Biografi Anas bin Malik - wanalovemekahmadinah

Friday, June 3, 2016

Biografi Anas bin Malik

Biografi Anas bin Malik

Biografi Anas bin Malik Sahabat Rasulullah  s.a.w | Anas bin Malik

Sahabat Rasulullah  s.a.w | Anas bin Malik 

Anas bin Malik urutan ke tiga dari sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang banyak meriwayatkan hadist, Ia meriwayatkan sebanyak 2.286 hadits. Anas bin Malik bin Nadar al-Khazraj lahir: 612-wafat:709/712). 

Dalam hal meriwayatkan hadis, Anas bin Malik menempati urutan ketiga dalam kelompok sahabat Rasulullah s.a.w. Orang yang meriwayatkan hadis dari Anas bin Malik antara lain Ibnu Sirin, Abu Qatadah, dan Hasan Basri.


Anas sendiri termasuk sahabat yang kuat hafalannya dengan urutan sebagai berikut :
1. Abu Hurairah
2. Abdullah bin Umar bin Khattab
3. Anas bin Malik
4. Aisyah binti Umar Bakar
5. Abdullah bin Abbas
6. Jabir bin Abdullah al-Ansari ( w. 74 H/ 698 M )
7. Abu Sa’id al- Khudri (w. 84 H )[1]

