5 Kunci Ilmu Ghaib Yang Dijamin Rahsia - wanalovemekahmadinah

Tuesday, March 15, 2016

5 Kunci Ilmu Ghaib Yang Dijamin Rahsia

5 Kunci Ilmu Ghaib Yang Dijamin Rahsia 

Terdapat 5 kunci ilmu ghaib yang dijamin oleh Allah tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Dia.

Menerusi riwayat dari Abdullah dan Ath-Tobrani dan Ibnu al-Qayyim didalam Hadil-Arwah.

5 Kunci Ilmu Ghaib Yang Dijamin Rahsia
Mengenai 5 kunci ilmu ghaib yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t,Rasulullah s.a.w menerangkan hal demikian didepan para sahabat.Luqaith bin Amir menyatakan bahawa di bersama seorang rakan menemui Rasulullah s.a.w pada akhir bulan rejab.Dan ketika itu Rasulullah s.a.w baru kembali dari solat subuh serta pada pagi itu juga Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah yang panjang.

Antara isi khutbah yang panjang itu terselit juga tentang 5 kunci ilmu ghaib yang tidak di ketahui oleh sesiapa jua melainkan Allah s.w.t.

Soalan mengenai ilmu ghaib tersebut telah ditanya oleh salah seorang seorang hadirin khtubah tersebut.

Lalu Rasulullah s.a.w menernangkan hal mengenai ilmu ghaib didalam khutbah baginda s.a.w pafa pagi itu.

Sabda Rasulullah s.a.w,"Tuhanmu menjamin lima kunci ilmu ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa kecuali Allah s.w.t sahaja."Lalu Rasulullah s.a.w memberikan isyarat dengan tanganya.

Lalu orang yang sama turut bertanyakan makna isyarat itu.

"Apa itu?" 

Rasulullah s.a.w menjawab,"Ilmu tentang kematian.Dia mengetahui bila kematian salah seorang di antara kamu sedang kalian tidak mengetahuinya.Dia tahu apa yang terjadi pada esok hari,apakah kamu masih dapat makan,sedang kamu tidak mengetahui.Dia mengetahui hari turunya hujan,yang sebelumnya kalian dalam keadaan susah dan takut.Dia tersenyum kerana sudah tahu sebentar lagi akan turun hujan."

Luqaith pun berkara,"Kami tidak mengangap mustahil Allah tersenyum kerana suatu kebaikan."Selanjutnya Rasulullah s.a.w terus meneruskan khutbah lalu menyatakan bahawa "Dia mengetahui hari kiamat akan tiba."

Didalam hadist Burkori,Rasulullah s.a.w bersabda mengenai 5 ilmu ghaib yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w -manusia yang paling memahami Al Quran- menafsirkan bahawa kunci-kunci ilmu ghaib tersebut ada lima macam.Baginda s.a.w bersabda yang ertinya, ”Kunci-kunci ilmu ghaib ada lima, hanya Allah yang mengetahuinya: tidak ada yang tahu apa yang terjadi esok hari kecuali Allah, tidak ada yang tahu apa yang dikandung oleh rahim kecuali Allah, tidak ada yang tahu bilakah akan turun hujan kecuali Allah, tidak ada seorang pun yang tahu di bumi mana dia akan meninggal, dan tidak ada yang tahu bila terjadi hari kiamat kecuali Allah.” (HR Bukhori)

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment