SURAH Adh-Dhuha.
Surah ini menerangkan bagaimana Allah memujuk dan menenangkan jiwa dan hati Kekasih-Nya Rasulullah s.a.w.
Dalam kisah ini,Jibril a.s telah lama sangat tidak menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w dari Allah s.w.t.Lalu ada seorang wanita yang berkata kepada Rasulullah s.a.w bahawa kata-katanya itu berupa begini.
'Aku melihat setan itu tidak lagi mengganggu kau'
Setan itu adalah mengikut tafsir adalah Jibril a.s.Wanita itu mengelarkan Jibril a.s sebagai setan.Memandangkan wanita itu sangat membenci apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Jadi kesimpulanya adalah tidak turun wahyu yang sangat lama membuatkan orang-orang yang menolak dakwah dan ajaran Rasulullah s.a.w berasa sangat senang hati dan bersuka ria,hinggalah Allah s.w.t perintahkan kepada Jibril a.s agar menyampaikan wahyu dan menyampaikan bahawa
Allah s.w.t berfirman bahawa;
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).(Adh-Dhuha 93:3)
Menurut tafsir ayat ini adalah Allah s.w.t tidak sesekali meninggalkan Rasulullah s.a.w di waktu pagi mahupun diwaktu malam.
Sebab tidak turun wahyu bukanlah kerana Allah s.w.t membenci Rasulullah s.a.w,akan tetapi Allah s.w.t mahu lihat apakah yang akan dilakukan oleh orang-orang yang membenci Rasulullah s.a.w menerusi perilaku mereka,kata-kata mereka dan sebagainya.
Memang ada diantaranya suka dan gembira sebaik melihat wahyu secara tiba-tiba terputus.Jadi segelitir orang-orang mengejek-ngejek Rasulullah s.a.w dimanakah wahyu,kenapa wahyu tidak turun dan sebagainya.
Jadi Jibril a.s turun lalu menyampaikan surah ini kepada Rasulullah s.a.w dan menerangkan bahawa Allah s.w.t tidak sesekali meninggalkan Nabi-Nya.
dan jika benarlah wahyu telah terputus,Allah s.w.t menerangkan bahawa kehidupan akhirat itu adalah lebih baik lagi dari dunia.
Baca kisah lengkap disini asbabun nuzul surah adh-Dhuha
No comments:
Post a Comment