Nasab
Beliau adalah Anas bin Malik bin Nadzor bin Dhomdom bin Zaid bin Harom bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin Adi bin An Najjar, Abu Hamzah Al Ansori Al Khazraji. Dia termasuk kerabat Rasulullah s.a.w dari jalur isteri. Ia juga muridnya, pengikutnya dan sahabat yang terakhir meninggal dunia.
Ia adalah pambantu Rasulullah s.a.w dan seorang yang banyak meriwayatkan hadits darinya. Ibunya adalah Ummu Sulaim Malikah binti Milhan bin Kholid bin Zaid bin Harom, istri Abi Tholhah Zaid bin Sahl Al Ansori. Ketika nabi s.a.w datang ke Madinah, Anas berumur 10 tahun. Dan ketika itu juga, ibunya datang kepada nabi s.a.w dan berkata kepadanya: “Ini adalah Anas anak yang pandai yang akan menjadi pembantumu”. Maka nabi pun menerimanya.
Lahir
Ketika Rasul datang ke Madinah, Anas berumur 10 tahun, dan ketika beliau wafat Anas berumur 20 tahun. Jadi Anas lahir 10 tahun sebelum tahun hijrah atau bertepatan dengan tahun 612 Masehi. Ibunya juga seorang yang pandai dan telah masuk Islam, sehingga Anas pun dari kecil telah memeluk agama Islam.
Gelar
Rasulullah s.a.w memberikan gelar kepadanya dengan Abu Hamzah (Singa).
Keilmuan dan Periwayatan Hadits
Ia adalah seorang Mufti, Qori, Muhaddits, Perawi Islam. Dia mendapatkan banyak ilmu dari Rasulullah, Abu Bakar, Umar, Usman, Mu’ad, Usaid Al Hudair, Abi Tholhah, Ibunya sendiri Ummu Sulaim putri Milhan, Bibinya Ummu Haram dan suaminya Ubadah bin Shamit, Abu Dzar, Malik bin Sha’sha’ah, Abi Hurairah, Fatimah dan masih banyak lainnya.
Darinya juga banyak melahirkan tokoh ilmuan penting, diantaranya adalah Al Hasan, Ibnu Sirin, Asy Sya’bi, Abu Kilabah, Makhul, Umar bin Abdul Aziz, Tsabit Al Banani, Bakar bin Abdillah Al Mazani, Az Zuhri, Qotadah, Ibnul Munkadir, Ishak bin Abdillah bin Abi Tholhah, Abdul Aziz bin Shuhaib, Syuaib bin Al Habhab, Amru bin Amir al Kufi, Sulaiman At Taimi, Hamid At Thowil, Yahya bin Sa’id Al Ansori, Katsir bin Salim, Isa bin Thohman dan Umar bin Syakir.
Dan para sahabat beliau yang tsiqoh lebih dari 150 orang, sedang yang lemah sekitar 190 sahabat. Selebihnya adalah orang – orang yang tidak tsiqoh bahkan hadits dari mereka secara menyeluruh dibuang. Seperti : Ibrahim bin Hadbah, Dinar bin Abu Makis, Khorrosy bin Abdillah, Musa At Tahwil.
Anas menemani Rasulullah s.a.w dengan sempurna. Ia benar-benar sempurna dalam bermulazamah kepada beliau sejak beliau hijrah, sampai meninggal. Dia juga banyak mengikuti peperangan bersama beliau, juga berbaiat di bawah pohon (Bai’at Ridwan).
Anas jika berbicara tentang hadits Rasulullah n , maka setelah selasai ia mengatakan “Sebagaimana yang dikatakan Rasulullah”
Musnad Anas sebanyak 2.286, yang disepakati Bukhari dan Muslim sebanyak 180 hadits, dan yang hanya dalam riwayat Bukhari 80 hadits dan Muslim 90 hadits.
Do’a Rasul terhadap Anas
Ibunya datang kepada Rasulullah dan berkata : “Wahai Rasulullah ini adalah Anas, anak yang cerdas mahu menbantumu”. Kemudian Anas diserahkan kepada Rasulullah s.a.w dan beliau pun menerimanya. Ibunya pun memohon kepada Rasulullah s.a.w untuk mendoakan Anas, maka Rasul pun berdoa untuknya,
“Ya Allah perbanyaklah anak dan hartanya, serta masukkanlah dia ke dalam syurga” dalam riwayat lain, “Ya Allah perbanyaklah harta dan anaknya, panjangkanlah umurnya dan ampunilah dosanya”
