Rumah Anak Yatim as-Sakinah - wanalovemekahmadinah

Thursday, March 24, 2016

Rumah Anak Yatim as-Sakinah

Rumah Anak Yatim as-Sakinah


Rumah Anak Yatim as-Sakinah
Rumah Anak Yatim &Asnaf As Sakinah
Rumah Anak Yatim as-Sakinah adalah satu badan kebajikan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim yang terletak di negeri sabah.

Pengalaman saya melawat rumat anak-anak yatim suatu ketika dahulu (di negeri pahang) sangat membuatkan saya seolah-olah mereka ini (anak-anak yatim) adalah umpama anak saya sendiri.

Saya sangat sukakan kanak-kanak kerana melihat mereka cukup membuatkan hati terhibur dan melupakan segala masalah dunia yang dipikul.Hingga kadangkala ada juga mempunyai perasaan mahu kembali ke dunia kanak-kanak.

Anak-anak yatim sebagai contohnya,mereka tinggal di sebuah asrama,hidup dikalangan mereka yang sama seperti mereka.Makan sama-sama sudah seperti sebuah satu keluarga.

Pengalaman Berkunjung Ke Rumah Anak Yatim

Saya pernah duduk dan makan bersama mereka diatas tikar yang dibentangkan di lantai batu marmar,bermain-main dengan mereka,dan melihat terletah mereka,malah tidak dapat dilupakan ketika pada suatu petang,hujan pun turun,dan dikawasan mereka itu mempunyai kandang lembu dan kandang kambing (tidak pasti milik siapa)juga terdapat kebun durian berderetan berselerak tumbuh dikawasan asrama,terdapat juga taman-taman tani,dan tidak berapa jauh di hujung pula terdapat sungai yang mengalir.

Aktiviti Kebajikan Yang Aktif
Acara Berbasikal Salah Satu Aktiviti Kebajikan Yang Aktif 
Diwaktu hujan itu,dengan mata saya sendiri melihat gelagat
mereka yang masih kecil ini.Dengan angin kencang,maka buah durian ada yang gugur,lalu mereka berlari memunggut buah yang jatuh itu.Senyuman saya sedikit terukir.Itulah pengalaman melihat mereka di sebuah asrama anak-anak yatim di negeri pahang.

Selain itu,badan kebajikan as-Sakinah tidak terhad kepada anak-anak yatim,malahan kepada golongan asnaf.

Rumah Anak Yatim as-Sakinah
Majlis Keagamaan
Badan ini (as-Sakinah) sangat aktif dalam menganjurkan aktiviti kebajikan kemasyaratan dan juga aktiviti dalaman juga.Saya mengikuti perkembangan aktiviti mereka mahu tahu bagaimana rutin harian mereka dan kelazimanya mereka ada rutin yang saya sangat-sangat gemar iaitu solat berjemaah.Melihat kanak-kanak solat berjemaah memang membuatkan saya tidak dapat diungkap dengan kata-kata,hingga ada yang ketika solat pun boleh tertidur kerana mengantuk ehe.....

Menghiburkan Hati
Acara Duduk Atas Belon

Menghiburkan Hati

Kita yang menghiburkan hati mereka ataukah mereka yang menghiburkan hati kita ?

Kadangkala itulah yang terjadi sebenarnya.
Banyak aktiviti yang dijalankan di as-Sakinah tidak kira untuk asnaf mahupun untuk anak-anak yatim ini.Semuanya mahu berlumba-lumba dan berusaha untuk memberikan sesuatu kepada dua golongan ini.

Diharap badan pertubuhan asnaf dan anak-anak yatim as-Sakinah (termasuk juga badan-badan kebajikan yang ada di seluruh negara) dan terus menerus memberika pelindungan serta memberikan kepada mereka-mereka ini erti kehidupan dan kasih sayang diantara manusia.Wang bukanlah matlamat utama sungguhpun wang diperlukan didalam meneruskan kehidupan,namun kehadiran kita disisi mereka sebenarnya dapat memberikan satu kehidupan yang bahagia walau dalam kekurangan tanpa harta dunia mahupun harta dunia akhirat (ibu & ayah) berbanding apa yang kita miliki ketika ini.

Berkongsi kasih sayang tidak membuatkan kita hilang kasih sayang yang telah dimiliki,akan tetapi menambahkan kasih sayang dan mendekatkan kita kepada erti rasa bersyukur kepada Allah s.w.t apabila dikurniakan apa yang mereka tidak Allah kurniakan.

Kerana sedekah itu dapat memadamkan kemurkaan Allah,maka mengapa saya tidak menyukainya ? saya sangat suka kepada mereka yang mempunyai sifat murah hati dan kasih sayang yang tinggi.Jika pun kita tidak punyai apapun untuk diberikan,cukup hanya menjaga hati mereka itu sudah memandai.

-نور -

Urusan Sumbangan Boleh Disalurkan Kepada 

Address: Lot 503, Jalan Pandan, Taman Pantai Lok Kawi, 89600 Papar, Kota Kinabalu, Sabah, MalaysiaPhone:+60 88-750 401

No comments:

Post a Comment