Permata Dalam Timbunan Kaca Dan Cahaya Atas Cahaya - wanalovemekahmadinah

Monday, August 14, 2017

Permata Dalam Timbunan Kaca Dan Cahaya Atas Cahaya

Butiran Permata Timbunan Kaca Dan Cahaya Atas Cahaya
Butiran Permata Timbunan Kaca Dan Cahaya Atas Cahaya diumpamakan kepada isi-isi dunia yang dikelilingi perkara-perkara yang melukakan,melekakan serta memberikan kesan mudarat kepada diri seseorang berbanding sedikitnya permata.

Kemudian,terdapat cahaya diatas cahaya untuk menerangi seseorang sebagai bentuk pertunjuk dan mencerahkan penglihatan (mata hati) dalam kehidupan dunia.Dengan cerahnya mata hati hasil dari cahaya di atas cahaya,seseorang dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata.

Seseorang itu diibaratkan pergi ke suatu tempat.Suasananya gelap gelita.Didalamnya terdapat timbunan kaca,dan sedikit permata antaranya.Sedang ia harus memilih permata diantara kaca itu.Ia diberikan tugas oleh tuanya agar membawakan permata sahaja.Sedangkan tuanya sudah berpesan agar berhati-hati kerana didalam gelap itu,kaca dimana-mana sahaja.Tuanya berpesan:

Tuanya berpesan"Jangan engkau berjalan sesuka hatimu ditempat itu tanpa memperhatikan langkahmu".

Begitu jugalah dengan dunia,dimana perkara-perkara yang memukau mata hingga membuat hati berasa seronok,leka,lupa dan mulai menjauh pengajaran dan peringatan yang mana,perkara itu sendiri kelak boleh menjadi penyebab lukanya jari jemari diri sendiri.

Banyak perkara yang dianggap baik,namun sebenarnya tidak memberi kebaikan kepada diri sendiri.Banyak perkara yang dilakukan sebelum kedatangan islam yang mana sebelumnya menjadi tradisi dan perbuatan dipandang baik oleh sesuatu kaum,namun sesudah kedatanan islam,maka,menerusi Rasulullah s.a.w yang membawa risalah cahaya agama Allah s.w.t,memansuhkan amalan-amalan yang memberikan mudarat kepada diri sendiri,disamping mengantikan perkara yang mudarat itu kepada perkara yang lebih baik lagi dan dijanjikan ganjaran pahala berbanding perbuatan yang sia-sia (tidak dijanjikan ganjaran dan balasan dari Allah).Lalu Allah menetapkan hukum dan syariatnya agar denganya terdapat batasan untuk hamba-Nya menjadikan batasan itu sebagai panduan hidup.Denganya,Allah dapat membezakan golongan yang taat dan mahukan naungan-Nya di akhirat,berbanding golongan yang tidak mahu.


Orang Yang Enggan Masuk Syurga



كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى، قيل ومن يأبى يا رسول الله؟! قال: من أطاعني دخل الجنة، ومن عصاني فقد أبى

diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

“Setiap umatku akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan untuk memasukinya. Ada seseorang yang bertanya, siapakah orang yang enggan tersebut wahai Rasulullah ? Beliau bersabda, “Barangsiapa mentaatiku akan masuk syurga, barangsiapa tidak taat kepadaku sungguh dia orang yang enggan masuk syurga.(Hadits riwayat Bukhari)



قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ

“Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah menyayangimu dan mengampuni dosa-dosamu.” (Surah Ali ‘Imran :31)


Mereka tidak mahu masuk syurga adalah mereka yang enggan mematuhi perintah Allah s.w.t yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w.Sedangkan mereka yang mahu memasuki syurga akan mengikuti Rasulullah s.a.w dengan menaati perintah yang disampaikan oleh Nabi-Nya.Inilah cahaya yang jika dilakukan,nescaya tidak akan padam hingga bila-bila.Cahaya inilah menjadi pedoman sehingga hari akhirat.Ini kelak akan menjadi perkara yang menjadi tuntutan,perkara yang mahu dituntut didepan Allah kelak pada hari kiamat.Orang-orang beriman sangat berharap dimana pada hari kiamat itu,apa yang mereka usahakan didunia,dibalas dengan ganjaran dan kesempurnaan dari Allah s.w.t sebagaimana apa yang telah Rasulullah s.a.w janjikan,sampaikan,terangkan tentang agama-Nya iaitu pada ayat 31 didalam surah ali-Imran tentang perintah mengikut pertunjuk dan risalah agama-Nya.


