Kunci Husnul Khotimah حسن الخاتمة - wanalovemekahmadinah

Wednesday, February 10, 2016

Kunci Husnul Khotimah حسن الخاتمة

Pengakhiran yang baik.Tiap-tiap kehidupan,ada kematian kecuali tertentu yang dikehendaki-Nya.Tiap-tiap manusia akan merasai mati setelah kehidupanya.Mati yang baik disebut Husnul Khotimah,sedang pengakhiran yang buruk disebut sebagai Suul Khotimah.

Kunci Husnul Khotimah  حسن الخاتمة Husnul khotimah,atau Husnul Khatimah adalah suatu pengakhiran kehidupanya dengan baik.Husnul khotimah ini perlu,sebagai penutup kehidupan didunia.Sesiapa juga boleh berbicara tentang kematian,namun tentang husnul khotimah,adalah sesuatu yang agak sukar sekali.


Maka,bagi memperolehi sesuatu itu,kita di ajar oleh Rasulullah s.a.w dalam doa agar dikurniakan pengakhiran yang baik iaitu Husnul Khotimah.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِيمَهُ، وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ فِيهِ

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku adalah umur yang terakhirnya, sebaik-baik amalku adalah amal-amal penutupannya dan sebaik-baik hariku adalah hari saat aku menghadap-Mu.” (HR. Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Ausath. Al-Hafizh Nuruddin Al-Haitsami dalam Majmauz Zawaid wa Mambaul Fawaid, 10/158 no. 17267 mensahihkan sanadnya)

Istiqomah Kunci kepada Husnul Khotimah

Kunci kepada husnul khotimah tidak lain adalah istiqomah.Selalu dalam keadaan yang baik.Bukan mudah untuk istiqomah,bukan mudah juga untuk dapat husnul khotimah.Mereka yang senantiasa menjaga kebaikan berpeluang tinggi mendapat husnul khotimah disamping doa-doa yang dipanjatkan kepada Allah s.w.t.

sabda Rasulullah s.a.w: Istiqomah, dan kalian tidak akan menjangkaunya…(HR. Imam Ahmad dan Ibnu Majjah). Namun untuk memperoleh hikmahnya secara optimum dan pahala yang besar, istiqomah adalah jalannya. Dalam sebuah ujaran berbahasa arab dikatakan bahawa الإستقامة خير من ألف كرامة (istiqomah itu lebih baik dan utama dari seribu karomah).Jika para wali-wali-Nya memiliki karomah,kita juga ada.Iaitu istiqomah.

Bila kita istiqomah dan seiring doa,tidak mustahil Allah mengurniakan kita pengakhiran yang baik iaitu husnul khotimah,dengan syarat,taat setia,tetap teguh,berakhlak dari segi kehidupan serta jalan yang lurus.Jalan yang lurus itu untuk dilalui,perlu adanya istiqomah.

Antara cara untuk istiqomah mendapatkan husnul khotimah adalah selalu bercita-cita untuk mendapatkan husnul khotimah.Dengan adanya cita-cita,maka kita akan terikut cuba sedaya upaya untuk kekal membuat atau berada dilaluan itu.Bukan mudah sebenarnya untuk istiqomah.Kadangkala ada juga tersasar,namun orang yang baik adalah orang yang bila melakukan sesuatu dosa (kecil atau besar),dia kembali kepada pangkal jalan.

Istiqomah harus didalam laluan yang benar.Istiqomah ada perbagai versi.Dalam ketaatan,atau dalam kemaksiatan.Kemaksiatan ini sebenarnya skopnya luas.

Contoh ciri-ciri maksiat adalah mengata,mengadu domba,memburuk dan mencemar maruah orang,perkara-perkara buruk yang selalu ada terkait istiqomah.Berpanjang-panjang ceritanya.Paling sering tanpa sedar ada terlakukan.Fitnahnya,dengan ghibahnya.Ghibah ini perkara yang adapun benar,tetapi tetap tidak dibenarkan kita cuba bercerita hal orang lain.Ia adalah perbuatan yang dilarang kerana boleh mencetuskan fitnah.Terjadi fithnah apabila sampai menyampai.

Pernah tak kita bermain dalam satu acara,dimana terdapat kira-kira 5-7 orang (mengikut kesesuaian)duduk dalam satu baring memanjang,dan kemudian orang yang paling depan itu memberitahu kepada orang dibelakangnya katakan dalam satu ayat "Semalam aku pergi pasar malam,terjumpa Abu Ubaidah sedang membeli ayam goreng.".Dengan ayat yang sama itu,orang yang kedua akan menyampaikan pula kepada orang yang dibelakangnya iaitu orang ketiga didalam barisan itu.Lalu,orang yang akhir sekali menerima pesanan itu akan memberikan pesanan itu kepada ketua acara terbabit.Lalu disemak adakah ayat yang disampaikan orang pertama itu sama dengan orang yang ke sepuluh.

Jika mahu mencuba,boleh sahaja.Dan lihat hasilnya.Disyorkan dalam 5-10 orang sudah memandai.Tentu ada ayat atau perkataan yang tertinggal/ditambah-tambah.Syarat permainan itu adalah jangan diberitahu tujuanya.Sesudah selesai berilah keputusan dan nyatakan ini adalah tujuan sekian-sekian.

Jadi kita harus tahu,dimana laluan kita.Istiqomah kepada husnul khotimah ataukah istiqomah kepada suul khotimah.Jika telah tekad membulatkan istiqomah untuk hasil husnul khotimah,tinggalkan perkara-perkara yang mendatangkan su'ul khotimah.Bimbang jika terus menerus melakukan perkara-perkara sebegitu,kita akan merasai lazatnya dosa lalu berlaku pengakhiran yang tiba-tiba menjadi suul khotimah hanya kerana perkara yang sedap Itu pun suatu penyakit juga.Penyakit cinta dunia namanya.Wallahualam.

Moga masing-masing dikurniakan pengakhiran yang baik sesuai dicita-citakan.inn sya Allah.

No comments:

Post a Comment