خَيْرُ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ. إِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ.
“Celak yang terbaik untuk kamu adalah itsmid. Sesungguhnya ia boleh menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”
Lelaki dan wanita memakai celak adalah harus hukumnya. Hukum ini keluar berdasarkan hadis berikut:
“Bercelaklah kalian dengan itsmid, kerana dia boleh mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)
Penggunaan atau amalan yang istiqomah inn syaAllah dapat memberikan hasil yang baik dan sekaligus mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.Bahkan setakat ini,saya juga turut memakai celak itsmid dan tidak ada kesan sampingan (bahan asli) terhadap mata akan tetapi merasai nyaman memakainya.Inn syaAllah.
No comments:
Post a Comment