Nur Hidayah


Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(An-Nuur 24:35

Cahaya diatas cahaya.Lapisan berlapis-lapis ini tidak henti-henti menerangi.Daripada al-Quran,cahaya itu sentiasa ada untuk menberikan keterangan yang nyata yang tidak akan padam hingga kiamat.Cahaya itu sentiasa meresap kedalam hati seseorang,kemudian meresap lagi,maka terkumpul berlapis-lapis didalam hati,maka ditambah lagi cahaya beberapa lapisan dengan berbagai bentuk luasanya cahaya seperti cahaya keimanan,cahaya keilmuan,cahaya amalan,cahaya sedekah,cahaya Allah sentiasa memenuhi ruang hati lalu ia dibimbingi hingga hari pertemuan dengan Allah s.w.t.

Cahaya ini tidak dapat ditembusi orang mana-mana cahaya sekalipun.Bahkan,apa sahaja yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w itu adalah cahaya.Ia dijalankan satu persatu.Setiap satunya adalah jalan-jalan dipenuhi cahaya.

Cahaya itu darimana datangnya dan bagaimana bentuknya diumpamakan seperti ayat 35 surah an-Nuur yang mana menerangkan bahawa begitulah sifat-sifat indahnya islam yang mana seseorang itu tidak akan mampu melihat hikmah jika tidak diberikan perumpamaan yang diberikan Allah.Perumpamaan ini juga salah satu cahaya dari lapisan-lapisan cahaya yang tidak difikirkan apakah hikmah ini.Maka Allah s.w.t memberikan misalan demikian.

Setiap apa yang Allah terangkan didalam Quran itu,itulah cahaya yang hingga ke hari ini,sentiasa menjadi pertunjuk kepada sekalian alam yang hingga kini,tidak ada satupun dalam sejarah alam,manusia dapat menandingi cahaya Quran.Inilah cahaya cahaya yang tidak akan pernah padam sampai bila-bila.Dan cahaya itu sendiri daripada Allah s.w.t.Dialah empunya cahaya itu,kerana itu,cahaya tersebut tidak dapat ditandingi baik dari langit dan bumi,baik didunia dan akhirat.Bahkan di akhirat,tidak ada makhlukpun dapat memberikan cahaya kala mana alam dalam kegelapan,maka Allah s.w.t menyempurnakan balasan dan ganjaran dengan cahaya melimpah di akhirat kepada sesiapa yang mengikut cahaya,lalu bertemulah cahaya dan laluan pulang ke destinasi dengan selamat,tanpa diganggu oleh sesiapa bilamana adanya lapisan cahaya berlapis-lapis didalam hati seseorang.

Atau ia boleh diumpamakan seperti buah zaitun yang menghasilkan minyak,yang minyak itu banyak manfaatnya tanpa disedari terhasil daripada pohon zaitun.Pohon zaitun itu pada hakikatnya adalah menghasilkan manfaatnya yang mana disebalik tumbuhnya pohon itu,ia menghasilkan buah.Lalu buah itu menghasilkan minyak yang memberikan manfaat.Andaikata,pohon zaitun itu dicabut akarnya,maka tidaklah ia mendapatkan manfaat minyaknya kerana tidak mendapat buah zaitun kerana pohonya dicabut.Maka itu,pohon zaitun itu dipelihara agar denganya dapat di ambil manfaat.Pohon zaitun itu sentiasa diterangi cahaya matahari terus menerus.Inilah juga di umpamakan cahaya atas cahaya.Sentiasa memberikan manfaat,daripada sinaran cahaya,ia memberikan hasil cahaya juga.Memberikan kebaikan daripada kebaikan.Ia diumpamakan hati.Apabila hati sentiasa dipelihara,dijagai dengan cahaya keimanan,denganya terpelihara dari sebarang godaan dunia.

Dengan minyak zaitun itu,cahayanya hampir-hampir menerangi,dan jika tanpa kehendak Alah,maka tidaklah sampai cahaya itu didalam hati seseorang walaupun seseorang itu mendapatkan nasihat dan pengajaran yang baik.Ia umpama al-Quran itu seperti minyak zaitun,yang jika dibaca,hampir memberikan manfaat pada diri seseorang,namun tanpa hidayah dari Allah,tidaklah ia mendapatkan manfaat dari bacaan dan pendengaran yang boleh diambil daripada isi-isi Quran itu.Dengan al-Quran itu hampir-hampir dapat menerangi hatinya,namun Allah s.w.t sahaja yang akan memberikan cahaya hidayah untuk hamba-Nya pada sesiaapa yang Dia kehendaki mendapatkanya.

Denganya itu,haruslah memautkan setiasa apa jua amal soleh dengan nama Allah,agar Allah kurniakan cayaha hidayah tersebut kepada kita.Dan cahaya itu harus lah dari sumber yang baik,kerana minyak zaitun itu di umpamakan daripada pohon yang berkat dan baik yang sentiasa dilimpahi cahaya matahari.Allahualam.

No comments:

Post a Comment