Peti Tabut - wanalovemekahmadinah

Tuesday, January 26, 2016

Peti Tabut

Satu Peti Yang Ingin Di Dapatkan Oleh Yahudi

Satu Peti Yang Ingin Di Dapatkan Oleh Yahudi


Assalamualaikum,Peti yang telah lama mereka cari adalah peti tabut yang tersembunyi ketika ini.Lalu mereka yakni yahudi berasa perlu untuk ingin mencarinya.

Tabut yang di dalam nya mengandungi jubah dan barang-barang peningalan nabi musa a.s adalah mungkin untuk di pakaikan kepada dajjal kelak kerana dajjal itu nanti datang dengan mengaku dirinya nabi.Sesungguhnya keringat dan usaha mereka tidak akan berhasil.Dan di dalamnya terdapt serban nabi harun a.s juga jambangan 'manna'.


Keunggulan tabut dalam berada bersama-sama kaum yang menyimpannya banyak sekali.Ada suatu catatan apabila apabila kaum itu keluar berjihad dengan meletakan tabut di depan mereka,peti tabut itu akan membuatkan musuh mereka menjadi takut lalu lari kebelakang.Inilah misteri tabut yang yahudi ingin sekali mendapatkannya dengan apa cara sekalipun termasuk mengali kebawah masjid al-aqsa.Bagi mereka,mungkin peti itu masih tertimbus di bawah al-quds.



batu hajrul aswad

Tabut ini menurut  al-Qurthubi adalah peti yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s sewaktu Nabi Adam a.s turun kebumi lagi.Dalam peti tersebut turut mengandungi batu hajrul aswad sebelum batu itu di tempatkan di bucu kaabah.

Sama ada Jibril a.s yang mengambil batu itu dari peti ini atau terus dari syurga tidak saya pastikan,Kerana,Malaikat Jibril juga ada membawa batu yang sama dari syurga.Persoalanya sama ada dari peti ini,atau dari syurga,jika dari peti tabut,maka tabut itu mungkin dalam kawalan malaikat.Wallahualam

<-------- foto Hajarul Aswad batu dari syurga


Dalam kisah yang panjang,tabut ini sampai dan diwarisi sehinggalah ke Nabi Ya'qud a.s.Dimasa itu,kaum yahudi memiliki peti ini dan di masa-masa peperangan mereka berhasil mengalahkan musuh  mereka yang cuba memerangi mereka .Dan pada itu juga mereka mulai bermaksiat dan akhirnya di kalahkan pula oleh pasukan pimpinan jalut lalu tabut itu turut dirampas oleh pasukan yang mengalahkan mereka.


Yahudi merasa sedih kerana peti keagungan mereka telah di rampas oleh musuh mereka.Dan dalam keadaan yang sebegitu mereka ingin sekali kembali menjadi kaum yang gagah serta mempunyai raja (pemimpin).Lalu mereka menemui nabi (pada masa itu) dan menyatakan keinginan mereka mempunyai raja.Mereka meminta agar di utuskan kepada mereka seorang raja.


Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka:"Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu.Mereka menjawap:"Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya,dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?"Nabi mereka berkata:"Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu,dan telah mengurniakanya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan".Dan (ingatlah),Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada yang dikehendakiNya;dan Allah Maha Luas (rahmatNya an pengetahuanNya),lagi meliputi ilmuNya.


Tanda Talut menjadi raja itu adalah kembalinya tabut kepada mereka untuk membuktikan kebenaran kata-kata nabi mereka.Ia sebagai pengesahan bahawa Allah swt yang melantik talut sebagai raja mereka serta ada tanda yang diberikan iaitu sebuah peti yang pernah terlepas dari mereka sebelum ini kembali kepada mereka,akan kembali menerusi Talut yang di pilih Allah untuk mereka.


Dan Nabi mereka,berkata lagi kepada mereka:"Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah kedatangannya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuati yang memberi) ketemteraman jiwa dari Tuhan kamu,dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun:peti Tabut itu dibawa malaikat.Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika kamu orang-orang yang beriman".


Jadi pada masa di utuskan raja buat mereka,tabut itu kembali tanda bukti dari Tuhan bahawa talut itu adalah raja mereka untuk menentang dan keluar berperang melawan jalut yang sebelum ini telah mengalahkan mereka hingga mereka terusir dari tempat-tempat mereka.



Rujukkan:http://misterifile.com/hikayat-tabut-nabi-adam-20150415.aspx

                  :Tabut Yahudi dan Haikal Sulaiman
                  :Surah Al-Baqarah

No comments:

Post a Comment