Antara tanda besar kiamat yang akan berlaku kelak di akhir zaman sebelum berlakunya kiamat adalah diangkatnya al-Quran dan islam menjadi usang,lusuh umpama kain tenunan yang usang atau lusuh.
Dengan di angkatnya al-Quran dan lusuhnya islam,pada ketika itu, orang sudah tidak tahu apa itu puasa,solat,haji dan sedekah.Malahan juga kalimah tauhid لا إله إلا الله.
Dalam sebuah hadist Huzaifah bin Yaman menceritakan,Rasulullah s.a.w bersabda demikian,"Islam akan usang seperti usangnya tenunan kain sehingga puasa,solat,haji dan sedekah sudah tidak diketahui orang.Yang tinggal hanyalah orang-orang tua yang lemah dan lanjut usia.Mereka berkata,'Kami dengar nenek moyang kami mengucapkan kalimat ini لا إله إلا الله,maka kami pun ikut mengucapkanya.'"
Kemudian Rasulullah s.a.w berkata kepada Huzaifah,"Saudara fikir apa agaknya makna kalimat itu?"
Huzaifah tidak menjawap.Kemudian Rasulullah s.a.w mengulang pertanyaan itu beberapa kali dan berkata,"Kalimat itu akan menyelamatkan mereka daripada neraka."
(Direkodkan oleh Ibnu Majah)
didalam catatan sebuah rekod hadist oleh al-Hakim,Rasulullah s.a.w bersabda,
"Islam akan menjadi usang seperti usangnya tenunan kain sehinggalah orang tidak tahu apa itu puasa,solat,haji dan sedekah.Satu malam,al-Quran akan diangkat sehingga tidak tinggal walau satu ayat pun di bumi.Yang tingal dikalangan manusia hanyalah orang-orang tua dan orang-orang yang lemah.Mereka berkata,'Kami mendengar nenek moyang kami mengucapkan kalimat ini لا إله إلا الله,maka kami pun mengucapkanya."
Dua keadaan perisiwa itu akan menyebabkan manusia kembali kepada kehidupan jahiliah seperti zaman sebelum diutusnya rasul s.a.w,malah menjadi lebih buruk dari itu.Apabila peraturan-peraturan dan ilmu-ilmu diangkat,maka orang-orang menjadi tidak tahu apa-apa pada waktu itu.Mereka kembali kepada zaman jahiliah,iaitu zaman sebelum datangnya cahaya penyuluh kehidupan.
Apabila muncul zaman itu,iaitu zaman di angkatnya al-Quran dan islam menjadi lusuh,berdasarkan keterangan dari hadist Rasulullah s.a.w,"..Yang tinggal hanyalah orang-orang yang buruk akhlaknya.Mereka sangat cepat melakukan maksiat,seperti burung yang terbang.Undang-undangnya seperti undang-undang rimba.Mereka tidak mengenal perkara baik dan tidak menghalang perbuatan jahat.Lalu syaitan menjelma dan menyuruh mereka semua mengikutnya menyembah berhala."
(Hr Muslim)
Makna diangkatnya al-Quran adalah boleh dihuraikan begini,Allah mengambil hafalan dan mushaf.Pengangkatan pertama terjadi apabila ayat-ayat al-Quran sudah tidak menjadi kelaziman,tidak dihafaz mahupun dipelajari isi-isinya,bahkan difahami ertinya dan ditambah langsung tidak diamalkan lagi ketika itu.
Kemudian,bila berlaku perkara-perkara demikian,maka berlakulah pengangkatan ayat-ayat al-Quran di mushaf-mushaf terjadi.Maka bolehlah kita selalu melihat mushaf kita masih ada lagikah ayat-ayat al-Quranya.Perkara itu terjadi bila orang-orang sudah tidak memandang berat akan al-Quran.Maka proses pengangkatan atau diangkatnya al-Quran itu terjadi dan islam pun lusuh.Al-Quran itu datang bersama-sama dengan islam,islam juga datang bersama dengan al-Quran.Ayat dan isinya mengandungi syariat islam serta hukum hakamnya dalam agama islam.Maka bila sudah tidak ada penyataan-penyataan atau risalah-risalah kebenaran,maka lenyaplah cahaya illahi di atas muka bumi secara menyeluruh sekali.
