Amaran Rasulullah Mengenai Golongan Ruwaibidhah - wanalovemekahmadinah

Friday, August 25, 2017

Amaran Rasulullah Mengenai Golongan Ruwaibidhah

Malu itu perisai bagi orang islam
Hadits mengenai sabda Rasulullah s.a.w tentang munculnya golongan Ruwaibidhah ini menyingkap mengenai keinginan seseorang untuk ikut turut campur sekalipun bukanlah ianya memiliki pengetahuan dan ketelitian didalam sesuatu perkara.

Bertapa akibat golongan ini boleh mendatangkan ancaman serius kepada umat islam,Rasulullah s.a.w lebih dahulu memberikan amaran mengenainya.Kebimbangan Rasulullah s.a.w terhadap umatnya mengenai kemunculan golongan ini kelak.

Imam Ibnu Majah meriwayatkan di dalam Sunannya :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

Abu Bakr bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami. Dia berkata; Yazid bin Harun menuturkan kepada kami. Dia berkata; Abdul Malik bin Qudamah al-Jumahi menuturkan kepada kami dari Ishaq bin Abil Farrat dari al-Maqburi dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu-, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justeru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.” (HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah).[1]

Didalam al-Quran,Allah s.w.t memerintakan agar umat islam tidak berbicara hal-hal yang ia tidak ketahui,melaikan dengan jalan pertanyaan,belajar,atau mempelajari,atau cukup sekadar tidak perlu menambahi keburukan jika tidak mampu memberi kebaikan terhadap orang lain.


Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al-Israa' 17:36)

Dalam menghadapi era fitnah akhir zaman,umat islam akan berdepan dengan munculnya golongan ruwaibidhah yang seakan-akan kehadiran mereka ini memberikan penyelesaian,namun dalam jangka panjang,ia sebenarnya tidak memberikan apa-apa jalan kebaikan,kerana ketidak telitian mereka dalam menyelesaikan sesuatu isu,boleh menyebabkan ianya menjadi rosak.

Penyebab dan punca munculnya golongan ini adalah kerana terjadinya beberapa perkara seperti orang yang amanah di singkirkan lalu memberi jalan kepada orang yang khianat,orang yang gemar berdusta dijadikan kepercayaan,sementara orang yang ahli dan tsiqah terpercaya lagi jujur amanah dalam urusanya di singkirkan.Apabila terjadi perkara-perkara itu,maka munculah golongan ruwaibidhah.Inilah akibat-akibat apabila golongan-golongan alim,amanah,jujur terpercaya sudah tidak dibenarkan untu bercakap atau mengurus,maka diamnya mereka (orang alim itu) Allah munculkan golongan ruwaibidhah itu tadi sebagai tanda kerosakan yang berlaku.

Hendaklah seseorang itu berbicara berdasarkan ilmunya,agar denganya mampu melahirkan seribu satu jalan hikmah dalam kehidupan.Maka apabila berita dusta melalui orang fasik,maka dibenarkan akan berita itu melintasi orang fasik (kerana orang fasik tidak menyekat berita tersebut sebaliknya turut campur menyebar),lalu apabila sesuatu berita dusta itu melintasi orang mukmin,maka berita tersebut terhenti disitu (disekat oleh orang mukmin itu dari menyebarkan dan tidak ikut turut campur).

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).
(An-Nuur 24:10) 



Rujukan:
[1]Hati-Hati Dengan Ruwaibidhah - https://muslim.or.id/2025-hati-hati-dengan-ruwaibidhah.html


No comments:

Post a Comment