Memang,dek kerana rindu mahu mendengar suaranya,saya merajinkan diri menanti-nanti suara itu kedengaran pada lewat malam.
Jika saya mengenal orang itu,nescara saya zahirkan disini.Supaya dapat sama-sama dengar alunan ayat-ayat yang meruntum jiwa ini.Setiap malam menunggu Qariah itu,tapi tidak juga kedengaran suaranya.
Sungguh,mencari-cari saya hingga saat ini.Namun antara lain yang saya sering-sering saya tunggu adalah satu lagu yang memang amat saya gemar sekali.Ditambahkan pula waktu yang malam,sunyi dan sepi.
Mahu tahukah lagu itu ? saya akan berikanya.Lagu ini nescaya akan membuatkan yang mendengar pasti mengalami rindu juga.Tapi bukan pada Qariah itu,akan tetapi seseorang yang sangat istimewa.Siapakah orangnya ?
Kita mungkin jauh dari zamanya,tapi tidak bermakna kita tidak boleh rindu padanya.Jarak kita jikapun mengikut tahun,sudah beribu-ribu tahun.Walhal tidak pernah bersuar muka,bagaimana kita boleh memendam rindu eah ? samalah juga dengan Qariah yang saya rindukan tadi,tidak pernah bersuar,namun terindu.
Rindu adalah rindu...
Rindu diikuti cinta...
Rinduku tidak pernah jemu...
Moga kelak bersuar muka...
Puisi pencinta Rasul
-Nur
إِنِّ أُحِبُّكَ فِي اللهِ
(Aku Mencintaimu kerana Allah)
No comments:
Post a Comment