Anas berkata, “Demi Allah hartaku sangat melimpah, sampai kurma dan anggurku berbuah dua kali dalam setahun. Jumlah anak-anak dan cucuku – cucuku mencapai seratus.” dalam riwayat lain seratus enam. Dalam riwayat lain juga disebutkan dari anak perempuannya Aminah, mengabarkan tentang anak beliau yang mati dan dikuburkan saja itu mencapai 120 anak, selain cucunya, itu pada saat Hajjaj berkuasa di Basrah.
Berkat do’a Rasulullah S.A.W ia menjadi sahabat yang paling banyak anaknya serta paling panjang umurnya, dan paling akhir meninggal dunia.
Penjaga Rahsia Rasulullah S.A.W
Suatu hari Anas melayani Rasulullah s.a.w sampai selesai, kemudian dia berkata: ” Nabi sedang tidur siang”, kemudian dia pergi dan didapatinya anak-anak pada bermain. Kemudian ia berdiri dan melihat permainan mereka. Tiba-tiba nabi datang, dan memberi salam kepada mereka. Terus memanggil Anas dan mengutusnya untuk suatu urusan. Sepertinya ini adalah perintah rahsia, hingga dia mendatangi ibunya dengan pelan. Ibunya bertanya “Ada apa denganmu”? Anas menjawab, “Nabi mengutusku untuk suatu urusan. Ibunya bertanya lagi, “Urusan apa itu?” Anas menjawab, “Ini adalah rahsia nabi”. Maka ibunya berkata, ” Jagalah rahsia Rasulullah s.a.w Maka Anas tidak menceritakan kepada siapapun. 
Akhlah Rasulullah s.a.w terhadap Anas.
Pada suatu hari Rasulullah n mengutus anas untuk suatu hajat, kemudian dia berkata, Demi Allah saya tidak akan pergi! Dalam hatiku aku akan pergi kalau nabi menyuruhku. Kemudian dia pergi dan melintasi anak-anak yang sedang bermain di pasar. Maka tiba-tiba Rasulullah n memegang tengkuknya dari belakang. Kemudian dia melihat kepada beliau, ternyata beliau tersenyum dan berkata, “Wahai Unais, pergilah sesuai apa yang aku perintahkan! Maka anas menjawab : Baik Rasulullah n saya akan pergi. Anas berkata ” Demi Allah saya telah menjadi pembantu beliau selama 9 tahun, saya tidak mendapatkan beliau komentar apa yang aku kerjakan” Kenapa kamu berbuat sepert ini dan begini? Atau sesuatu yang aku tinggalkan, ” Kenapa kamu tidak berbuat seperti ini?”
Anas telah menjadi pembantu Rasulullah s.a.w bertahun-tahun tapi beliau tidak pernah mencelanya sama sekali, tidak pernah memukul, tidak pernah mengherdik, tidak pernah bermuka masam, tidak pernah menyuruhnya dan dia malas kemudian Rasulullah s.a.w mencelanya. Maka jika salah satu keluarganya mencelanya, beliau berkata, ” Biarkanlah apa yang dia kerjakan!”
Tsabit bertanya kepada Anas “Apakah tanganmu pernah bersentuhan dengan telapak tangan Rasulullah s.a.w? Ia menjawab, Ya, pernah. Ia mengulurkannya padaku, dan aku menyambutnya.
Candanya Rasul kepada Anas
Rasulullah s.a.w juga pernah bercanda dengan Anas. Beliau berkata padanya : ياذا الأذنين ) ) “Wahai yang punya dua telinga”
Makan
Abu Ja’far berkata, “Anas itu berbelang, dan sangat jelas sekali. Dan saya melihat dia makan dengan suapan besar”
Abu Ayub berkata, ” Anas lemah dalam mengerjakan puasa, maka ia membuat makanan, kemudian memanggil 30 orang miskin dan memberi makan mereka.
Cincin Anas
Ibnu Sirin berkata, ” Di cincin Anas terdapat lukisan srigala” Sedang menurut Az Zuhri, dari Anas, bahawa cincinnnya bertuliskan “Muhammad Rasulullah” Jika mahu ke kamar mandi, ia melepasnya (meletakan di luar).
Keutamaan Anas
Nabi s.a.w talah mengkhususkan Anas dengan sebahagian ilmu. Diantaranya adalah sabda beliau kepada Anas, bahawasanya beliau mampu mendatangi sembilan isterinya pada waktu dhuha dengan sekali mandi.
Rasulullah s.a.w mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansor di rumah Anas, dan mereka berjumlah 90 orang. Setengah dari Muhajirin dan setengahnya lagi dari Ansor. Rasulullah s.a.w mempersaudarakan mereka atas persamaan diantara mereka, saling mewarisi setelah meninggal tanpa ada hubungan rahim, sampai terjadinya perang Badar. Ketika turun ayat:
