Kita mengenali serba sedikit mengenai Imam Abu Hanafi atau Abu Hanifah tokoh mazhab Hanafi yang dapat saya kumpulkan disini secara ringkas.
Biografi Imam Abu Hanifah
Madzhab Hanafi pertama kali didirikan oleh Nu’man bin Tsabit bin Inta bin Mah, seorang Sarjana Ajam (bukan Arab) yang lebih di kenal dengan kumyahnya “Imam Abu Hanifah” (wafat tahun 150 H) di Kufah, Iraq.[1]Awal kehidupanya Imam Abu Hanifah
Imam Nu’man bin Tsabit Abu Hanifah termasuk orang soleh dari masa Tabiin, Sejarawan Baghdad terkenal, chatib, berkuasa bahawa Abu Hanifah di lahirkan pada tahun 80 H. ayahnya, Tsabit, pernah menghadap khalifah Ali agar berdoa baginya dan keluarganya. Abu Hanifah merupakan salah seorang Tabi’in, kerana dia cukup beruntung dapat menyaksikan masa saat beberapa Sahabat Rasulullah s.a.w masih hidup sampai usia mudanya. Beberapa diantaranya mereka yang patut dicatat adalah Anas bin Malik r.a (wafat tahun 93 H) pembantu Rasulullah s.a.w, Sahal bin Sa’ad r.a(wafat tahun 91 H), Sedangkan Abu Thubail Amir bin Warsilah r.a (wafat tahun 100 H), ketika Abu Hanifah berusia 20 tahun. Aini, penafsir “al Hidayah” berkata bahawa Abu Hanifah bahkan mendengar dan menerima Hadist dari Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.Abu Hanifah pertama kali dididik sebagai pedagang seperti nenek moyangnya; namun tak lama kemudian dia mulai berniat mendalami pendidikan.Selama ini, Sejarah Islam tengah tersebar luas oleh para ulama dan imam.Tabiin yang besar seperti Al-amzai di Syria, Hammad al-bashrah, Sufyan Al-Tsauri di kuffah, Malik bin Anas di Madinah, dan laits di Mesir.[2]
Ijtihad Abu Hanifah
Sumber syariat Islam bagi Abu Hanifah adalah Al-Quran dan Al-Sunnah atau Al-Hadist, seperti juga ulama lain. Tentang al-hadits, Abu Hanifah sangat berhati-hati menerimanya. Tidak setiap yang disebut hadits langsung diterima sebagai sumber syariat islam. Ia tidak menerima berita dari Rasulullah s.a.w kecuali berita yang diriwayatkan oleh jemaah dari jemaah, atau berita yang disepakati oleh fuqaha suatu negeri dan diamalkan; atau berita ahad yang diriwayatkan dari sahabat dalam jumlah banyak(tetapi tidak mutawatir) yang dipertentangkan. Banyak berita ahad yang ditolaknya kerana tidak memenuhi criteria tersebut.Apalagi, hadist yang tidak masuk diakalnya.[3]Ada banyak hadits yang disampaikan kepadanya kemudian ditolaknya. Misalnya:[4]
- Abu Hanifah menolak hadits yang maksudnya, Nabi s.a.w mengadakan undian terhadap isteri-isterinya bila hendak berpergian. Alasanya, undian termasuk perjudian.
- Ia juga menolak sebuah hadist yang menyatakan bahawa penjual dan pembeli itu mempunyai hak khiyar sebelum berpisah (dalam fiqh dikenal khiyar majlis). Menangapi hadist ini ia mengatakan, kalau sudah terjadi jual-beli tidak ada lagi khiyar. Bagaimana kalau jual beli itu diperahu, atau di perjalanan yang sama, atau di ruang penjara ?bagai mana mereka berpisah?
- Ibn Abi Syaibah dalam sebuah Mushanaffnya meriwayatkan hadist bahawa Nabi s.a.w merejam pemuda dan wanita yahudi kerana zina.Lalu disebutkan bahawa Abu Hanifah menolak hadits itu kerana tidak percaya bahawa hukum rejam itu diberlakukan keatas mereka.Alasanya, untuk direjam ada dua syarat,islam dan mushah/mushannah.[5]
Sebagai diketahui bahawa Abu Hanifah imam ahlur ray, dalam menghadapi nas al-Quran dan al-Sunnah, ia berusaha menangkap pesan diballik nas. Maka ia di kenal ahli di bidang ta’alil al-hakam dan qiyas. Dari pendirianya itu ia memunculkan teori istihsan.
