بسم الله الرحمن الرحيم
عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَـنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Ertinya:
“Dari Abi Umamah al-Bahiliy Ra, Nabi SAW bersabda: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat memberi syafaat kepada golongannya.”(HR. Muslim)
Makna Syafaat
- Dalam makna tentang Syafaat berasal dari kata asy-syafa’ (ganda) yang merupakan lawan kata dari al-witru (tunggal), iaitu menjadikan sesuatu yang tunggal menjadi ganda, seperti membahagi dari satu menjadi dua, tiga menjadi empat, dan sebagainya.
- Sedangkan secara istilah, syafaat membawa makna menjadi perantara bagi orang lain dengan memberikan manfaat kepadanya atau menolak mudharat, iaitu pemberi syafaat itu memberikan manfaat kepada orang itu atau menolak mudharatnya.
- Syafaat boleh dari Sesiapa yang diberi hak pemberi syafaat seperti dari Malaikat,Al-Quran bahkan yang biasa kita ketahui adalah dari Rasulullah s.a.w sendiri dengan izin-Nya terlebih dahulu.Rasulullah s.a.w adalah seorang Rasul diutuskan kepada seluruh makhluk berbanding Nabi-Nabi terdahulu yang khusus untuk kaum-kaum tertentu.
- Syafaat adalah usaha perantaraan dalam memberikan sesuatu manfaat bagi orang lain atau mengelakkan sesuatu mudharat bagi orang lain. Syafa’at yang tidak diterima di sisi Allah adalah syafaat orang-orang kafir mahupun dari harta benda seperti emas.(Emas adalah logam paling bernilai di muka bumi dan selalu digunakan sebagai penyimpan nilai mahupun matawang).
Syafaat adalah hak kepunyaan Allah s.w.t semata-mata,dan sebarang pemberi syafaat dalam dari izin-nya.
Jenis-Jenis Syafaat Di Akhirat
Jenis-jenis syafaat di akhirat diketahui terdapat 8 jenis seperti berikut:
Syafaat Al-Quran
Mendapat syafaat al-quran adalah sesuatu yang tidak mustahil dan ibadah membaca al-quran bukan sahaja di ganjari oleh pahala,namun bagi golonganya yang bersahabat dengan al-quran ini,
Saya suka membuat perumpamaanya begini iaitu seperti seorang yang merindui sahabatnya pasti mahu sekali menemui sahabatnya sewaktu di dunia lagi mereka menjadi sahabat.Jadi Al-quran akan kembali kepada sahabatnya sebagai pemberi syafaat ekoran Al-quran ini Allah telah beri keutamaanya sebagai pemberi syafaat di akhirat kelak.Jadi Al-quran ini akan pergi kepada sesiapa yang menjadikan ia sebagai sahabat di dunia ketika ini.Ia ibarat kerinduan seorang sahabt pada sahabatnya.Sahabat itu sifatnya adalah akrab lebih akrab dari yang biasa sehingga terbit rindu dan membawa pertemuan kedua di akhirat kelak.InsyaAllah.
Seorang sahabat pasti mahu senangtiasa dekat dengan sahabatnya itu,dan tentulah senangtiasa saling mengembirakan juga saling mengingatkan.Membaca Al-quran,akan mengingatkan kita akan hari pertemuan yang di janjikan.Iaitu hari akhirat.Membaca Al-quran juga mengembirakan hati,dimana apabila sebagai contohnya membaca surah Al-waqiah,kita mendapati didalam syurga mempunyai perbagai nikmati yang tidak terbatas lagi elok serta lebih kekal.Dengan sering mengulang-ulang membacanya melahirkan satu perasaan yang sukar di unkap dengan kata-kata.Dimana Al-quran ini membuat kita lebih bersemangat untuk beribadah kerana kita telah membaca keterangan-keterangan yang di janjikan sebagai ganjaran beramal soleh.Bilamana membaca Al-quran,ibarat timbul satu inpirasi untuk bersemangat meraih apa yang kita baca itu.
Surah Al-Mulk
Surah Al-mulk sebagai contoh,mempunyai beberapa kelebihan tersendiri dan kita harus mengetahui akan kedudukan yang diberikan kepada surah Al-mulk ini.
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Surah Al-mulk mempunyai 30 ayat yang mempunyai peranannya sendiri iaitu pemberi syafaat kepada pembacanya sehingga mendapat keampunan kepada sesiapa yang kekal istiqomah dalam membacanya.
