Mengambil ibrah daripada kisah para sahabat dan sirah Rasulullah s.a.w didalam mengamalkan cara hidup orang-orang islam yang beriman.Menelusuri hidup yang sejahtera dengan meneladani contoh kurun terbaik iaitu zaman Rasulullah s.a.w yhang penuh dengan ketinggian akhlak,luhur budi perketi serta sikap saling sayang antara satu sama lain tanpa mereka mengira kaum atau bangsa mereka.
Didalam hadits menyebutkan bahawa (menerusi atsar atau riwayat hadits,kita dapat mengetahui keadaan dizaman Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda s.a.w) dimana telah berlaku satu peristiwa di zaman Nabi sallallahu alaihi wassallam di mana kaum Muhajirin dan kaum Ansar hampir bergaduh disebabkan pergaduhan kecil yg bermula di antara dua lelaki; seorang dari Ansar dan seorang lagi dari Muhajirin.
Jabir bin Abdillah yang meriwayatkan kisah ini berkata: "Suatu ketika kami berada di dalam peperangan Bani Mustoliq, seorang lelaki dari kalangan Muhajirin memukul belakang lelaki dari kalangan ansar. Lelaki ansar menjerit: "wahai kaum Ansar-tolong aku-,", lelaki dari Muhajirin juga turut menjerit: "wahai kaum Muhajirin-tolong aku-". Berita ini disampaikan kepada Nabi sallallahu alaihi wassallam, lalu Baginda bersabda: "adakah kalian masih menyeru dengan seruan Jahiliyyah-seruan berbau perkauman-,sedang Aku masih di sisi kalian?". Nabi sallallahu alaihi wassallam seterusnya bersabda: "Tinggalkan sikap seperti itu kerana baunya busuk!" (riwayat Al-Tirmidzi,no:3315)
No comments:
Post a Comment