Tukar Duit Sebelum Pergi Umrah atau Haji - wanalovemekahmadinah

Sunday, February 7, 2016

Tukar Duit Sebelum Pergi Umrah atau Haji

Kita jangan terlupa akan sesuatu perkara yang penting.Iaitu menukar wang sebelum ke tanah suci mekah dan madinah.Mekah untuk melakukan ibadah umrah dan madinah menziarah makam Rasulullah s.a.w.

tukar duit ringgit ke riyal
Sangat penting menukar wang agar urusan perjalanan kita berjalan dengan baik dan teratur.Disini saya akan memberi contoh-contoh ringkas dimana kita boleh menukar wang ringgit kepada riyal.Panduan dan tips juga akan diberikan agar kita dapat kadar yang sangat berharga dan jimat masa serta mudah.

Pertama sekali kita perlu mencari atau survey dulu tempat-tempat nak tukar duit kita kepada riyal.Disini matawang arab saudi adalah dalam RIYAL atau simbolnya SR.Jika kita tidak tahu sebut atau tidak tahu matawang negara tersebut,sebut sahaja mahu pergi umrah/Haji ke mekah,maka pengurup wang tersebut dah dapat agak yang kita perlukan wang riyal ni.Jangan tersalah menukar jenis wang,jikapun menukar dalam dollar us,masih diterima lagi,jika menukar kepada matawang lain,wallahualam.


Dah jumpa tempat yang menawarkan kadar yang sesuai dengan kita,maka bolehlah kita menukarkan jumlah yang kita mahukan.Ataupun kita boleh cara secara online dan ambil nombor telefon pejabat atau pekerja tersebut,kemudian simpan dan hubungilah tanya apa-apa tentang tukaran ringgit ke riyal.


Saya pernah bertanya juga,saja-saja tanya,saya tanya,nak tukar satu ringgit kepada riyal berapa ? pekerja sana jawab kalau satu tidak diterima,sebab mereka jual dalam kuantiti yang besar huhu.Saya juga ada tanya ditempat lain juga selain dari tempat tu,tak silap diselayang.Saya nak tukar ringgit kepada dui mesir iaitu pound.Sesetengah tempat tidak ada,jadi maka itu kena survey dulu tempat-tempat yang menawarkan.


Kesimpulanya,ambil berat perkara-perkara seperti ini:

*Kadar terbaik diantara pengurup wang tersebut.
*Jumlah/berapa nak tukar.
*Wang kecil atau wang besar (wang kecil sesuai untuk membeli keperluan makanan,kalau pergi ke mesir,wang kecil wang besar ni banyak mainkan peranan,mahu naik bas atau membeli di kedai runcit,berilah wang besar,tentu mereka minta wang kecil huhu,kowt la kan)
*Jenis matawang negara nak pergi tu harus tahu,kalau tidak pun,sebutkan negara tersebut,dan pastikan wang yang anda dapat adalah laku atau sama dengan matawang negara nak dilawati.


Adapun beberapa tips lainya seperti website Travelex.Perkhidmatan ini boleh digunakan dengan menempah tukaran wang riyal seawal 2 hari sebelum perjalanan umrah bermula.

Kad Atm


Cara penggunaan kad atm ini adalah tertakluk kepada kesediaan penyedia perkhidmatan.Tidak semua kad atm memiliki kemudahan pengeluaran wang riyal dengan siap kadar caj pertukaran wang asing melalui mesin atm di mekah.Cara untuk mengetahui kad tersebut memiliki kemudahan pengeluaran wang di mesin atm negara lain adalah melalui tanda logo pada kad atm.Setelah itu bolehlah mengaktifkan kad atm tersebut untuk tujuan pengeluaran di mesin atm negara lain.

Logo atau tanda atau simbol pada kad atm membawa maksud tertentu contoh visa bermaksud dimana-mana penerima visa akan menerima kad yang berlogo visa.Begitu juga meps.Mesin-mesin atm hanya menerima kad yang bercirikan meps.Kini banyak kad atm sudah semakin update dengan berbagai ciri penambahan dan keselamatan.Kemudahanya bukan sahaja didalam negara,malah diseluruh dunia sudah mulai menerima kad atm terbaru.Dengan kemudahan ini,mesin-mesin atm di jeddah,boleh mengeluarkan wang riyal dengan menggunakan kad atm dari malaysia (tertakluk kepada pengaktifan kad atau jenis kad atm dan bank).

Walaubagaimanapun,penggunaan kad atm ini hendaklah bersiap-siap dengan luar jangka misalnya ketidak sediaan perkhidmatan mesin-mesin atau terhadnya mesin-mesin atm di sana.Jalan penyelesaian adalah menukar wang ringgit lebih awal sebelum ketibaan di lapangan terbang.

    Kalau ada tips lain,inn syaAllah saya update dalam artikel yang lain.Semoga yang ingin berumrah haji tu,mendapat balasan pahala disisi Allah.

    Untuk tutorial tempah hotel penginapan di mekah dan madinah boleh klik disini menempah penginapan hotel.


    Saya khususkan untuk berkongsi mengenai haji dan umrah disini iaitu laman untuk himpunkan tips dan panduan serta informasi mengenai ibadah haji dan umrah serta berkaitanya http://hotelmekahmadinah.blogspot.com/

    No comments:

    Post a Comment