Sesungguhnya Al-quran ini adalah bacaan yang mulia yang tersimpan di lauh Mahfuh,yang tidak disentuh kecuali oleh hamba yang disucikan.Mulianya Al-quran ini adalah sangat tinggi dan tersimpan di Lauh Mafuh.Juga bertaraf pemberi syafaat.Mungkin sekarang kita tidak nampak akan kelebihan dan ketinggian Al-quran ini didunia,akan tetapi di akhirat kelak,pasti kita akan terpengun bahawa Al-quran ini sebenarnya sangat mulia hingga tersimpan di Lauh Mafuh.Hingga Malaikat-Malaikat seperti Mungkar dan Nakir tidak berpeluang meneruskan tugas mereka apabila Al-quran tiba sebagai pemberi syafaat mahupun sebagai teman buat mereka yang menjadikan Al-quran ini sebagai sahabat di dunia ini.Jadi balasanya adalah Al-quran ini adalah pembela kepada sesiapa yang dikehendaki-nya mendapat syafaat Al-quran ini.
Menyelamatkan Daripada Seksa Kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
Juga sebuah hadist yang sangat popular dan biasa kita dengar adalah seperti dibawah:
- Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda;“Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
Rasulullah s.a.w sangat suka jika setiap umatnya menjadikan surah Al-mulk ini mempunyai tempat di dalam hati masing-masing.Didalam hadist tersingkap isi hati Rasulullah s.a.w seperti berikut:
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
Kedudukan Al-Quran Di Akhirat Dan Alam Kubur
Dan tentulah mengamalkan sepenuhnya Al-quran itu pasti kelebihanya pastilah banyak,Didalam kitab Fadhail Amal,Fadhilat Quran,Hadist 34 muka surat 76,menerangkan hal demikian tentang kedudukan Al-quran di akhirat mahupun di alam kubur yang mana Al-quran datang menemui kita dan menghindari kita dari bahaya-bahaya yang datang seperti bahaya disoal oleh dua Malaikat iaitu Mungkar dan Nakir jika gagal menjawapnya di alam kubur nanti.
Jadi Al-quran ini akan jadi perbenteng keatas setiap arah soalan yang diajukan oleh dua Malaikat tersebut.Malahan juga,Malaiakt itu akan pergi dari si mati itu setelah tanpa dapat mengapa-ngapakan si mati berkat bersahabat dengan Al-quran ini yang datang menemani si mati di alam kubur.Amalan itu mengjadirkan kesejahteraan buat si mati di alam kubur kelak.Wallahualam.
Dalam keterangan yang di dapati dalam kitab Fadhail Amal,Fadhilat Quran, adalah bahawa Al-quran pemberi syafaat dan kedudukan syafaat Al-quran adalah tertinggi sehingga syafaat itu diterima telah diketahui daripada beberapa hadist lain juga.
Hazrat Sa'id bin Sulaim rahimahullah. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Pada hari kiamat, tidak ada pemberi syafaat yang lebih tinggi di sisi Allah s.w.t melainkan Al-Quran, bukan nabi dan bukan juga malaikat dan lain-lain" (Hadith riwayat 'Abdul Malik bin Habib demikian dalam Syarah Ihya 'Ulumuddin).
Tedapat banyak sekali ganjaran serta manfaat Al-quran itu bukan sahaja dalam bentuk pahala,bahkan sebagai pemberi syafaat di akhirat kelak.
Sedang hak keistimewan pemberi syafaat ini adalah kepunyaan milik Allah,maka Allah s.w.t adalah mempunyai ketentuan untuk memberi izin kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya memberi syafaat.Setiap yang mendapat hak sebagai pemberi syafaat termasuk Al-quran akan menemui Allah menyatakan demikian-demikian mengapa seseorang itu layak diberi syafaat,maka Al-quran akan menggunakan hanya hal atau perkara yang kukuh seperti orang itu semasa di dunia dahulu menjadikanya sebagai bacaan harian mahupun kekal istiqomah dalam kehidupan serta beramal denganya dan menjadikan Al-quran sebagai sahabat hingga dilepaskan dari azab tertentu atau seluruhnya sekaligus dalam naungan kesejahteraan Al-quran.
Jadi Al-quran kelak akan meminta izin dari Allah s.w.t untuk memberi syafaat kepada pengamalnya kelak.Wallahualam semoga kita akan termasuk juga dalam salah seorang yang mendapat syafaat Al-quran ini kelak.InsyaAllah.
