Tukaran Ringgit Ke Saudi Riyal
Sebelum ini saya telah update pasal persedian awal sebelum ke tanah haram iaitu mekah dan madinah seperti memilih hotel atau tempat penginapan,dan juga memilih tiket yang murah.
Kali ini adalah tentang berkaitan dengan pembelanjaan kita disana.Jesteru itu,ini adalah info atau gambaran awal tentang keperluan yang perlu kita lakukan.
Antara yang perlu kita mesti ada adalah peruntukan untuk kesana dan urusan pembelanjaan kita disepanjang keberadaan kita disana.Apa yang perlu dilakukan adalah menukar wang ringgit kita (RM) kepada saudri riyal (SR).
Dari tarikh yang saya semak,nilai tukaran ringgit berbanding saudi riyal adalah pada kadar rm1.00/sr0.90.Boleh semak disini klik.(Lama ini hanya menunjukan nilai semasa je tau,bila pergi ke tempat nak tukar tu,mesti tak akan sama,ia berbeza-beza rate,bincanglah sikit supaya dapat rate best value hee,sila mainkan peranan anda)
Sebelum ingin berangkat ke destinasi,kita mesti menukar wang kita di pengurup wang berlesen dulu.Di kebanyakan tempat ada,Cuma kadar tukaran itu berbeza sedikit.
Kena survey tempat jugalah untuk dapat rate tukaran yang terbaik,lebig-lebih lagi dalam jumlah yang banyak.
Atau kita boleh aktiv kan kad visa debit (kad bank) yang ada logo visa plus.Visa plus tu kita boleh keluarkan duit di beberapa negara yang turut sama menjadi rakan kepada perkhidmatan tersebut.Itu dari segi keleebihan fungsinya.
Cuma dari segi casnya,memang agak mahal dari biasa.Untuk aktifkan kad itu,harus hubungi cawangan bank yang keluarkan kad tersebut,atau mana-mana cawangan bank berkenaan,selebihnya tertakluk apa syarat kad bank tu.
Bila semua urusan dengan bank selesai,kita boleh mengeluarkan wang dari mesin atm negara tersebut.Tapi wang tidak keluar dalam ringgit,keluar mengikut negara yang ada keluarkan tu.
Contoh,keluarkan duit dari mesin atm,maka keluarlah riyal,cas tukaran nilai ringgit tu dia akan tolak secara automatik tapi tinggi rendah itu atas mesin tu la.Maka itu perlu membuat persediaan secukupnya bagi mengelak berlaku cas tersembunyi yang menyebabkan kerajaan saudi dan keluarga diraja saudi tidak tahu menahu pun tentang wang anda.
Sebelum naik pesawat,elok tukarkan sedikit atau separuh duit kita kepada riyal,sebab nanti bila dah turun ke lapangan terbang jeddah atau madinah,kita nak pakai duit riyal untuk urusan pengangkutan pula.Kalau tak mahu tukar dulu semua,tidak mengapa,tapi nanti kena tukar jugakan...tapi kalau nak tukar ringgit kepada riyal disana,belum tentu pasti rate disana lebih rendah dari ini atau mungkin juga sana rendah semua bergantung pada keadaan dan isu-isu menyentuh hati..ceh !!!
Rasa-rasanya,kat mana yang boleh bagi rate best untuk ringgit ke riyal ni ? (mohon share di ruang komen),share anda amat dihargai : )
Saya khususkan untuk berkongsi mengenai haji dan umrah disini iaitu laman untuk himpunkan tips dan panduan serta informasi mengenai ibadah haji dan umrah serta berkaitanya http://hotelmekahmadinah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment