

Rujukan;1.Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad al-Iman Ahmad.
2[Abi Dawud/ 4753, sahih]

No comments:

Post a Comment