Maka setelah itu, saling mewarisi harus kerana hubungan rahim, bukan ikatan persaudaraan (Q.S.Al-Ahzab:6)
Kata mutiara
“Seorang hamba tidak dikatakan bertakwa kepada Allah, sampai dia mampu menjaga lisannya”
Ibadah
Abu Hurairah berkata, : “Saya tidak pernah melihat seorang sahabatpun yang mirip dengan solatnya Rasulullah s.a.w selain daripada ibnu Ummu Sulaim (Anas bin Malik ). Ibnu Sirin berkata, “Anas adalah sahabat yang solatnya paling bagus, baik di rumah mahupun pada waktu safar.”
Tsumamah berkata, “Anas solat sampai kedua kakinya bengkak mengeluarkan darah, kerana solatnya sangat panjang. Semoga Allah meredhainya.
Anas berkata, : “Ambillah (Al Qur’an dan As Sunnah) dariku, kerana  saya mengambilnya langsung dari Rasulullah s.a.w, dan Rasulullah n dari Allah swt. Kamu tidak akan mendapatkan kabar yang lebih kuat, kecuali dariku”
Anas juga tahu benar ibadah Rasulullah s.a.w Dan tidak ada satu malampun dia melihat Rasulullah kecuali beliau menangis.
Al Hariri berkata: Anas mulai ihram dari Dzat Iraq, saya tidak mendengar sesuatupun darinya kecuali dzikir kepada Allah, sampai dia tahalul. Kemudian ia berkata padaku “Wahai keponakanku (ibn akhi) beginilah ihram.”
Pada hari Jum’at, Anas menemui Sholih bin Ibrahim yang sedang berbincang-bincang di salah satu rumah istri nabi, lalu dia berkata “Mah” Ketika selesai solat, dia berkata, : “Saya benar-benar takut kalau-kalau solat Jum’atku batal, gara-gara perkataanku pada kalian “Mah”.
Rasa takut beliau
Ketika Az Zuhri masuk ke rumah Anas di Dimsiq (Irak), dia melihat Anas menangis. Kemudian ditanya, “Apa yang menyebabkan engkau menangis? Dia menjawab, “Saya tidak tahu apapun kecuali apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah n dan para sahabatnya tentang masalah shalat. Dalam masalah solat ini telah dihilangkan ( diakhirkan dari waktunya ). Pada masa itu ( Bani Umayyah ) masalah solat diakhirkan, kecuali pada masa Umar bin Abdul Aziz.
Jihad beliau
Anas mulai ikut berjihad mulai dari kecil. Dikatakan kepada Anas: Apakah engkau menyaksikan perang Badar? Ia menjawab ” Laa umma laka! Kemanakah saya kalau sampai tidak hadir.”
Muhammad bin Abdullah berkata ” Anas keluar bersama Rsulullah ketika terjadi perang Badar, ia adalah seorang anak yang membantu Rasulullah.
Musa mengabarkan bahawa Anas mengikuti peperangan sebanyak delapan kali.
Karamah
Ibnu Abi Dunya berkata “Ketika Tsabit sedang bersama Anas, tiba-tiba datang Qohromanah dan berkata, “Wahai Abu Hamzah, talah datang musim kemarau, sehingga tanah kami kering” Kemudian Anas langsung berdiri dan mengambil air wudhu, lalu keluar menuju tanah tadi dan melakukan solat sebanyak dua rakaat. Setelah itu dia berdo’a. Maka tiba-tiba awan mendung dan turunlah hujan, sampai airnya meluap. Ketika hujan reda, Anas memanggil sebagian keluarganya dan berkata ” Lihatlah langit itu”. Maka setelah itu tanahnya menjadi subur.
Menjadi Amir
Abu Bakar dan Umar telah mengangkat Anas sebagai amir di Bahrain, keduanya pun berterima kasih kepadanya.
Setelah dari Rasulullah s.a.w, Anas pergi ke Basrah. Di sana dia sampai mengalami empat masa, dan mendapatkan perlakuan yang kasar ketika masa Hajjaj dikerana kan fitnah dari Ibnu Asy’ats. Hajjaj mengira bahawa Anas ikut campur dalam masalahnya kemudian dia berfatwa mengenai hal tersebut. Hingga Hajjaj menunjukan lehernya dan berkata, ” Nih… lehernya Hajaj!” Kemudian Anas mengadu pada Abdul Malik. Maka ketika Abdul Malik mendapat laporan seperti itu dia langsung mengancam Hajjaj, sehingga dia merasa takut dan berbuat baik sama Anas.
