Bila Terindu Umar - wanalovemekahmadinah

Tuesday, January 26, 2016

Bila Terindu Umar

wannursyarifah.blogspot.com
Entah sehari dua ini saya selalu menyebut-nyebut nama Umar Al-Khattab.Tidaklah saya pernah bertemu apatah lagi berbual bicara dengan Saidina Umar r.a.Akan tetapi namanya sering kali dalam ingatkan saya.

Dimana Umar..?

dimana Saidina Umar..?

Bila melihat jauhnya saya dan Saidina Umar r.a telah pergi,perasaan sedih meresapi didalam hati.

Izinkan saya mencoret memori diri buat Saidina Umar r.a.Biarpun beliau mungkin tidak mengetahui ada seseorang dizaman ini...

Pernah dulu,terdetik dalam hati,andai diri ini hidup dizaman Saidina Umar Al-Khattab,akan saya elak dari melalui jalan yang dilalui beliau.Akan saya pasang telinga saya ini dengan lebih peka,agar dapat mengesan suara Saidina Umar dari jauh,dengan itu dapat saya elak dari bertembung dengan beliau.

Mendengar namanya sahaja buat saya jadi takut.Saidina Umar r.a adalah nama besar dalam sejarah islam.Mana mungkin saya mampu bertentang mata dengan beliau.Tidak sesekali.

Tapi,namanya silih berganti didalam ingatan.Wahai Umar,dulu engkau cukup digeruni,zaman mu penuh kegemilangan.Sesiapa berhadapanmu tentu berundur semula.

Sungai nil mematuhi setiap ungkapan mu kerana engkau adalah Khalifah Allah diatas muka bumi ini.Dirimu terpelihara dan mendapat pertunjuk.Sungguh,jika diri ini hidup pada zaman mu,dan diri ini tidak pernah bersuar muka dengan mu,tentu suatu penyesalan yang panjang.

Mujur diri mu dan diri ini jauh,cuma rindu dan kisah mu menjadi pengubat rindu.Hati ini suka membaca kisah-kisah mu yang sangat berani.Sering pertama dalam barisan,sering menjadi perisai kepada Rasulullah s.a.w,tidak ada seperti mu sesudah engkau pergi.Diri ini adalah saksinya.Tentulah tidak ada lagi.

Dan sungai nil yang terus menerus mengalir selepas kekeringan,itulah tanda kenangan yang berterusan menerusi tangan engkau yang berjasa kepada dunia sepanjang zaman.

Zaman mu dan zaman ketika ini sangat berbeza.Sungguh banyak sekali.Tidak dapat diri ini pastikan,adakah mampu mengharungi keadaan semasa yang sentiasa penuh kejutan.

Andai dikau tahu,bahawa saat ini sudah beberapa kali nama mu dalam ingatkan,selalu memanggil mu..

kelak suatu masa nanti,mata ini mahu mengungkapkan yang "aku rindu pada mu Umar" inn sya Allah.

-Nur-

No comments:

Post a Comment