Menyambut Tetamu Istimewa Tidak Lama Lagi
Bukan lupa tarikh-tarikh penting,namun sudah rasa tidak sabar untuk menghirup udara dibulan yang mulia.
Untuk berada dalam suasana bulan yang meriah terutama di waktu malam.Kelihatan sama dan serupa sahaja diantara satu dengan yang lain (mereka yang bersiap-siap untuk solat berjemaah di masjid dengan mengenakan pakaian ibarat satu ibu satu ayah).
Dan suasana yang dirindukan bila masing-masing saling bangun untuk mengerjakan solat dimalam hari.
Dua waktu dari lima waktu menjadi kesukaan saya,dan antara permandangan paling menarik didunia ini adalah melihat orang-orang datang ke masjid.Seingat saya,ketika waktu kecil dulu,saya akan menunggu dan melihat orang-orang datang ke masjid sesudah azan subuh.Mata saya melihat sejauh yang mampu,dan dapat saya lihat beberapa orang dari wanita dan lelaki berjalan memasuki masjid diwaktu subuh.
Dengan pakaian telekung,masing-masing berbondong-bondong datang untuk solat subuh,dan yang lelaki ada yang memakai serban sebagai sunnah Rasulullah s.a.w.Sangat menarik sekali.Datang dari perbagai arah,menuju ke satu tempat.Disatukan walau berlainan keluarga.
Kali ini,ramadhan akan menjelang tiba.Maka ia disambut secara menyeluruh terutama diwaktu malam.Dapat kita lihat kelak masjid pasti dipenuhi hamba-Nya untuk mengejarkan solat sunat tarawih.Masa inilah untuk meraih apa yang tidak dapat diraih pada bulan-bulan lain.
Tambahan pula terdapat lailatul qadar iaitu malam seribu bulan yang sesiapa mendapatkanya,pahalanya cukup besar sekali,sedangkan malam itu adalah suatu rahsia dari Dia.
Tetamu akan tiba lagi,memberikan sesuatu untuk kita,tidak sabar untuk menyambutnya.Inn syaAllah
No comments:
Post a Comment