Rasionaliti keputusan fiqihnya dapat dilihat dari beberapa contoh berikut:[6]
Abu Hanifah pernah ditanya “apa pendapatmu hukum minum dengan wadah gelas yang sebagian sisinya terdapat perak ? ia mmenjawab “tidak mengapa” di tanya lagi “bukankah minum dengan wadah emas dan perak di larang oleh nabi?” ia menjawab, “ Apa pendapat anda melintasi saluran air, dalam keadaan haus kemudian air itu dengan menciduknya dengan tanganmu yang disalah satunya terdapat cincin emas?” penannya menjawab, “tidak mengapa”, “begitulah” kata Abu Hanifah.Kerana pendirianya itu banyak ulama hadits dan fiqh menilainya sebagai orang yang mendahulukan akal/ra’y dan qiyas atas hadits Nabi s.a.w, sikap mana digolongkan mengikuti hawa nafsu.kendati Abu Hanifah dikenal sebagai imam madzhab fiqh tetapi tidak ada kitabnya satu pun yang sampai kepada kita. pandangan-pandaganya, seperti kitab al-a’lim wa al- muta’alim, kitab al-radd’ al-qadariyah, dan lain-lain, tidak ditulis dalam kitab fiqh.Tetapi murid-muridnya telah berusaha menjaganya dan meriwayatkannya dalam bab-bab fiqh.
Sahabat dan Murid-murid Imam Abu Hanifah
Murid atau sahabat Abu Hanifah yang terkenal adalah:Abu Yusuf Ya’qub ibn Ibrahim al-Anshari (113-182H)
Muhammad ibn al-Hasan al-Syabani(132-189H)
Zufar ibn hudzail ibn Qais al-Kufi (110-145H)
al-Hasan ibn Ziyad al-Lu’lu’i (204H).[7]
Abu Yusuf
Beliau ialah Abu Yusuf Ya’qub Bin Ibrahim Al-Ansori,dilahirkan di Kufah pada tahun 112 hijrah dan wafat pada tahun 182 hijrah di Kufah,beliau mempelajari Ilmu Hadith serta menghafalnya,kemudianya beliau mempelajari Ilmu Feqh pertamanya dengan Ibnu Abi Laila,kemudian menyambung pengajianya itu dengan Imam Abu Hanifah,melaziminya dan berguru denganya serta mempelajari Ilmu Feqh,beliau merupakan anak murid utama Imam Abu Hanifah serta yang paling dekat denganya,dan apabila melihatkan ibu-bapa beliau yang miskin,Imam Abu Hanifah telah menolong beliau dengan memberikanya harta untuk membantu beliau dalam menuntut ilmu (alaa,macam biasiswa juga) Abu Yusuf merupakan anak murid beliau yang paling faaqih serta yang paling banyak meriwayatkan hadith,beliau tidaklah hanya mengetahui mazhab imamnya itu sahaja,sesungguhnya beliau telah mengembara di Madinah untuk bertemu dengan Imam Malik dan berguru denganya Ilmu Feqh dan Hadith,dan beliau juga ada menarik balik beberapa pendapat beliau dan berhukum dengan pendapat Imam Malik dan pendapat para fuqaha’ di Hijaz.
Beliau dianggap sebagai seorang mujtahid,kerana terdapatnya beberapa pendapat beliau yang bercanggah dengan pendapat gurunya pada sesetengah masalah,dan ijtihad beliau itu pula beriringan dengan usul Imam Abu Hanifah,dan beliau dikira sebagai mujtahid pada mazhab,tetapi beliau tidak ada mazhab yang khas.
Sesungguhnya beliau ada memegang jawatan dizaman pemerintahan Abbasiyyiin dibawah tiga orang khalifah iaitu Al-Mehdi,Al-Hadi dan Harun Ar-Rasyid yang mana Harun Ar-Rasyid memuliakan beliau dan menaikkan beliau sehingga ke tahap yang tertinggi yang tidak dapat dicapai oleh sesiapa pun selain beliau,
Harun Ar-Rasyid telah mengurniakan beliau pangkat Ketua Qadhi,dan beliau merupakan orang pertama yang memegang jawatan ini dari golongan fuqaha’,dan pangkat ini pula telah membuka peluang kepada beliau untuk berkhidmat kepada mazhab imamnya dengan menyebarkanya kepada seluruh manusia,dan beliaulah yang bertanggungjawab melantik qadhi di seluruh wilayah milik Daulat Abbasiyyah,beliau tidak akan melantik qadhi melainkan qadhi yang bermazhab hanafi,lalu perkara ini telah menggalakkan ramai orang ingin mempelajari mazhab hanafi serta menyebarkanya kepada orang ramai sehingga ramailah yang mengikut mazhab tersebut serta telah menjamin pengekalan mazhab hanafi,beliau telah meletakkan suatu usul feqh bagi mazhab hanafi,dan juga telah diriwayatkan kata-kata dari beliau pada masalah-masalah feqh yang pelbagai,dan beliau telah menyandarkan pendapat mazhab ini dengan hadith-hadith nabi yang dihafalnya serta yang difahaminya,dan beliau telah bercanggah dengan imamnya ini disebabkan oleh pengetahuan beliau pada sesetengah hadith yang tidak dikaji oleh Imam Abu Hanifah,dan beliau telah menambah didalam mazhab ini beberapa pendapat yang beliau telah mendalaminya serta dari apa yang telah beliau dapati dari feqh golongan Hijaz.
