Fiqh Dan Ahli-Ahlinya - wanalovemekahmadinah

Sunday, January 24, 2016

Fiqh Dan Ahli-Ahlinya

Dalam ilmu fiqh,terdapat ahlinya.Ahli fiqh ini terdiri dari perbagai peringkat tertinggi,yang mana mempunyai murib dan pelajarnya,hinggalah kepada beberapa cabang peringkat dan kedudukan berdasarkan tahap pengetahuan masing-masing dalam ilmu fiqh.

mendalami ilmu fiqh

FuqahaMereka yang tersebut sebagai ahli fiqh adalah merupakan pakar dalam ilmu fiqh.Sering disebut sebagai Al-Faqih (didalam bahasa arab) atau fuqaha.Jadi mereka semua yang pakar adalah ahli fiqh dan kita dapat mengenali mereka secara lazim dengan menerusi panggilan sebagai ahli fiqh sungguhpun tidak disebut pakar,akan tertapi disebut sebagai ahli fiqh sahaja.


Dalam kalangan ahli-ahli fuqaha itu tadi,yang sebelum ini disebut sebagai ahli fiqh,maka selepas ini saya lazimi dengan fuqaha,mereka fuqaha ini ada dikalanganya membuat atau mengeluarkan pandangan sendiri tanpa ada terikat dengan fuqaha yang lain samada yang masih hidup,ataupun yang telah meninggal dunia yang sezaman dengan mereka.


Mujtahid Mustaqil
Fuqaha tersebut yang mengeluarkan pandangan sendiri atau menciptanya sendiri atau mengusulkan sesuatu usul mahupun kaedah-kaedah bagi mengeluarkan hukum dari Al-Quran dan As-Sunnah dan berijtihad dengan kemampuan sendiri tanpa terikat dengan fuqaha yang lain.Mereka dinamai sebagai Mujtahid Mustaqil iaitu orang yang mempunyai kemampuan berijtihad dengan berdikari.Sungguhpun demikian,bilangan mereka yang mempunyai kemampuan sedemikian adalah sedikit jumlahnya.

Mujtahid Muntasib
Terdapat juga fuqaha yang lain menjadi anak murib kepada Musjtahid Mustaqil seperti diatas.Semua fuqaha mempunyai kemampuan untuk berijtihad,akan tertapi ijtihad mereka tidaklah bebas,sebaliknya terikat dengan 
usul mahupun kaedah yang telah diasaskan oleh guru mereka ataupun tokoh Mustahid mereka.Kerana,mereka masih belum mampu untuk mengeluarkan atau bertindak seperti apa yang Mujtahid Mustaqil,maka mereka semestinya akan terikat dengan guru fiqh mereka atau tokoh-tokoh dalam ilmu fiqh.Mereka ini dalam kalangan Mujtahid Muntasib atau juga Mujtahid Mazhad.Fuqaha dalam kalangan tersebut adalah yang teramai sekali.

Selepas kemunculan Imam-Imam Mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafiie dan Imam Ahmad, hampir keseluruhan Fuqaha adalah menjadi pengikut salah satu dari empat mazhab tersebut. Mereka dikenali sebagai Fuqaha Mazhab atau ulamak-ulamak mazhab.


Maka,dari sinilah sesuatu hukum diambil berdasarkan empat mazhad.Sebagaimana tersedia ketahui,Mazhab yang empat didalam ahlul sunnah wal jamaah adalah terdiri dari empat.Iaitu Syafie,hambali,maliki dan hanafi.

Mereka yang mencapai taraf Mujtahijd Mustaqil 
Contohnya mereka ialah;
1. Imam Abu Hanifah (an-Nu’man bin Tsabit al-Kufi); meninggal tahun 150 Hijrah.
2. Imam al-Auza’ie (‘Abdurrahman bin Muhammad); meninggal tahun 157 Hijrah.
3. Imam Sufyan as-Sauri (Sufyan bin Sa’id); meninggal tahun 161 Hijrah.
4. Imam al-Laith bin Sa’ad; meninggal tahun 175 Hijrah.
5. Imam Malik bin Anas; meninggal tahun 179 Hijrah.
6. Imam as-Syafi’ie (Muhammad bin Idris); meninggal tahun 204 Hijrah.
7. Imam Ahmad bin Hanbal; meninggal tahun 241 Hijrah.
8. Imam Daud az-Zahiri (Daud bin ‘Ali); meninggal tahun 270 Hijrah.
9. Ibnu Jarir at-Tabari (Muhammad bin Jarir); meninggal tahun 310 Hijrah.


2 comments: