Anjuran Beribadah Qurban - wanalovemekahmadinah

Saturday, September 9, 2017

Anjuran Beribadah Qurban



فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ٢

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).(Al-Kauthar 108:2)

Dihuraikan secara ringkas tentang dua bentuk ibadah Qurban dan Aqiqah yang mana termasuk didalam ibadah sunnah yang di tuntut untuk dilaksanakanya.

Anjuran Beribadah Qurban Serta AqiqahPengertian Ibadah Qurban


Setiap tanggal 10 Dzul Hijjah, semua umat Islam yang tidak melaksanakan haji merayakan hari raya Idul Adha. Pada hari itu, umat Islam sangat disunnahkan untuk berqurban dimana mereka menyembelih haiwan qurban untuk kemudian dibahagi-bahagikan kepada seluruh umat Islam di suatu daerah. Lalu apakah sebenarnya Qurban itu? Dibawah ini akan dijelaskan secara lengkap.

Qurban berasal dari bahasa Arab, “Qurban” yang bererti dekat (قربان). Qurban dalam Islam juga disebut dengan al-udhhiyyah dan adh-dhahiyyah yang bererti binatang sembelihan, seperti unta, sapi (kerbau atau lembu), dan kambing yang disembelih pada hari raya Idul Adha dan hari-hari tasyriq sebagai bentuk taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah.


Pengertian Qurban Secara Lengkap dengan Penjelasannya


Dalil Disyari’atkannya Ibadah Qurban

Allah SWT telah mensyariatkan kurban dengan firman-Nya, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus.” (Al-Kautsar: 1 — 3).

“Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan dari padanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” (Al-Hajj: 36).


Keutamaan Ibadah Qurban


Dari Aisyah ra, Nabi saw bersabda, “Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada hari raya Kurban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih haiwan Kurban. Sesungguhnya haiwan Kurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah Kurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) Kurban itu.” (HR Tirmidzi).


Hukum Berkurban


Ibadah kurban hukumnya sunnah muakkadah (sunnah yang sangat dianjurkan). Bagi orang yang mampu melakukannya lalu ia meninggalkan hal itu, maka ia dihukumi makruh. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw pernah berkurban dengan dua kambing kibasy yang sama-sama berwarna putih kehitam-hitaman dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelih kurban tersebut, dan membacakan nama Allah serta bertakbir (waktu memotongnya).

Dari Ummu Salamah ra, Nabi saw bersabda, “Dan jika kalian telah melihat hilal (tanggal) masuknya bulan Dzul Hijjah, dan salah seorang di antara kamu ingin berkurban, maka hendaklah ia membiarkan rambut dan kukunya.”[HR Muslim]

Erti sabda Nabi saw, ” ingin berkorban” adalah dalil bahawa ibadah kurban ini sunnah, bukan wajib.

Diriwayatkan dari Abu Bakar dan Umar ra bahawa mereka berdua belum pernah melakukan kurban untuk keluarga mereka berdua, lantaran keduanya takut jika perihal kurban itu dianggap wajib.


Hikmah Kurban


Ibadah kurban disyariatkan Allah untuk mengenang Sejarah Idul Adha sendiri yang dialami oleh Nabi Ibrahim a.s dan sebagai suatu upaya untuk memberikan kemudahan pada hari Id, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw, “Hari-hari itu tidak lain adalah hari-hari untuk makan dan minum serta berdzikir kepada Allah Azza wa Jalla.”


Syarat-syarat Qurban


Binatang yang Diperbolehkan untuk Kurban

Binatang yang boleh untuk kurban adalah unta, sapi (kerbau atau lembu) dan kambing. Untuk selain yang tiga jenis ini tidak diperbolehkan. Allah SWT berfirman, “Supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah dianugerahkan Allah kepada mereka.” (Al-Hajj: 34).

Dan dianggap memadai berkurban dengan domba yang berumur setengah tahun, kambing jawa yang berumur satu tahun, sapi yang berumur dua tahun, dan unta yang berumur lima tahun, baik itu jantan atau betina. Hal ini sesuai dengan hadis-hadis di bawah ini:

Dari Abu Hurairah ra berkata, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Binatang kurban yang paling bagus adalah kambing yang jadza’.” (HR Ahmad dan Tirmidzi).