Diantara kitab-kitab yang dikarang oleh Abu Yusuf dan masih lagi ada pada kami ialah : Kitab Al-Kharaj yang dikarang oleh beliau disebabkan oleh keinginan Khalifah Harun Ar-Rasyid yang menginginkan suatu asas untuk berhukum dengan hukum-hakam yang berkaitan dengan harta untuk Daulah Abbasiyyah,dan juga Kitab Ar-Radd ‘Ala Siyarul ‘Auzaiey,dan telah diriwayatkan beberapa pendapat beliau didalam Kitab Al-Umm oleh Imam Syafiey.
Diantara kata-kata beliau yang menunjukkan kewarakkan serta ketaqwaan beliau kepada Allah ialah kata-kata beliau ketika beliau hampir-hampir menemui ajal :
“Setiap apa yang telah aku fatwakan sesungguhnya aku telah menariknya kembali kecuali pada apa yang bertepatan dengan Al-Kitab dan As-Sunnah” dan pada lafaz yang lain : …”kecuali pada apa yang selari dengan Al-Quran serta pada apa yang dipersetujui oleh sekalian muslim” dan perkara ini tidaklah asing bagi Abu Yusuf kerana beliau merupakan Ahli Ra’yi yang paling banyak meriwayatkan hadith.[8]
Muhammad ibn al-Hasan al-Syabani
Ia lahir pada 132 H, di iraq utara, ia menimba ilmu dari Abu Hanifah kendati tidak lama. Ketika Abu Hanifah wafat, usia tokoh ini 18 tahun. Disamping itu, ia juga belajar kepada Abu Yusuf. Seperti Abu Yusuf, Al-Syaibani juga sempat melawat ke madinah selama 3 tahun, berguru pada imam Malik, juga untuk mengabungkan teori fiqh Iraq dan Hijaz. Di masa Harun Al-Rasyisd, al Syabani di angkat menjadi hakim.Keahlianya yang khusus adalah perhitungan pembagian warisan.[9]Ada 6 kitab karyanya yang terkenal antaranya:
- Kitabul Asl yang juga dikenali dengan Al-Mabsuth
- Kitab Al-Jaamik As-Saghir
- Kitab Al-Jaamik Al-Kabir
- Az-Ziyaadaat
- As-Siyarus Saghir
- As-Siyarul Kabir
Kesemuanya adalah kumpulan dalam satu kitab bernama al-Kafi oleh al-Hakim al-Syahid.
Ringkasan Makalah Biografi dan Dasar Pemikiran Imam Madzhab
- Madzhab Hanafi pertama kali didirikan oleh Nu’man bin Tsabit bin Inta bin Mah, seorang Sarjana Ajam (bukan Arab) yang lebih di kenal dengan kumyahnya “Imam Abu Hanifah” (wafat tahun 150 H) di Kufah, Iraq.
- Imam Malik bin Anas dilahirkan pada saat menjelang berakhirnya tempoh sahabat nabi SAW di madinah, kota Nabi (Madinah al-Rasul) dan kota “pusat kecerdasan” yang merupakan pusat pengajaran Islam pada masa tersebut,kerana para murid sahabat yang dikenal sebagai Tabi’in dan menjadi ulama besar dalam berbagai bidang pengajaran islam datang ke kota ini, dari berbagai kawasan dunia muslim.
- Muhammad Idris al-Syafi’i dilahirkan di Gaza,Palestin sedangkan penulis lain berkata bahawa ia dilahirkan di kota Aslaqan, tidak jauh dari Gaza, pada tahun 150H/767M. Dia berasal dari suku Quraisy, dan dengan demikian merupakan anak cucu keturunan Nabi Muhammad SAW.Setelah ayahnya wafat, ibunya membawa ke palestin, tinggal pada keluarga yaman, daerah asal nenek moyangnya.Kemudian dia berjalan ke Mekah bersama al-Syafii, sewaktu anaknya itu berusia sepuluh tahun.
- Nama lengkapnya Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, dilahirkan di marwa, pada tanggal 20 rabiul awwal tahun 164 H. Ayahnya, Muhammad, terkenal sebagai seorang pejuang yang tinggal di Bashrah, Iraq.
