Tazkirah : Allah Menyukai Orang Bertaubat - wanalovemekahmadinah

Friday, January 19, 2018

Tazkirah : Allah Menyukai Orang Bertaubat

Tazkirah : Allah Menyukai Orang Bertaubat
Allah sangat suka pada hamba-Nya yang bertaubat. Sampai-sampai Allah lebih bergembira dibanding seseorang yang kehilangan haiwan tunggangannya yang membawa bekalnya, lalu haiwan tersebut tiba-tiba datang lagi kembali.

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik Al Anshori, pembatu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau berkata bahawa beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hamba-Nya ketika ia bertaubat pada-Nya melebihi kegembiraan seseorang di antara kalian yang berada di atas kenderaannya dan berada di suatu tanah yang luas (padang pasir), kemudian haiwan yang ditungganginya lari meninggalkannya. Padahal di haiwan tunggangannya itu ada perbekalan makan dan minumnya. Sehingga ia pun menjadi putus asa. Kemudian ia mendatangi sebuah pohon dan tidur berbaring di bawah naungannya dalam keadaan hati yang telah berputus asa. Tiba-tiba ketika ia dalam keadaan seperti itu, kenderaannya tampak berdiri di sisinya, lalu ia mengambil ikatnya. Kerana sangat gembiranya, maka ia berkata, ‘Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Rabb-Mu.’ Ia telah salah mengucapkan kerana sangat gembiranya.” (HR. Muslim no. 2747).


Beberapa faedah dari hadits di atas:


1. Allah begitu menyayangi hamba yang bertaubat.

2. Hadits ini memotivasi kita untuk banyak bertaubat pada Allah.

3. Sesuatu yang keliru yang dilakukan tidak disengaja tidaklah terkena hukuman. Seperti jika seseorang keliru mengatakan, ‘Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Rabb-Mu.’ Ini adalah kalimat kufur namun diucapkan dalam keadaan keliru, tidak disengaja (dan tidak pula bermaksud demikian).

4. Hendaklah kita mencontoh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang selalu menjelaskan sesuatu dengan contoh untuk semakin memperjelas sesuatu (Kerana terdapat kefahaman orang yang berbeza-beza,bahkan terdapat pula seseorang yang memelukan penjelasan yang lebih untuk memahami sesuatu perkara).

5. Pasrah pada ketentuan Allah mendatangkan kebaikan dan keberkahan.Kerana seorang lelaki yang dikisahkan dalam hadits di atas telah berputus asa dari hilangnya haiwan tunggangannya, lantas Allah pun mengembalikan haiwan tunggangannya.

6. Bolehnya bersumpah untuk menguatkan perkataan pada suatu hal yang ada maslahat.

7. Allah memiliki sifat (farh) iaitu bergembira yang sesuai dengan keagungan Allah Ta’ala.

8. Hadits ini menunjukkan dorongan untuk menginspirasikan diri (iaitu memiliki semangat daya untuk kembali)

Semoga faedah singkat ini bermanfaat. Semoga Allah menjadikan kita hamba yang gemar untuk bertaubat serta istiqomah.

No comments:

Post a Comment