Dari Uqbah bin Amir ra, aku berkata, wahai Rasulullah saw, aku mempunyai jadza’, Rasulullah saw menjawab, “Berkurbanlah dengannya.” (HR Bukhari dan Muslim).

Dari Jabir ra, Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kalian mengurbankan binatang kecuali yang berumur satu tahun ke atas, jika itu menyulitkanmu, maka sembelihlah domba Jadza’.”

Jalan-jalan periwatan hadits

Dari abu hurairah
مسند أحمد – (ج 15 / ص 460)


9739 – حَدَّثَنَا وَكِيعٌ قَالَ حَدَّثَنِي عُثْمَانُ بْنُ وَاقِدٍ يَعْنِي الْعُمَرِيَّ عَنْ كِدَامِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ السُّلَمِيِّ عَنْ أَبِي كِبَاشٍ قَالَ جَلَبْتُ غَنَمًا جُذْعَانًا إِلَى الْمَدِينَةِ فَكَسَدَتْ عَلَيَّ فَلَقِيتُ أَبَا هُرَيْرَةَ فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نِعْمَ أَوْ نِعْمَتِ الْأُضْحِيَّةُ الْجَذَعُ مِنْ الضَّأْنِ فَانْتَهَبَهَا النَّاسُ

Dari abu hurairah, ia berkata, aku mendengar rasululloh saw bersabda, “sebaik-baik binatang qurban adalah kambing jadza’ah …”(HR. tirmidzi 2/355, al-baihaqi al-kubra 9/271, ahmad 2/444)

Al-hafizh ibnu hajar berkata, “dalam sanadnya terdapat kedhaifan.” (al-fath 10/12)


Ibnu hazm berkata, ustman bin waqid majhul dan kidam bin abdirrahman tidak diketahui siapa dia … (al-muhalla 7/365)

صحيح مسلم – (ج 6 / ص 74)


5182 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا هُشَيْمٌ عَنْ دَاوُدَ عَنِ الشَّعْبِىِّ عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ أَنَّ خَالَهُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ نِيَارٍ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يَذْبَحَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ هَذَا يَوْمٌ اللَّحْمُ فِيهِ مَكْرُوهٌ وَإِنِّى عَجَّلْتُ نَسِيكَتِى لأُطْعِمَ أَهْلِى وَجِيرَانِى وَأَهْلَ دَارِى. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَعِدْ نُسُكًا ». فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ عِنْدِى عَنَاقَ لَبَنٍ هِىَ خَيْرٌ مِنْ شَاتَىْ لَحْمٍ. فَقَالَ 


Dari al-bara bin ‘ajib, bahawa bapa saudaraya abu burbah bin niyar menyembelih qurban sebelum rasulullah saw menyebelih. Maka ia bertaya, “wahai rasulullah ini adalah hari tidak anjurkan untuk menyembelih, dan aku telah tergesa-gesa menyembelih qurbanku, untuk makanan keluargaku, tetanggaku dan penghuni rumahku. Maka rasulullah saw bersabda, “ulangi menyembelihnya.” Lalu ia bertanya, “wahai rasulullah sesungguhnya aku punya kambing muda yang lebih baik daripada dua domba.” Lalu beliau bersabda, “ia lebih baik sebagai qurbanmu, tetapi tidak cukup jadza’ah untuk orang lain setelahmu.” (HR. muslim 6/74, no. 5182)


Dari umu bilal
سنن ابن ماجه – (ج 2 / ص 1049)


3139 – حدثنا عبد الرحمن بن إبراهيم الدمشقي . حدثنا أنس بن عياض . حدثني محمد ابن أبي يحيى مولى الأسلميين عن أمه قالت حدثتني أم بلال بنت هلال عن أبيها أن رسول الله صلى الله عليه و سلم  : قال ( يجوز الجذع من الضأن أضحية )

Dari umu bilan binti hilal, dari ayahnya, bahawasanya rasulullah saw bersabda : “boleh kambing jadza’ah untuk berqurban.” (HR. Ibnu majah 2/1049, no. 3139)

Ibnu hazm berkata, “ hadis ini lemah, karena majhulnya umu Muhammad  bin abi yahya. Dan umu bilal pun majhul, tidak diketahui apakah dia shabat atau bukan. (tahqiq sunan ibnu majah 2/1049)


