Fiqh Rukun dan Syarat Pernikahan - wanalovemekahmadinah

Monday, January 25, 2016

Fiqh Rukun dan Syarat Pernikahan

Fiqh nikah atau fiqih nikah.Dalam bab nikah,ada juga fiqhnya.Maka apa yang dimaksudkan dengan fiqh nikah atau fiqh pernikahan.


Sebelum itu kita harus mengetahui makna pernikahan.Jadi sebagai taarufnya (pengenalan) adalah pernikahan itu adalah terbahagi kepada beberapa syarat.


Syarat ini tidak boleh diketepikan sama sekali.Mesti melaluinya sebelum di anggap sah sesuatu perkahwinan atau nikah.

Memperlajari sesuatu seperti menuntut ilmu
Nikah mempunyai beberapa syarat yang tetap.Tidak boleh diubah mahupun digubal.Setiap umat islam mesti lalui proses-proses yang telah ada didalam syariat islam bagi memenuhi tuntutan seorang mukmin termasuklah keinginan untuk bernikah.Ini yang pertama.


Yang keduanya adalah,mesti memperhatikan syarat-syarat yang telah ada,dari segi hukumnya dan langkah-langkahnya supaya pernikahan itu dapat dilangsungkan dengan teratur,terurus,dan terpenting sahnya nikah itu.Maka,jika semuanya selamat,pasangan dapat hidup dengan tenang,bahagian selain meneruskan nasab keturunan dan keberkatan dalam hubungan berumah tangga.


Syarat dan rukun nikah mempunyai peringkat-peringkat yang mesti dilalui atau ada sebelum pelaksanaan pernikahan.Seperti bakal pengantin lelaki dan wanita,wali,saksi,penyerahan atau ijab,penerimaan atau kabul.


Rukun dan syarat yang mesti dipenuhi bagi pelaksanaan pernikahan adalah:



Rukun nikah
  • Pengantin lelaki (Suami)
  • Pengantin perempuan (Isteri)
  • Wali
  • Dua orang saksi lelaki
  • Ijab dan kabul (akad nikah)
Syarat sah nikah
.
Syarat-Syarat bakal suami
Adapun terdapat 8 syarat yang mesti dipenuhi seperti berikut:
  • Islam
  • Lelaki yang tertentu
  • Bukan mahram dengan bakal isteri (Saudara kandung)
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri (tidak sah jika dipaksa)
  • Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut.
  • Tidak mempunyai empat orang isteri.
  • Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini itu sah untuk dijadikan isteri.
..
Syarat-Syarat Bakal Isteri
Bagi bakal isteri,adapun 8 syarat mesti dipenuhi bagi pelaksanaan pernikahan dengan bakal suami.Syarat tersebut seperti berikut:
  • Islam
  • Bukan seorang khunsa
  • Perempuan yang tertentu
  • Tidak dalam idah
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Bukan masih isteri kepada orang lain.
  • Bukan mahram dengan bakal suami (Saudara kandung)
  • Dengan rela hati (Bukan dipaksa kecuali anak gadis)*
 *Ada sebuah tradisi asli di mana Rasulullah Saw bersabda, 'Seorang janda lebih berhak menentukan daripada ayahnya; seorang perawan dimintai persetujuannya, dan diamnya adalah tanda setujunya'. Dalam riwayat lain dikatakan, 'Seorang perawan dimintai persetujuan oleh ayahnya, dan tanda setujunya adalah diamnya'."

Syarat Wali

Syarat wali bagi perlaksanaan pernikahan seperti berikut:
  • Adil
  • Islam
  • Baligh
  • Merdeka
  • Lelaki
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik,kafir atau murtad
  • Waras (tidak gila,cacat akal fikiran)
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak tertahan kuasanya dari membelanjakan harta miliknya atau muflis
*Syarat wali perlu diberikan perhatian bagi memastikah pelaksanaan pernikahan dapat dilangusngkan dengan sah dan teratur.

Syarat Saksi

Bagi menjadi saksi kepada pernikahan,syarat-syarat saksi pernikahan adalah seperti berikut:



  • Saksi mestilah sekurang-kurangnya dua orang
  • Islam
  • Memikili akal yang sihat
  • Baligh
  • Lelaki
  • Telah memahami sepenuhnya kandungan yang ada dalam ijab dan kabul
  • Mampu melihat,bercakap dan mendengar
  • Adil
  • Merdeka
  • Bukan wali yang tertentu*(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)


Lain-lain syarat adalah syarat ijab dan kabul

Syarat ijab seperti berikut:

  • Pernikahan yang akan dilakukan harus pernikahan yang tepat.
  • Tidak boleh mengubah atau menggunakan perkataan yang dikarang sendiri.
  • Ijab harus diucapkan oleh wali atau wakil yang ada dalam pernikahan.
  • Ijab tidak boleh diikat dalam jangka waktu tertentu atau nikah kontrak.
  • Ijab tidak boleh memiliki persyaratan ketika ijab ini di lafazkan,Tidak secara taklik.
*Contoh lafaz ijab:Wali/wakil wali melafazkan kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwikan engkau dengan . . . . .(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwinya sebanyak rm.... (Nilai mas kawin) tunai. 

