Antara dianjurkan sesudah solat adalah berdoa kepada Allah s.w.t.Termasuk sunnah berdoa di pagi hari iaitu terdapat dalam hadits dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika selesai salam dalam solat Subuh beliau membaca,
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan baik serta amalan yang diterima oleh-Mu”[1]
Catatan:
[1]Musnad Imam Ahmad, [6/322] dan Sunan Ibnu Majah No. 925. al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadits ini sahih
No comments:
Post a Comment