Ngaji Quran:Al-A'raaf - سورة الأعراف Ayat 31
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ - 7:31
Ayat ini menerangkan kita agar memakai pakaian yang cantik-cantik dan indah-indah setiap kali ingin bersolat.
Walaupun didalam rumah sekalipun.Rasulullah s.a.w suka akan dunia ini 3 perkara (kerana saya teringatkan satu hadist sewaktu hadir dalam kuliah agama di masjid pada bulan lalu),
Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabat-sahabatnya dan bertanya kepada mereka bermula di tanyakan kepada beberapa para sahabat tentang apa yang mereka suka dari dunia ini,hinggalah Rasulullah s.a.w pun bersabda demikian;
Kemudian bersabdalah Rasulullah s.a.w
Kemudian bersabdalah Rasulullah s.a.w
"Aku cintakan dr dunia ini 3 perkara:Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah dan para sahabat. Kemudian malaikat Jibril mengatakan
1. Wangi-wangian
2. Wanita yang solehah
3. Sembahyang menjadi penyejuk hatiku "
"Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang.(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)
1. Menyampaikan risalah
2. Menunaikan amanah
3. Cinta terhadap orang miskin "
Memakai wangi-wangian didalam solat,walaupun hanya bersendirian didalam bilik solat atau pun hanya solat didalam rumah tanpa dilihat oleh sesiapapun,kerana Allah Maha Melihat.
Orang yang memakai pakaian yang cantik-cantik dan indah-indah,serta di tambahkan lagi wangi-wangian walaupun bersendirian (ketika tidak dilihat orang) didalam solatnya adalah benar-benar orang yang ikhlas.
Rasulullah s.a.w suka kepada wangi-wangian,wanita solehah,iaitu wanita yang menjaga kehormatanya,maksud ini adalah Rasulullah s.a.w suka membela kaum wanita,bukanlah maksud suka wanita solehah kerana kecantikan atau apa,tapi suka menjadi pembela,penghibur dan perkara yang baik semata-mata,dan solat.Iaitu Rasulullah s.a.w suka akan nikmat dapat menunaikan solat,dengan solat itu menjadikan hati Rasulullah s.a.w tenang dan terasa penyejuk dihati,rasa temteram jiwa raga.wallahualam.
Nota:Tentang hadits-Saya tidak dapat menyebutkan mengenai kesahihan hadits tersebut,allahualam,
No comments:
Post a Comment