Rumusan Mengenai Dajjal - wanalovemekahmadinah

Sunday, January 21, 2018

Rumusan Mengenai Dajjal

Masjid Umayyah,Dimashq
Masjid Umayyah,Dimashq,Syria

Rumusan mengenai detik-detik munculnya Dajjal di khalayak ramai disusun berdasarkan hadits-hadits dan pertunjuk mengenai Dajjal.Namun demikian,pengetahuan sebenar mengenai Dajjal ada pada Allah s.w.t.Untuk buat masa ini,sekadar ini sahaja diharap memberikan sedikit manfaat.

Para Dajjal berjumlah berjumlah 30 , ia keluar kerana kemarahanya, dan ternyata awal mula kemunculan Dajjal ia menjadi orang soleh seperti ulama yang sangat alim dan bijaksana.


Assalammualaikum
Dajjal adalah susuk tubuh pembawa bencana dan fitnah besar di dunia juga membawa bencana dari segi akidah.Disebutkan di dalam Kitab Fafiru Ilallah bahwa awal kemunculannya ia akan berpura – pura menjadi orang soleh seperti ulama besar yang alim.Kerana itu,orang muslim harus memperkuatkan akidah,ini kerana bencana fitnah yang dibawa Dajjal adalah fitnah terbesar yang mengugat keimanan orang-orang islam seluruhnya.Kecuali mereka yang memiliki iman yang teguh,mengiku pertunjuk Rasulullah s.a.w,maka inn syaAllah,akan dipelihara Allah s.w.t

Berikut ini pembahasan selengkapnya kitab Fafiru Ilallah Bab “ Tempat Munculnya Dajjal ”


WAKTU DAN TEMPAT KELUARNYA DAJJAL 


Bilakah Dajjal akan muncul keluar  ? tulisan sebelumnya iaitu saat musim kemarau [Lihat penulisan mengenainya] , saat danau Tiberias juga nama lainya adalah tasik Galilee dan mata air Zugar kering , serta kurma di desa Nalk Baisan sudah tidak berbuah iaitu saat setelah Rom di taklukkan kemudian kaum muslimin menaklukkan Turki tanpa peperangan.
Setelah Turki di taklukkan maka keluarlah Dajjal. Lalu dimana lokasi keluarnya Dajjal ?

Hadits Tamim Ad dari yang di riwayatkan oleh Fatimah Bin Qais menjelaskan dimana Dajjal berada disebuah pulau di laut Yaman. Sedangkan janji Rasulullah SAW tentang tempat keluarnya Dajjal berada di wilayah khurasan.

Hal ini sebagaimana yang di riwayatkan Imam Ahmad dimana Rasulullah SAW bersabda :
“ Dajjal akan keluar dibumi bahagian Timur yang disebut Khurasan. Ia diikuti oleh beberapa kaum yang wajah mereka seperti perisai yang di pukuli.”

Menurut Abu Fatiah Al Adnani dalam bukunya Fitnah dan Petaka Akhir Zaman , Khurasan adalah sebuah makna yang bermaksud tempat terbit matahari. Ia merupakan negeri yang amat luas meliputi beberapa negeri Iran , Afganistan , dan Turkistan. 
Khurasan memanjang ke Asia antara sungai Amudariya sebelah utara serta Timur dan Gunung Hindukus sebelah selatan serta beberapa daerah Iran bagian barat.
Tidak hanya itu , Khurasan juga memanjang ke beberapa negara seperti Shafad dan Sajistan. Oleh kerana itu ia di nisbatkan dengan negara – negara besar Bukhari , Khawarizmi , Ghaznah , dan Isfahan. Dan Khurasan yang di ketahui saat ini adalah Negara Iran yang terletak di bahagian timur dan timur laut Iran.

Masih menurut Abu Fatiah Al-Adnani , ia menyatakan bahawa sebahagian penulis tentang fitnah akhir zaman membahagi waktu keluarnya Dajjal , yang pertama adalah Dzuhur yang bererti kemunculan dan Khuruj yang bererti keluarnnya Dajjal.
Kalimat Dzuhur dimaknai sebagai peringkat kemunculan dan khuruj memiliki erti sebagai keluarnya dalam bentuk dan wujud yang bukan aslinya , waktunya sangat panjang dan itu terjadi sebelum kemunculan Al Mahdi.

Khuruj juga bermakna keluarnya Dajjal untuk terakhir kalinnya dalam bentuk fizik sebagaimana yang disebutkan dalam banyak riwayat iaitu buta matanya dan bertuliskan kata “ ka fa ra ” tepat di dahinya. 
peringkat keluarnya ini hanya terjadi selama 40 hari dan terjadi setelah keluarnya Al Mahdi.

Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar dalam kitabnya “ Al-Yaum Al-Akhir ” juga membahagi dua peringkat antara munculnya dajjal dan keluarnya Dajjal. 
Ia membuat kesimpulan bahawa Dajjal akan muncul dari timur suatu daerah iran bernama Khurasan. Ia dikuatkan dalam sebuah Hadits yang di riwayatkan oleh Tirmidzi , Ibnu Majah , Hakim , Ahmad , dan Dhiya dalam Al-Mukhtar , dari Abu Bakar Shiddiq yang menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

“ Sesungguhnya dajjal muncul disebuah daerah di timur bernama Khurasan. Ia diikuti oleh orang – orang yang wajahnya seperti perisai yang di tempa palu.”


AWAL KEMUNCULANNYA DAJJAL MENJADI ULAMA


Dalam penjelasan lebih mendalam , keluarnya Dajjal yang pertama kali adalah untuk mengumpul kekuatan , membuat fitnah ,keganasan, mencari penyokong serta pengikut , dan menebar propaganda bahawa dirinya adalah tuhan semesta alam.
Peristiwa ini berlangsung selama waktu yang tidak di ketahui. Selama masa ini pun Dajjal mendapatkan kemenangan dan banyak mengalahkan musuh – musuhnya.

Didalam kitab Fafiru Ilallah disebutkan bahwa ketika Dajjal pertama kali keluar dari penjaranya tinggi badannya adalah 10 zira atau 5 meter. Kelakuan Dajjal pada waktu keluar berpura – pura seperti orang soleh yang sangat alim yang berseru untuk melakukan kebaikan seperti para ulama.

Beberapa waktu kemudian semakin banyak orang yang menjadi pengikutnya. Lama – kelamaan Dajjal pun mengaku sebagai seorang Nabi. Tapi orang yang sungguh –sungguh beriman (yang berpengetahuan) tidak mempercayainya. Ia tahu (mengingati pesan-pesan Rasulullah s.a.w) tentang setelah Nabi Muhammad SAW tidak ada lagi Nabi.
Pada suatu waktu ketika Dajjal telah sampai didaerah Khallah iaitu tempat diantara Iraq dan Syam , ia pun mengaku sebagai tuhan yang dapat mematikan dan menghidupkan orang. Selain itu Dajjal juga dapat mewujudkan hal –hal yang tidak masuk akal.

Orang –orang yang beriman pun semakin mengingkari Dajjal kerana mereka yakin bahawa hanya Allah-lah Tuhan seluruh alam.
Dalam suatu riwayat yang menunjukkan bagaimana proses kemunculan Dajjal pertama kali di muka bumi. Rasulullah SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al Bahili:

“ Di awal kemunculannya. Dajjal berkata : ‘ Aku adalah Nabi. Padahal tidak ada Nabi setelahku , Nabi Muhammad. Kemudian ia memuji dirinya sembil berkata : ‘ Aku adalah Rabb kalian’ , padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati.” (HR. Ibnu Majah.II/512-516)

Adapau keluarnya Dajjal yang terakhir kalinya adalah pada saat pertempuran akhir antara Dajjal dan kaum muslimin. Pendukung Dajjal saat itu bukan lagi para Yahudi yang tinggal di Israel (asalnya adalah sebuah wilayah Palestin yang ditukar oleh Zionis menjadi nama negara baru iaitu Israel yang menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara). Mungkin saja Yahudi Israel saat itu sudah dikalahkan oleh kaum muslimin ketika penaklukkan Baitul Maqdis dilakukan oleh al-Mahdi.

Pendukung Dajjal sendiri adalah kaum Yahudi Asbahan yang tinggal disebuah perkampungan Yahudiyyah. Jumlah mereka sebanyak 70,000 orang dengan memakai selendang.
Dari Anas Bin Malik ra, sabda beliau SAW , “ Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Isfahan ( Wilayah di Khurasan , Iran ) bersama 70.000 penduduk Isfahan.” (Fath Al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad , Ibn Hajar berkata Sahih)


mereka memakai Al-Tayalisah
Contoh Pakaian Yahudi Asbahan Tayalisah


“ Dajjal akan diikuti oleh 70.000 Yahudi dari kota Isfahan , mereka memakai Al-Tayalisah.” (HR. Muslim)


DAJJAL MUNCUL KARENA KEMARAHAN


Menurut Abu Fatiah Al Adnani , keluarnya Dajjal dari arah Timur ini disebabkan oleh kemarahan , hal itu sebagaimana yang disebutkan dalam Hadits , 
“ Sesungguhnya Dajjal akan keluar karena suatu kemarahan.” (HR. Muslim dan Ahmad dari Ibnu Umar).

