Surat Kepada Sungai Nil
Allah s.w.t akan membantu sesiapa jua yang memelihara agama-Nya dengam memelihara orang itu dari perkara-perkara yang mendatangkan bahaya kepadanya melainkan yang dikehendaki oleh-Nya berlaku.
Sebagaimana contoh-contoh orang terdahulu seperti Saidina Umar al-Khattab r.a.Kisah Saidina Umar al-Khattab ini jarang-jarang orang mengetahu bagaimana Saidina Umar r.a pernah menulis surat untuk sungai nil.
Untuk melihat contoh orang yang memelihara agama Allah s.w.t dan bagaimana Allah s.w.t memelihara orang itu,bolehlah Menjaga Allah dan Mencontohi Akhlak Rasulullah s.a.w
Adapun kisah yang lain mengenai Saidina Umar al-Khattab r.a,adalah ketika diwaktu Khutbah dikalayak ramai dimana Saidina Umar yang pada waktu itu adalah Amirul mukminin kepada orang-orang mukmin telah terungkap kata-kata yang membuat orang-orang hadir dikhutbahnya berangapan beliau telah gila tiba-tiba.
Kisah ini saya dengar menerusi satu siaran radio ikim.fm suatu masa lalu.
Saya ingat kisah bilamana Saidina Umar r.a menulis surat kepada sungai nil.Namun saya kongsikan kisah secara ringkasnya disini.
Saidina Ali bin Abi Thalib r.a yang juga ada di situ berkata kepada mereka, "pasti yang dia katakan itu akan keluar seperti apa adanya."
Setelah itu Abdur Rahman datang menemui 'Umar di rumahnya. Dia adalah orang yang sangat percaya terhadap semua yang diucapkan 'Umar.Jadi Abdur Rahman mahu mengetahui apakah maksud kata-kata amirul mukminin itu ketika khutbah yang tidak difahami isinya.
Dia berkata, "Sungguh berat untuk mencaci mereka demi membelamu. Sesungguhnya engkau telah membuka peluang bagi terjadinya polemik tatkala engkau sedang berkhutbah, tiba-tiba engkau berteriak wahai Sariyyah ke gunung! Apa maksudnya itu wahai Amirul Mukminin?"
Abdur Rahman sangat berat untuk membalas kata-kata orang yang mengatakan Umar begitu begini ketika didalam khutbah tadi,dan Abdur Rahman juga menerangkan bahawa Saidina Umar r.a telah membuka ruang-ruang hingga tercetus kejadian polemik yang tentulah menimbulkan prasangka dikalangan mereka yang tidak mengerti.
Lalu Amirul mukminin pun menerangkan hal demikian.Beliau seolah-olah diperlihatkan sesuatu kepadanya,yang tidak dilihat oleh orang lain.
'Umar bin Khattab berkata, "demi Allah, sesungguhnya saya tidak mampu membendung apa yang mesti saya ucapkan saat itu. saya melihat mereka (pasukan Sariyyah) berperang di sebuah gunung dan mereka diserang dari seluruh arah, dari muka dan belakang. maka saya tidak tahan untuk mengatakan apa yang telah saya katakan, "Wahai Sariyyah ke gunung, agar kaum muslimin berlindung di gunung itu."
Datang Utusan Sariyyah
Tak berapa lama kemudian datanglah utusan Sariyyah utusan itu berkata: "Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya kami bertempur pada hari Jum'at, saat itu kami telah terdesak kalah. Namun tatkala kami berada dalam kondisi demikian, kami mendengar teriakan yang memerintahkan: "Wahai Sariyyah, ke gunung!" Ucapan itu kami dengar sebanyak tiga kali. Oleh sebab itulah kami menyandarkan punggung kami ke gunung hingga kami mampu mengalahkan musuh kami."Dengan kehadiran utusan dari Sariyyah itu,maka,secara tidak langsung membenarkan kata-kata amirul mukminin sewaktu khutbah sebelum ini.
Amru bin Ash Gabenor Mesir
Tatkala Mesir dibuka oleh kaum muslimin, penduduk Mesir datang menemui 'Amr bin 'Ash yang dilantik sebagai gabenor di mesir oleh amirul mukminin.pada saat sudah masuk satu bulan yang dianggap sakral oleh penduduk Mesir. Orang-orang Mesir itu berkata, "Wahai gabenor, sesungguhnya Nil ini memiliki kebiasaan dimana dia tidak akan mengalir kecuali dengan tradisi tersebut. 'Amr bin 'Ash berkata: "Tradisi apakah itu?"
"Jika masuk tanggal 11 bulan ini, kami akan mencari seorang gadis, kami minta kedua orang tuanya untuk memberikannya dengan suka rela kami hiasi gadis itu dengan baju dan perhiasan yang paling indah, kemudian kami lemparkan dia ke sungai Nil ini." Jawab penduduk Mesir.
"Ini tidak mungkin dilakukan dalam Islam" kata 'Amr bin 'Ash.
Saidina Umar Al-Khattab Menulis Surat Kepada Sungai Nil
Tatkala melihat keadaan yang demikian, 'Amr bin 'Ash (Amru bin Ash) menulis surat kepada Khalifah 'Umar bin Khattab. Dalam surat itu dia menerangkan bahawa mereka ditimpa musibah, dia jelaskan kronologinya termasuk tentang tradisi masa lalu itu.
Kemudian 'Umar bin Khattab menulis surat kepada 'Amr bin Ash yang di dalamnya ada nota kecil. Dalam surat 'Umar menulis: "Sesungguhnya saya telah mengirim kepadamu dalam suratku nota kecil maka lemparlah nota kecil itu ke sungai Nil."
Tatkala surat 'Umar sampai di tangan 'Amr bin Al 'Ash, dia mengambil nota kecil & membukanya, ternyata di dalamnya berisi tulisan sebagai berikut:
"Dari hamba Allah, Amirul Mukminin, Umar bin Khattab, amma ba'du. Jika kau mengalir kerana dirimu sendiri maka janganlah engkau mengalir, namun jika yang mengalirkan airmu adalah Allah, maka mintalah kepada Allah Yang Maha kuasa untuk mengalirkanmu kembali."
'Amr bin 'Ash kemudian melemparkan nota kecil itu ke sungai Nil. Allah mengalirkan sungai Nil dengan kadar 16 dzira' dalam 1 malam.
Dengan terjadinya peristiwa itu, Allah telah menghancurkan tradisi jahiliyah dari penduduk Mesir hingga sekarang.
Sungai Yang Mengalir Dari Matair Syurga
Dari Abu Hurairah ia berkata,Rasulullah s.a.w bersabda,"Sungai saihan,jihan,euphrat,dan nil adalah sungai yang mengalir dari (mata air di) syurga."Bab ma fid dunya min anharil jannahno.5073,ahmad no.7347.
Sungai nil adalah salah satu dari 4 sungai yang mengalir atas matair syurga.Selain dari sungai nil,sungai furat juga termasuk dalam mengalirnya atas matair syurga.
No comments:
Post a Comment