Hari ini kita akan membahaskan pula bagaimana seseorang yang bukan islam ingin memeluk agama islam.Apakah pula perkara-perkara yang harus dilalui sebelum dapat memeluk agama yang syumul ini.
Untuk mengajak dan membuat seseorang bukan islam memeluk agama islam bukanlah suatu proses yang sekali pandang terus tertarik.Rasulullah s.a.w berjalan berdakwah dijalan-jalan dan ke merata tempat yang tidak terkira berapa banyak halanganya,semata-mata mahu menjalankan tangungjawab sebagai Rasul-Nya.
Seingat saya,pengalaman saya mempunyai seorang kawan baik (memang sangat baik memang akrab) akan tetapi bukan beragama islam pernah menyatakan hasrat kepada saya bahawa kalau dia ingin memasuki islam bagaimana ?
Dia mengajukan soalan itu pada saya.Memang sebelum ini,dia sering-sering bertanyakan tentang islam,tentang arab (tak silap saya kenapa selalu ada peperangan di arab,mungkin maksud dia di timur tengah),jadi sayalah yang jadi duta (wakil timur tengah secara tidak rasmi) yang menjawab pertanyaan dan soalan yang saya kira memang sepatutnya begitu soalan yang ditanya oleh mereka.
Cuma saya tidak berapa nak agak bahawa pertanyaan dan soalan dia itu,memungkinkan dia ingin memasuki islam.Semasa dia berkata "Bagaimana saya masuk islam..."beberapa kali soalan itu di ajukan kepada saya.Saya tidak segera menjawab.Diam untuk seketika.Didalam hati merasai terkejut dan ingin beri dia peluang untuk dia luahkan segalanya keinginan dihati.
Apabila sudah saya yakin bahawa dia benar-benar ingin memeluk islam,saya bertanya kepada dia,adakah selain saya tahu akan perkara ini ? dia pun menjawab tidak.Hanya saya seorang sahaja yang tahu.Dan dengan itu,saya berkata kepadanya,jika betul-betul ingin memeluk agama ini,dia harus berbincang dengan keluarnga.Supaya dia mendapatkan pula pandangan dari keluarganya.Dia juga memelukan sedikit lagi masa dan sokongan.
Saya beri hak kepada dia untuk memikirkan dan memberi masa kepada dia mendalami agama islam.Agama asalnya adalah hindu,Dan kami juga sering bertukar-tukar soalan mengenai agama masing-masing terutama tentang makanan.Ini kerana ada makanan yang mereka tidak boleh makan.Oleh kerana kami rapat,saya pastikan yang saya tidak tersalah menghidangkan makan pada dia (Kadang kala saya belanja dia makan,dan kadang kala dia belanja saya makan) dan dia juga sama seperti saya amat berhati-hati dalam permakanan.
Saya rasa dari situlah dia bertanyakan hal yang lebih jauh.Dari makanan,hinggalah isu-isu di timur tengah.Di sepanjang perhubungan kami,tidak pernah bergaduh dan menyingung perasaan walaupun berlainan agama.
Hidayah ini milik Allah,jika Allah kehendaki kebaikan untuk hamba-Nya,akan Allah beri juga kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Berbalik kepada prosedur-prosedu untuk memeluk agama islam,kita boleh merujuk kepada jabatan-jabatan agama hal ehwal islam negeri masing-masing bagi mendapatkan apakah kaedah-kaedah yang seseorang bukan islam dapat memeluk agama ini dengan menyeluruh.
Mungkin ada yang ingin memulakah langkah yang membawa sinar kehidupan baru didalam hidupnya,namun tidak tahu bagaimana.Saya mengambil contoh yang boleh mereka mulakan langkah-langkah yang membantu usaha-usaha baik mereka ini untuk masuk kedalam agama islam.Saya menulis pun hasil pengamalan saya bila rakan sendiri yang bukan beragama islam ingin memeluk agama islam.Jadi mungkin jugalah yang ada keinginan untuk melakukan hal sama,tapi malu untuk bertanya (Malu itu normal sahaja).Diawal-awal tentu ada malu.Malu-malu kamu,malu lagi kucing.
Tempat Yang Boleh Rujuk Untuk Proses Memeluk Agama Islam
Ini yang saya nyatakan tadi,contoh jabatan yang boleh kita rujuk untuk mendapatkan prosedur asas bagi memeluk islam.Disini juga saya kira boleh kita dapatkan perkara-perkara asas hinggalah kepada bimbingan seorang mualaf hinggalah kepada aspek-aspek pembelajaran tentang agama islam.Akan belajar tentang agama islam,hukum hakam,perkara-perkara dosa pahala,solat fardhu,puasa pendek kata tentang rukun iman dan rukun islam.Selain itu juga ada insentif lain,seperti belajar mengaji al-Quran yang mungkin mereka akan tempatkan seseorang mualaf di institusi pembelajaran Quran yang mereka sediakan atau menerusi juga mereka ada tempat mereka sendiri.Wallahulam.Perkara itu boleh kita semak di jabatan agama negeri masing-masinglah.
Disini sebagai contoh,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (yang lain,boleh merujuk kepada jabatan negeri masing-masing,misalnya bermastautin dinegeri selangor,bolehlah rujuk dijabatan agama dinegeri selangor,jadi tidak perlu pergi jauh,melainkan jika jabatan berkenaan menyatakan hal sebaliknya pula,maka barulah kita merujuk ke jabatan yang lain pula).Wallahualam.
Disini adalah satu prosedur bagi mereka yang mengetahui bagaimana kaedahnya.Terdapat dua prosedur awal iaitu bagi 18 tahun dan keatas.Juga bagi bawah 18 tahun.Kedua kaedah tersebut boleh kita lihat menerusi pautan yang saya sediakan dibawah;
- Prosedur bagi berusia 18 tahun dan keatas klik sini
- Prosedur bagi berusia bawah 18 tahun klik sini
- Laman Rasmi Jawi klik sini
Kemudian,jika ada apa-apa pertanyaan berkaitan prosedur itu,kita hubungi sahaja jabatan berkenaan,dengan cara telefon atau pergi sahaja ke pejabat jabatan berkenaan untuk lebih pencerahan yang nyata,
Kemudian bagi mereka yang telah berjaya menjadi orang baru dalam agama ini,ahlan wa sahlan.
Didalam hadis Bukhari,Rasulullah s.a.w bersabda:
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim lainnya.Tidak boleh menganiaya ataupun, membiarkan dianiaya. Barang siapa memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa membebaskan kesusahan nya, maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat. Barang siapa menutupi aib nya, maka Allah akan menutupi aib nya dihari kiamat “.
Selepas ini,jika ada kemampuan dari segi harta dan kesihatan,maka bolehlah berkunjung ke tanah suci mekah bagi mengerjakan umrah/haji dan melawat makam Rasulullah s.a.w di madina kelak.Sebenarnya itu adalah mengikut kemampuan dan tidak memberatkan sesiapa,akan tetapi pahalanya cukup besar sekali menanti sesiapa yang bersusah payah berkunjung ke tanah suci mekah dan madinah.
Maka itu jangan pernah terkejut jika didalam diri ada perasaan ini 'Wa ana love haramain (Mekah dan Madinah).Untunglah sesiapa yang menjadi tetamu-Nya.
<------ Permandangan kaabah di Masjidil Haram,mekah
No comments:
Post a Comment