Didalam riwayat Imam Ahmad dari Umar bahawasanya ia melihat Ibnu Shaid (nama lain adalah Ibnu Shayyad) berada di salah satu pintu masuk Madinah , kemudian Ibnu Umar mencelanya , dan ia pun menghinanya , ia pun semakin marah hingga menutupi jalan. Kemudian Ibnu Umar memukulnya dengan tongkat yang dibawanya , hingga ia mematahkannya. Lalu Hafshah berkata kepadanya : “Ada masalah apa engkau dengannya , apa yang membuatmu mencelanya? Tidakkah engkau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “ Bahawasanya Dajjal itu keluar dari kemarahan yang ia lakukan”. Hadits tersebut menjelaskan sebab kemarahan Ibnu Umar adalah bahawa dirinya melihat Ibnu Shaid disalah satu jalan (pintu masuk) Madinah sehingga memukulnya dengan tongkatnya. Setelah itu Ummul Mu’minin Hafshah mengingatkan dengan Hadits Rasulullah SAW bahawa dia (Dajjal) keluar dari kemarahannya.”

Adapun tentang hakikat amarah Dajjal apakah disebabkan dirinya dalam keadaan terikat sangat kuat dan kedua tangannya terikat ke pundaknnya , serta antara dua lutut serta kedua mata kakinya terbelenggu dengan besi , ataukah atas sebab – sebab lainnya? Wallahu’alam.

Yang pasti bahawa amarah itu menjadi tanda yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai keluarnya Dajjal , sebagaimana disebutkan di dalam Hadits – hadits di atas. Namun demikian terjadi perselisihan dikalangan ulama apakah Ibnu Shaid atau kadang disebut dengan Ibnu Shayyad ini adalah Dajjal besar yang keluar pada akhir zaman atau bukan?

Imam Nawawi menyebutkan pendapat para ulama yang mengatakan bahawa Nabi SAW tidaklah turun kepadanya wahyu yang menjelaskan bahawa dia (Ibnu Shaid) adalah Al-Masih Ad-Dajjal ataupun yang lainnya.
Adapun wahyu yang turun kepadanya hanya tentang sifat – sifat Dajjal saja sementara di dalam diri Ibnu shayyad atau Ibnu Shaid ini terdapat bukti – bukti tersebut. Kerana itulah Nabi SAW tidak memastikan bahawa ia dalah Dajjal atau bukan. Dan disebabkan itu pula beliau SAW berkata kepada Umar , “ Jika memang ia (Ibnu Shayyad) itu adalah Dajjal maka engkau tidak akan dapat membunuhnya.” (Sahih Muslim bi Syarhin Nawawi juz XVIII hal 64).Sesungguhnya,Allah s.w.t telah menentukan bahawa orang yang dapat membunuh Dajjal adalah Nabi Isa a.s ibni Maryam yang akan turun di Syam.

Al Hafizh Imaduddin Bin Katsir berkata : Sebahagian ulama berkata bahawa sebahagian sahabat berpendapat bahawa Ibnu Shayyad itu adalah Dajjal akbar (yang paling besar) yang di janjikan di akhir zaman padahal tidaklah demikian. Sesungguhnya ia (Ibnu Shayyad) adalah Dajjal kecil , seperti yang terdapat dalam potongan Hadits Fatimah Binti Qais.

Diantara para sahabat yang mengatakan bahwa Ibnu Shayyad adalah Dajjal akbar yang keluar pada akhir zaman adalah Umar Bin Khattab dan anaknya , Abdullah Bin Umar Bin Khattab.

Didalam Hadits yang di riwayatkan oleh Imam Muslim dari Muhammad Bin Al Munkadir berkata : “Aku pernah melihat Jabir Bin Abdillah bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya Ibnu Shaid itu Dajjal. Lalu aku berkata : Apakah kamu bersumpah dengan nama Allah ? ia menjawab : Sungguh aku pernah mendengar Umar bersumpah atas hal itu didepan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam dan beliau tidak mengingkarinya.”

Namun pendapat yang paling kuat yang menjadi pendapat kebanyakan para ulama peneliti adalah bahawa Ibnu Shaid atau Ibnu Shayyad bukanlah Dajjal akbar yang keluar di akhir zaman. Namun tidak disangsikan bahawa Ibnu Shayyad ini adalah salah satu Dajjal dari Dajjal – Dajjal pendusta yang kita diminta oleh Rasulullah agar waspada terhadapnya,

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, beliau bersabda :
“ Sebelum datangnya hari kiamat akan muncul sekitar tiga puluh Dajjal pendusta..”

Allahualam

No comments:

Post a Comment