DAFTAR PUTAKA
- Zuhri, Muh, Dr. Hukum Islam dalam Lintasan Sejarah, PT Raja Grafindo Persada: Jakarta, Cet. II. 1997
- Rohman, Abdur, Prof., Shari’ah Kodifikasi Hukum Islam, Rineka Cipta: Jakarta. Cet. I, 1993
- Asy-Syathiri, Ahmad, bin, Muhammad, Sayyid.Persatuan Islam, Lentera: Jakarta. Cet. I. 1995
- Al-Amidi, Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam, Kairo, Juz I, 1914
- Al-Syathibi, Al-Muwafaqat fi Ushul al-Ahkam, Dar al-Fikr, juz I, 1341 H
[2]Ibid, h. 137
[3]Dr. Muh. Zuhri, Hukum Islam dalam Lintasan Sejarah, Cet.2, (Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada), 1997,h .98
[4]Ibid. h.99
[5]Saya merujuk didalam kitab ar-Risalah karangan imam asy-Syafie dimana perihal penyebutan Rasulullah s.a.w merejam dua orang yahudi seperti akan sama apa yang dicatit di biografi Abu Hanifah seperti diatas.Dan jika benar apa yang tertulis diatas membawa makna seperti tercatit dengan riwayat Malik seperti berikut:Malik mengabarkan kepada kami dari Nafi,dari Ibnu Umar,ia berkata,"Nabi SAW merejam dua orang yahudi yang berzina."Ini adalah ringkasan imam asy-Syafie terhadap hadits riwayat Malik dalam alMuwaththa (Jld.III,hlm 38-39).Hadits ini juga diriwayatkan oleh Ahmad,Burkhari,dan Muslim.Lihat kitab al- Muwaththa (No.4019) dan Nail al-Authar (Jlid.VII,hlm 256).[Kitab ar-Risalah ushul fiqh bab VI,hlm 333].
[6Ibid. h.100
[7]Prof. Abdur Rahman, op. cit., h. 143
[8]https://alhammasiyy.wordpress.com/laman-sejarah-imam/imam-abu-hanifah-80h-150h/
[9]Ibid, h. 104
Nota:
Tabi’in
Tabi'in ertinya pengikut, adalah orang Islam awal yang masa hidupnya setelah para Sahabat Rasulullah s.a.w dan tidak mengalami masa hidup Nabi Muhammad s.a.w. Usianya tentu saja lebih muda dari Sahabat Nabi s.a.w bahkan ada yang masih anak-anak atau remaja pada masa Sahabat r.ah masih hidup.Juga disebut anak murib kepada sahabat Rasulullah s.a.w.
Fuqaha
Fuqaha adalah kata plural bagi faqih yang bermaksud ahli fekah.Fekah pula bermaksud kefahaman yang mendalam terhadap al-Quran dan Sunnah khususnya dalam persoalan hukum hakam.
Khabar Ahad
Berdasarkan nash Al Quran, banyak ayat (firman Allah) yang dijadikan dalil oleh Imam Syafi’i. Diantaranya tersebut dalam kitab Ar Risalah (Ushul Fiqh karya Imam Asy-Syafie), bahawa khabar ahad itu diterima.Ahad menurut bahasa mempunyai erti satu. Dan khabarul-wahid adalah khabar yang diriwayatkan oleh satu orang.Sedangkan hadits ahad menurut istilah adalah hadits yang belum memenuhi syarat-syarat mutawatir. Hadits ahad terbagi menjadi 3 macam, iaitu :
- Masyhur
- Aziz
- Gharib
Fuqaha’ Hijaz
Fuqaha’ Hijaz ataupun Madrasah Ahlul hadith di Madinah Al-Munawwarah,yang mana Imam Malik merupakan imam institusi ini,dan diantara syeikh-syeikh institusi ini yang awal ialah : Zaid Bin Tsabit dan Abdullah Bin Umar radiallahu anhuma,yang mana Abdullah Bin Umar ini merupakan insan yang teramat kuat berpegang dengan sunnah rasulullah sallallahu alahi wassalam,pendekatan golongan ini ialah apabila mereka disoal tentang sesuatu masalah,jika mereka mengetahui sesuatu ayat Al-Quran atau hadith nabi maka mereka akan berfatwa,jika tiada,mereka akan mendiamkan diri,dan mereka akan berfatwa terhadap kejadian-kejadian yang hanya berlaku di ketika itu sahaja tanpa membuat sebarang jangkaan kepada kejadian yang belum berlaku.
Berkatanya As-Syakbi : Apa-apa yang datang dari para sahabat nabi itu kepada kamu maka ambillah,tetapi jika ianya hanya pendapat peribadi mereka maka lemparkanlah kata-kata mereka itu di tempat buang hajat ( jamban).
Rujukan Tulisan Asal:Muwasaun Niam
Susunan Teks (Edit):Nursyarifah Syed Putera
No comments:
Post a Comment