Dalam bahasa english america is total loss,hilang,lenyap.Tidak ditemui dimana-mana lagi dah isi-isinya,Bahkan juga tidak akan diturunkan kembali sebagaimana Jibril a.s menurunkan ayat Quran itu sedikit-demi sedikit dari langit untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w bagi menyebarkan ajaran islam.
Sesudah al-Quran diangkat dan usangnya islam diatas muka bumi,Allah mematikan sesiapa sahaja yang didalam jiwanya masing memiliki sisa-sisa keimanan.Ini kerana,hari kiamat hanya akan terjadi kepada orang-orang yangg buruk akhlaknya.Maka itu,Allah akan mematikan sesiapa sahaja yang ada iman didalam jiwa mereka walau sebesar atom.
"Kiamat tidak akan terjadi kecuali pada seburuk-buruk makhluk."(Hr Muslim).
Maka itu tinggalah kepada mereka dikalangan mereka (golongan yang berhadapan hari kiamat atau yaumul kiamah) itu bagi menghadapi peristi dasyat,yang digoncangkan gunung-ganang,dan apabila langit menjadi cairan perak,lautan yang mendidih,suatu hari yang mengerikan sekali.
Bila membahaskan hari kiamat,maka ia adalah suatu perkara yang besar.Bukan sahaja manusia dan penghuni bumi sahaja akan di matikan,malah iblis,malaikat-malaikatnya turut akan mati kecuali yang tinggal menurut sesetengah pendapat ulama dan para ilmuan islam,yang tidak turut mati adalah beberapa malaikat arasy,ahli syurga atau penduduk yang didalam syurga seperti bidadari,wallahualam,maka ia adalah hari yang tidak pernah dihadapi oleh sesiapa pun,hari yang dirahsiakan,hari yang penuh sangat membimbangkan oleh semua orang,terutama bila berhadapan dengan yaumul mizan (hari ditimbang amal perbuatan) dan diwaktu merentas titian siratul mustaqim.
Titian siratulmustaqim ini,ada sesetengah orang mengambarkan ia umpama sehelai rambut di belah tujuh.Halus.Tapi yang nyatanya,ia adalah titian tajam,sangat tajam,jika malaikat-malaikat yang ada disuruh melintasi jalan itu,mereka tidak akan sanggup untuk menitinya.
Di titian siratulmustaqim ini,mempunyai cangkuk-cangkut atau dalam istilah mudah faham seperti mata kail yang tujuanya menganggu sesiapa yang lambat berjalan,banyak dosanya,dan macam-macam dosa lagi,jadi cangkut ini semua akan mencari-cari siapa yang terkedek-kedek berjalan.Peristiwa ini berlaku selepas sesi tukar-menukar pahala dosa mereka antara satu sama lain.Contoh sesi pahala tukar menukar pahala ini seperti dulu si polan mengumpat si polan dalam sembunyi-sembunyi tanpa sempat meminta maaf,maka pahala si polan yang mengumpat itu di ambil dan diberikan kepada yang diumpat.Jika pahala si polan itu habis,maka dosa yang di umpat itu akan diambil lalu di berikan pula kepada si polan tersebut.Ini dinamakan sebagai musflis.Habis sudah pahala,dapat pula dosa.Kemudian si polan tersebut diperintahkan berjalan meniti titian siratulmustaqim yang dibentangkan di tepi jurang atau jurangnya adalah neraka.
Jika terjatuh kedalamnya,maka akan dikembalikan semula kepada bentuk asal lalu berjalan semula hinggalah ia sampai kedalam syurga.wallahualam.Lama perjalananya tu,ada riwayat mengatakan beribu tahun hingga mencapai 1500 tahun jarak perjalanan titian siratul mustaqim.Moga kita tidak termasuk dalam mereka yang sebeginilah.
No comments:
Post a Comment