Bila Tidak Redha - wanalovemekahmadinah

Wednesday, June 1, 2016

Bila Tidak Redha

Bila Tidak Redha



Redha tertinggi adalah Allah redha pada kita"Ustaz...apa jadi kalau kita *TAK REDHA* _atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kat kita_?"
*Jawapan ustaz ringkas je... tapi menyentap...*
"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah..."
_Jika kita tak redha, tak memaafkan orang lain, maka kita akan_ *LEWAT MENITI TITIAN SIRAT.....* *_nak ke?_*
_Dengan kita tidak memaafkan itu juga, akan_ *MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB.. _ _*nak ke?*_
*SEBAB* Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan org2 yang kita tak redhakan tu...
Sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf...._(ingat ini cerita d padang mahsyar bkn mcm d dunia...)_ *_nak ke?_*
Sedangkan pada masa itu.... semua orang sepatutnya berlumba2 mahu segera ke *SYURGA*.... yang kita duk fikir2 lagi pasal nak meredhai ke tak....
nak mengampunkan ke tak..????"
Sekarang.....
tanya balik kpd diri sendiri.....
berbangga ke kita dengan prinsip,
_"merangkaklah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!"_
*SEBAB....* bukan dia je tertangguh masuk ke syurga..malahan *kita juga...*
Urusan kesalahan dia tu.... biar Allah selayaknya membalasnya...
Biar Allah menghakimi..
Biar dia ditanya dihadapan Allah kelak..
Memaafkan orang....... tak boleh baiki masa silam... tapi akan memperbaiki masa hadapan kita...
Kita akan lebih tenang...
In sha allah...
.
.
*Hidup ini terlalu singkat untuk kita saling membenci....*
Saya mohon maaf kepada semua andai ada salah dan silap yg sengaja ataupun tidak disengajakan, dan saya maafkan segala kesalahan kalian dgn saya jika ada...
_InsyaAllah dgn izinNya
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yg sangat kita nantikan_
Redha tertinggi adalah Allah redha pada kita.

*MARHABAN YA RAMADAN*

No comments:

Post a Comment