Tarikh Lahir Ikut Kalendar Hijrah - wanalovemekahmadinah

Thursday, May 12, 2016

Tarikh Lahir Ikut Kalendar Hijrah

Tarikh Lahir Ikut Kalendar Hijrah 

Saya terasa jugalah mahu tahu tarikh lahir saya mengikut kalendar hijrah iaitu kalendar islam.

Selepas periksa,maka saya mengetahui yang saya lahir pada bulan syawal iaitu pada 21 syawal,waa mesti umie saya gembira sambut bulan syawal + kelahiran anaknya ini hee ^_^

   

Dari blog komputer dan anda,saya dan tahu tarikh lahir saya.Saya dan Umie saya sama-sama menyambut bulan kelahiran di bulan syawal.

Dan sehubungan itu jugalah,macam manalah umie saya itu menyambut bulan ramadhan didalam keadaan yang sedang saya masih dalam kandungan lagi,haa mesti penuh dengan cabaran tu.

Kita harus mengenang kembali peristiwa-peristiwa lalu agar kita mengambil pelajaran keatasnya.Dan peristiwa itu juga agar mengenang kembali bahawa Allah s.w.t telah menciptakan kita,dan kelahiran itu adalah kesempurnaan sebagai rahmat dari Allah s.w.t.

Tarikh Lahir Ikut Kalendar Hijrah (Foto kredit - http://goislam-go-islam.blogspot.my/2012/09/peristiwa-di-bulan-syawal-dalam-islam.html)


dan bila dewasa,menjadi hamba-Nya yang taqwa.ameen.

Pada yang mahu tahu tarikh lahir mengikut kalendar islam,boleh lah gunakan kaedah kalkulator falak yang disediakan oleh unisza.

Sedikit Info Mengenai Bulan Syawal

Bulan syawal yang dipetik dari peristiwa bulan syawal,adalah membawa makna naik,ringan malahan membawa erti membawa iaitu mengandung.

Tarikh Dan Peristiwa Penting Di Bulan Syawal


27 Syawal

Perjalanan Nabi saw. ke Thaif, tahun ke-10 kenabian.



13 Syawal

kelahiran ahli hadits Imam Bukhari.


Syawal 1 H
Perang Bani Qainuqa.

17 Syawal 3 H
Perang Uhud.

Di Bulan Syawal
Kelahiran Siti Aisyah r.anha dan pernikahannya dengan Nabi Muhammad s.a.w terjadi di bulan Syawal.

29 Syawal
pernikahan Fatimah r.anha dengan Ali ra.

Syawal 4 H
Pernikahan Nabi saw. dengan Ummu Salamah

Syawal 4 H
Kelahiran cucu Nabi saw., Hussain.

18 Syawal 5 H 
Perang Khandaq (Ahzab, Parit)

6 Syawal 8 H
Perang Hunain

3 Syawal
Kelahiran Umie Saya

21 Syawal
Kelahiran Saya


Rujukan:http://penaislah.blogspot.my/2012/02/saidatina-aisyah-abu-bakar.html
              http://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2011/10/saidatina-aisyah.html
              http://goislam-go-islam.blogspot.my/2012/09/peristiwa-di-bulan-syawal-dalam-islam.html
              http://www.falak.unisza.edu.my/calc/?name=tarikh
              http://komputerdananda.blogspot.my/2014/06/nak-tahu-tarik-lahir-anda-dalam-bulan.html


No comments:

Post a Comment