Syarat Kabul

Syarat kabul adalah seperti yang terdapat dibawah:


  • Perkataan kabul haruslah sesuai dengan ucapan ijab.
  • Tidak mengandungi kata sindiran.
  • Tidak dikaitkan dengan waktu tertentu atau nikah kontrak.
  • Di ucapkan oleh calon suami atau wakilnya (jika calon suami tidak mampu berkata mahupun bercakap atau sebab tertentu)
  • Tidak memiliki persyaratan pada saat kabul diucapkan.
  • Harus dalam menyebut nama calon isterinya.
*Dalam melafakan kabul,contoh lafaznya yang oleh bakal suami adalah seperti berikut:
 “Daku terima nikahnya …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwinya sebanyak RM ……(nilai mas kahwin)  tunai.”
Ataupun
“Daku terima nikahnya …. (sebutkan nama pengantin perempuan) sebagai isteriku.

dan sebagai tambahan,disertakan juga hukum menikah.Nikah juga mempunyai hukumnya sendiri.Adapun hukum nikah adalah seperti dibawah:

Hukum nikah

a. Wajib. Hukumnya bagi orang yang tidak mampu menahan nafsunya sehingga boleh terjebak kepada perzinahan.

b. Sunnah, bagi setiap orang yang mempunyai keinginan untuk menikah dan mempunyai uhbah (bekal kawin) iaitu berupa mahar untuk isterinya, nafkah untuk isteri di hari perkawinannya dan malam harinya dan juga mempunyai uang untuk beli baju satu stel pada hari perkawinannya.

c. Khilafuaula, bagi orang yang ingin menikah tapi tidak memiliki uhbah (bekal untuk kawin) atau sebaliknya iaitu mempunyai uhbah (bekal untuk kawin) tapi tidak mempunyai keinginan untuk menikah.

d. Makruh, bagi seseorang yang tidak memiliki keinginan untuk nikah dan tidak memiliki uhbah (bekal untuk kawin).

e. Haram, bagi seseorang yang ingin menikah tapi tidak ingin menafkahinya dhohir (zahir) atau batin.


Fiqh ringkasan tentang nikah


Ibnu Hajar menjelaskan, sudah seharusnya kriteria agama menjadi pertimbangan utama dalam segala urusan. Terlebih lagi dalam memilih seorang isteri. Nabi memerintahkan kepada kita untuk mendapatkan pasangan yang baik agamanya, kerana agama yang baik merupakan puncak dari yang dikehendaki syari’at (lihat Fathul Bari). 
Dan kerana itu seseorang harus menjadikan kriteria agama sebagai asas dalam memilih pasangan, bukan kriteria yang lain. Namun jika mampu mengumpulkan beberapa faktor sekaligus, misalnya seseorang mendapatkan calon isteri yang baik agamanya, cantik wajahnya, santun akhlaknya, serta berasal dari keturunan yang baik, maka hal tersebut adalah nikmat besar dari Allah yang wajib untuk disyukuri.

Selain itu, Rasulullah menganjurkan untuk memilih calon isteri yang subur (tidak mandul) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, “Menikahlah kalian dengan perempuan yang sangat penyayang dan subur, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan banyaknya umatku pada hari kiamat” (HR. Abu Dawud dan An Nasaa-i. Al Albani mengatakan, “hasan shahih”).
Dan dalam fiqh nikah,terdapat banyak lagi yang perlu dipelajari dan difahami.Terutama setelah sah bergelar pasangan suami-isteri.
dan sedikit tambahan lagi mengenai walimah.
Walimah
Walimah maknanya adalah sesuatu meraikan.Dengan meraikan hari yang bahagian,seperti perkahwinan,maka walimah disyorkan oleh kebanyakan ulama.Dengan makanan dihidangkan kepada tetamu undangan kerana meraikan perkahwinan.
didalam sabda Rasulullah s.a.w kepada 'abdurrahman bin Auf yang baru sahaja bernikah,"Adakan walimah walaupun dengan seekor kambing"(HR Bukhari dan Muslim).
WALLAHUALAM.

No comments:

Post a Comment