Sedang hak keistimewan pemberi syafaat ini adalah kepunyaan milik Allah,maka Allah s.w.t adalah mempunyai ketentuan untuk memberi izin kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya memberi syafaat.Setiap yang mendapat hak sebagai pemberi syafaat termasuk Al-quran akan menemui Allah menyatakan demikian-demikian mengapa seseorang itu layak diberi syafaat,maka Al-quran akan menggunakan hanya hal atau perkara yang kukuh seperti orang itu semasa di dunia dahulu menjadikanya sebagai bacaan harian mahupun kekal istiqomah dalam kehidupan serta beramal denganya dan menjadikan Al-quran sebagai sahabat hingga dilepaskan dari azab tertentu atau seluruhnya sekaligus dalam naungan kesejahteraan Al-quran.
Jadi Al-quran kelak akan meminta izin dari Allah s.w.t untuk memberi syafaat kepada pengamalnya kelak.Wallahualam semoga kita akan termasuk juga dalam salah seorang yang mendapat syafaat Al-quran ini kelak.InsyaAllah.
Menghormati Al-Quran
Oleh kerana itu kita harus menghormati Al-quran ini kerana kedudukanya yang cukup tinggi di akhirat kelak.Dan wajiblah kita beriman denganya sebagaimana yang ada didalam syariat agama Allah barulah kita mungkin layak untuk mendapatkan syafaat-syafaat dari Al-quran ini,bukan sahaja menghormatinya,malah beradap ketika ingin membacanya seperti dalam keadaan yang suci (dengan berwudhuk),memelihara keaslian isinya (sebutan dan lafaz),membaca dengan baik iaitu dimulai dengan Bismillah bagi mendapatkan keberkatan bacaan itu,menjaga makhraj iaitu dengan tajwid dan dengan suara yang elok dapat meningkatkan kefahaman selain menambahkan keinginan untuk terus istiqomah dalam beribadah.
Belajar Membaca Al-quran
Al-Qur’an diturunkan untuk dibaca oleh setiap orang muslim, direnungkan dan dipahami makna, perintah dan larangannya, kemudian diamalkan. Sehingga ia akan menjadi hujjah baginya di hadapan Tuhannya dan pemberi syafa’at (penolong) baginya pada hari Kiamat. Allah SWT telah menjamin bagi siapa yang membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isi kandungannya tidak akan tersesat di dunia dan tidak celaka di akhirat, dan terdapat dalam firman-Nya:“…. Barangsiapa mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.”(Surah Taha:123)
- Dari Ummul Mu`minin ‘Aisyah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ”Orang yang pandai membaca Al-Qur’an akan ditempatkan bersama kelompok para Malaikat yang mulia dan terpuji. Adapun orang yang terbata-bata dan sulit membacanya akan mendapat dua pahala.” (HR. Muslim no. 798, HR Al-Bukhari no. 4937) Dua pahala, yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya.
- Dari Ummul Mu`minin ‘Aisyah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ”Orang yang pandai membaca Al-Qur’an akan ditempatkan bersama kelompok para Malaikat yang mulia dan terpuji. Adapun orang yang terbata-bata dan sulit membacanya akan mendapat dua pahala.” (HR. Muslim no. 798, HR Al-Bukhari no. 4937) Dua pahala, yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya.
Istiqomah
Belajar membaca walau dalam keadaan terbata-bata juga masih mendapat ganjaran iaitu pahala membaca dan pahala bersusah payah.Jadi tidak perlulah kita segera tergesa-gesa menghabiskan bacaan sebelum waktunya (mahir).
Dengan membaca Al-quran dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t kerana didalam Al-quran itu adalah keterangan dari firman-Nya.Jadi wajarlah kita menempatkan Al-quran ini didalam hati kita sebagai sahabat yang istimewa dan tinggi kedudukanya.
Moga-moga dengan amalan kita sekadar mampu ini dapat memberikan kita manfaat di hari yang mana tidak ada harta benda mahupun alat boleh di jadikan penebus di hari akhirat kelak,maka Al-quran inilah yang kita harap-harap sangatkan sebagai pemberi syafaat.
Moga-moga dengan amalan kita sekadar mampu ini dapat memberikan kita manfaat di hari yang mana tidak ada harta benda mahupun alat boleh di jadikan penebus di hari akhirat kelak,maka Al-quran inilah yang kita harap-harap sangatkan sebagai pemberi syafaat.
No comments:
Post a Comment