Al-albani berkata, “dhaif.” (dhaif ibnu majah 1/148)


Fiqih matan Tentang Haiwan Qurban "Jadza'aah"



Al-mubarakfuri berkata, “jumhur ulama berpendapat bahawa qurban dengan jadza’ah boleh, ini yang benar kerana hadits-hadits dalam bab ini menunjukkan hal itu. Adapun hadis jabir, imam al-nawawi telah menukil dari jumhur bahawa mereka memahaminya sebagai afdhaliyah (keutamaan) dan taqdirnya tidak disunnahkan kepada kalian kecuali musinnah.” (tuhfat al-ahwadzi 5/71)

Hal diatas adalah perbezaan mengenai haiwan qurban yang diperbolehkan haiwan qurban Jadza'ah ketika tidak ada haiwan qurban musinah.Musinnah adalah kambing yang telah sempurna satu tahun dan masuk tahun kedua, sapi yang telah sempurna berusia dua tahun dan masuk tahun ketiga, sedangkan unta apabila telah sempurna berusia lima tahun dan masuk tahun keenam.



Binatang-Binatang yang Tidak Diperbolehkan untuk Kurban


Syarat-syarat binatang yang untuk kurban adalah bintang yang bebas dari aib (cacat). Kerana itu, tidak boleh berkurban dengan binatang yang aib seperti di bawah ini:


  • Yang penyakitnya terlihat dengan jelas.
  • Yang buta dan jelas terlihat kebutaannya
  • Yang pincang (semisal tubuh badan haiwan itu ada kekurangan seperti tempang,tidak ada telinga,matanya dan lain-lain sifat fizikalnya).
  • Yang sumsum tulangnya tidak ada, kerana kurus sekali.
  • Rasulullah saw bersabda, “Ada empat penyakit pada binatang kurban yang dengannya kurban itu tidak mencukupi.Iaitu yang buta dengan kebutaan yang kelihatan jelas, dan yang sakit dan penyakitnya terlihat jelas, yang kurang sifat fizikalnya, dan yang tersangat kurus.” (HR Tirmidzi seraya mengatakan hadits ini hasan sahih).
  • Yang cacat,iaitu yang telinga atau tanduknya sebahagian besar hilang.


Selain binatang lima di atas, ada binatang-binatang lain yang tidak boleh untuk kurban, yaitu:

Hatma’ (lompong gigi depannya, seluruhnya).
Ashma’ (yang kulit tanduknya pecah).
Umya’ (buta).
Taula’ (yang mencari makan di perkebunan, tidak digembalakan).
Jarba’ (yang banyak penyakit kudisnya).
Juga tidak mengapa berkurban dengan binatang yang tak bersuara, yang buntutnya terputus, yang bunting, dan yang tidak ada sebahagian telinga atau sebagian besar bokongnya tidak ada. Menurut yang tersahih dalam mazhab Syafi’i, bahawa yang bokongnya terputus tidak mencukupi, begitu juga yang puting susunya tidak ada, kerana hilangnya sebahagian organ yang dapat dimakan. Demikian juga yang ekornya terputus. Imam Syafi’i berkata, “Kami tidak memperoleh hadits tentang gigi sama sekali.“


Waktu Penyembelihan Haiwan Kurban


Untuk kurban disyaratkan tidak disembelih sesudah terbit matahari pada hari ‘Iduladha. Sesudah itu boleh menyembelihnya di hari mana saja yang termasuk hari-hari Tasyrik, baik malam ataupun siang. Setelah tiga hari tersebut tidak ada lagi waktu penyembelihannya.

Dari al-Barra’ ra Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya yang pertama kali kita lakukan pada hari ini (Iduladha) adalah kita solat, kemudian kita kembali dan memotong kurban. Barangsiapa melakukan hal itu, bererti ia mendapatkan sunnah kami. Dan barangsiapa yang menyembelih sebelum itu, maka sembelihan itu tidak lain hanyalah daging yang ia persembahkan kepada keluarganya yang tidak termasuk ibadah kurban sama sekali.”

Abu Burdah berkata, “Pada hari Nahar, Rasulullah saw berkhutbah di hadapan kami, beliau bersabda: ‘Barangsiapa solat sesuai dengan solat kami dan menghadap ke kiblat kami, dan beribadah dengan cara ibadah kami, maka ia tidak menyembelih kurban sebelum ia solat’.”