Anas pernah menjadi utusan Abdul Malik pada masa kepemerintahannya, sekitar tahun 92. Dia membangun semua kota Dimsiq. Ketika Anas bergegas menuju masjid Dimsiq, Makhul bertanya padanya, “Apakah wajib berwudlu ketika selesai mengurus jenazah? Beliau menjawab “Tidak usah wudlu”
Ketika Anas menghadap Walid, dia bertanya, “Apa yang telah engkau dengar dari Rasul perihal hari kiamat? Anas menjawab, “Saya mendengar Rasulullah n bersabda “Kalian dan hari kiamat seperti dua ini –jari telunjuk dan jari tengah-”
Zuhud dan Ketawakalannya
Ketika seorang amir datang untuk memberikan fa’i kepada Anas, dia mengatakan apakah anda mahu mengambil 1/5? Dia menjawab, “Tidak” Ia tidak menerimanya.
Ketika Anas sakit, ditawarkan kepadanya agar didatangkan seorang dokter, tapi Anas malah menjawab ” Seorang dokter malah menyakitiku”
Syafaat Rasul untuk Anas
Imam Ahmad berkata : Anas meminta syafaat kepada Rasulullah s.a.w pada hari kiamat. Maka rasul menjawab, “Ya pasti saya akan penuhi permohonanmu.” Anas bertanya, “Di manakah saya memohonnya pada hari kiamat nanti, wahai nabiyallah?” Rasul menjawab “Mintalah padaku sesuatu yang pertama kamu minta padaku iaitu di atas sirat.” Tanya Anas, “Jika aku tidak bertemu engkau di situ?” Jawab rasul, “Maka kalau tidak ketemu di sana bererti saya berada di Mizan. Jika tidak ketemu di Mizan, maka saya ada di Telaga, saya tidak salah tentang tiga tempat tersebut pada hari kiamat”
Harapan Anas
Anas adalah pemilik sandal dan kantong kulit Rasulullah s.a.w. Anas berkata, : Aku sangat mendambakan akan bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan berkata ” Wahai Rasulullah s.a.w aku adalah pembantu kecilmu”
Wafat
Dikatakan kepada Anas, “Engkau adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang paling terakhir yang masih hidup.” Anas menjawab, Kaum Arab masih tersisa, adapun dari sahabat beliau, maka saya adalah orang yang paling akhir yang masih hidup. Ketika Anas sakit, ditawarkan kepadanya agar didatangkan seorang doktor, tapi Anas malah menjawab ” Seorang doktor menyakitiku” dan dia memohon agar dia ditalkin ‘Laa ilaha illallah, kerana  dia (Malaikat) telah datang. Dia senantiasa mengatakannya, sampai Malaikat pencabut nyawa mencabut nyawanya. Di sisi dia ada tongkat kecil punya Rasulullah S.A.W yang kemudian dikubur bersamanya.
Ketika Anas wafat, beliau berumur 107 tahun. Berkata Waqidi dan lainnya” Anas adalah sahabat di Basrah yang paling terakhir wafatnya.” Para ahli sejarah selisih dalam menentukan kematian beliau, ada yang mengatakan wafat pada tahun 90, 91, 92 dan ada pula yang mengatakan tahun 93, dan inilah yang mashur menurut jumhur. Imam Ahmad berkata : Anas bin Malik dan Jabir bin Zaid wafat bersamaan pada hari Juma’at, tahun 93.
Qotadah berkata : Ketika Anas wafat, Muariq al ‘Ajli berkata, Hari ini telah pergi / hilang setengah dari pada ilmu. Dia ditanya, kenapa terjadi demikian wahai Abu Mu’tamar? Ia menjawab : Jika ada orang-orang pengikut hawa nafsu menyelisihi kita hadits dari Rasulullah n kita katakan pada mereka : “Mari kita kembalikan pada orang yang mendengar (Anas) darinya (Rasul).”[2]
Rujukan:
[1]http://eramadina.com/biografi-anas-bin-malik-2/
[2]http://bio.or.id/biografi-anas-bin-malik/
Terjemahan:Nursyarifah

No comments:

Post a Comment