Tips Mudah Hafal al Quran (Asas)
Disini saya mahu berkongsi mengenai tips mudah untuk menghafal al-Quran.Mudah sahaja tipsnya.Tipsnya ini hasil dari perkongsian ustaz Abdurrahman Al-Amiry.
Mula Dengan 3 Ayat Sahaja
Antara tipsnya begitu asas sekali,mudah dan tidak terlalu rumit untuk diikuti yang dikongsikan dari beliau adalah hafal cukup 3 ayat sahaja.Pengalaman saya,dengan teknik-teknik hafal quran ini,adalah mudah hafal akan tetapi mudah juga lupa.Ini pengalaman saya sendiri.
Kemudian,masalah yang saya hadapi adalah,apabila terlalu banyak sangat menghafal dalam satu minggu itu,saya terpaksa mengulang hafalan yang begitu banyak pula ekoran dalam tempoh yang terlalu singkat,begitu banyak surah saya telah hafal.Maka kesanya ? beban yang terlalu tinggi untuk pikul (untuk mengelak dari lupa jadi saya harus hafal yang lama sebelum masuk surah yang baru).
Namun setelah mendapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman luas,maka kelemahan saya adalah terlalu laju dan menghafal.Jadi kesanya adalah hafalan itu tidak dapat menempatkan ruang-ruang dalam ingatan.Lebih-lebih lagi apabila bertembung dengan ayat yang lebih kurang sama akan tetapi dalam dalam surah yang berbeza.
Menggunakan Al-Quran Yang Sederhana Dan Yang Sama
Gunakan musyaf Quran yang sama dan saiz yang minima.Jika menggunakan terlalu kecil,menurut ustaz Abdurrahman,kemungkinan berlaku kesilapan dalam sebutan itu ada.Dari harakatnya mahupun hurufnya.
Ulang Didalam Solat Dan Diluar Solat
Ayat yang telah dihafal tersebut sebaiknya di ulang didalam solat 5 kali sehari dan diluar solat 10 kali sehari.Memang dalam tempoh hafalan,kita perlu mengulang dan sentiasa mengulangi hafalan kita agar menjadi kuah dan tidak mudah lupa.
Waktu
Pilih waktu yang sesuai untuk memulakan hafalan.Disebutkan ada 3 waktu.Katakan 1 jam sebelum subuh.Waktu yang paling cukup baik untuk otak menerima sesuatu untuk hafalkan atau disimpan.Yang keduanya pula,mengikut kata ulama adalah sesudah fajar atau subuh.Dan kemudianya iaitu ke 3 adalah sesudah waktu asar.3 waktu yang dinyatakan adalah termasuk 3 waktu yang sangat baik untuk menghafal atau menerima sesuatu untuk disimpan didalam ingatan kita.
Waktu
Pilih waktu yang sesuai untuk memulakan hafalan.Disebutkan ada 3 waktu.Katakan 1 jam sebelum subuh.Waktu yang paling cukup baik untuk otak menerima sesuatu untuk hafalkan atau disimpan.Yang keduanya pula,mengikut kata ulama adalah sesudah fajar atau subuh.Dan kemudianya iaitu ke 3 adalah sesudah waktu asar.3 waktu yang dinyatakan adalah termasuk 3 waktu yang sangat baik untuk menghafal atau menerima sesuatu untuk disimpan didalam ingatan kita.
Bersyukur
Turut disebutkan adalah bersyukur kepada Allah s.w.t andai kita telah berjaya menghafal 1 juz dari al-Quran.Keran telah memberi kemudahan kepada kita untuk menghafal ayat-ayatnya itu.Dan seterusnya jangan sesekali sombong dengan hafalan kita.Jadi kita patut melahirkan rasa syukur diberi akal yang baik,fikiran yang baik dan kesihatan yang baik hingga dapat meraih ketahap itu (walau satu juz Quran alhamdulillah).
Mungkin ada yang ingin bertanya,harus dari mana paling mudah untuk menghafal Quran itu ? ertinya adalah dari al-Fatihah atau dari surah-surah tertentu ? atau dari surah an-Naas iaitu surah terakhir didalam Quran ?
Saya rasalah sama sahaja bermula dari manapun,cuma bezanya panjang surah-surah itu kebanyakanya adalah surah permulaan seperti al-Baqarah,ali-Imran dan seterusnya,sedangkan jika bermula dari al-Naas,surah di depanya juga surah-surah yang pendek.Disitu nampak sedikit laju (dari satu surah ke satu surah yang lain) jika dibandingkan dengan memulakan dari surah al-Fatihah dan seterusnya.Dan tambahan pula,satu ayat itu,adakalanya sangat banyak patah perkataanya,jadi maka itu eloklah cukup 3 ayat sahaja.Inn syaAllah,amalan yang sedikit-sedikit dan berterusan lebih Allah cintai.Biar sedikit sambil hafal sambil memdalami isi dan firman Allah s.w.t dan berdoa kepada Allah agar membantu kita dalam usaha-usaha ini.
Dan eloklah kita memikirkan akan apa yang Allah sukakan,hikmah disebalik "Allah sukai yang sedikit tetapi berterusan" Dia sudah memberikan kemudahan kepada kita secara hikmahnya.Maka kita ikut pertunjuk tersebut,inn syaAllah mudah.wallahualam.
Dan eloklah kita memikirkan akan apa yang Allah sukakan,hikmah disebalik "Allah sukai yang sedikit tetapi berterusan" Dia sudah memberikan kemudahan kepada kita secara hikmahnya.Maka kita ikut pertunjuk tersebut,inn syaAllah mudah.wallahualam.
Untuk melihat video penuh perkongsian tips mudah hafal al-Quran klik sahaja video dibawah.Inn syaAllah dan istiqomah berserta tawakallah.
No comments:
Post a Comment