Dalam hadits yang lain, Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat, maka sesungguhnya ia menyembelih untuk dirinya. Dan barangsiapa yang menyembelih setelah solat dan khutbah, sesungguhnya ia telah sempurnakan dan ia mendapat sunnah umat Islam.” (HR Bukhari dan Muslim).


Bergabung dalam Berkurban


Dalam berkurban dibolehkan bergabung jika binatang korban itu berupa unta atau sapi (kerbau). Kerana, sapi (kerbau) atau unta berlaku untuk tujuh orang jika mereka semua bermaksud berkurban dan bertaqarrub kepada Allah SWT.

Dari Jabir ra berkata, “Kami menyembelih kurban bersama Nabi saw di Hudaibiyyah seekor unta untuk tujuh orang, begitu juga sapi (kerbau).” (HR Muslim, Abu Daud, dan Tirmidzi)


Pembahagian Daging Qurban


Disunahkan bagi orang yang berkurban memakan daging kurbannya, menghadiahkannya kepada para kerabat, dan menyerahkannya kepada orang-orang fakir. Rasulullah saw bersabda, “Makanlah dan berilah makan kepada (fakir-miskin) dan simpanlah.”

Dalam hal ini para ulama mengatakan, yang afdal adalah memakan daging itu sepertiga, menyedekahkannya sepertiga dan menyimpannya sepertiga.

Daging kurban boleh diangkut (dipindahkan) sekalipun ke negara lain. Akan tetapi, tidak boleh dijual, begitu pula kulitnya. Dan, tidak boleh memberi kepada tukang potong daging sebagai upah. Tukang potong berhak menerimanya sebagai imbalan kerja. Orang yang berkurban boleh bersedekah dan boleh mengambil kurbannya untuk dimanfaatkan (dimakan).

Terdapat sebuah hadith yang sahih berkenaan persoalan di atas yang mana menunjukkan terdapat larangan untuk diberikan upah kepada penyembelih daripada bahagian daging korban itu. Ianya hadith yang telah diriwayatkan daripada ‘Ali bin Abi Talib RA iaituLihat fatwa berikut di Adakah Boleh Memberikan Daging Korban Sebagai Upah ?


Menurut Abu Hanifah, bahawa boleh menjual kulitnya dan wangnya disedekahkan atau dibelikan barang yang bermanfaat untuk rumah.


Orang yang Berkurban Menyembelihnya Sendiri


Orang yang berkorban yang pandai menyembelih disunahkan menyembelih sendiri binatang kurbannya. Ketika menyembelih disunahkan membaca, “Bismillahi Allahu Akbar, Allahumma haadza ‘an?” (Dengan nama Allah dan Allah Maha Besar, ya Allah kurban ini dari ?[sebutkan namanya]).

Ini kerana, Rasulullah saw menyembelih seekor kambing kibasy dan membaca, “Bismillahi wallahu Akbar, Allahumma haadza ‘anni wa’an man lam yudhahhi min ummati” (Dengan nama Allah, dan Allah Maha Besar, Ya Allah sesungguhnya (kurban) ini dariku dan dari umatku yang belum berkurban).” (HR Abu Daud dan Tirmidzi).

Jika orang yang berkurban tidak pandai menyembelih, hendaknya dia menghadiri dan menyaksikan penyembelihannya.


Dari Abu Sa’id al-Khudri ra, Rasulullah saw bersabda, “Wahai Fatimah, bangunlah. Dan saksikanlah kurbanmu. Karena, setetes darahnya akan memohon ampunan dari setiap dosa yang telah kau lakukan. Dan bacalah: ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku,korbanku,hidupku, dan matiku untuk Allah Tuhan semesta Alam. Dan untuk itu aku diperintah. Dan aku adalah orang-orang yang pertama-tama menyerahkan diri kepada Allah,’ Seorang sahabat lalu bertanya, ‘Wahai Rasulullah saw, apakah ini untukmu dan khusus keluargamu atau untuk kaum muslimin secara umum?’ Rasulullah saw menjawab, ‘Bahkan untuk kaum muslimin umumnya’.”

No comments:

Post a Comment