Apakah Itu Waktu Imsak Di Bulan Ramadhan ? - wanalovemekahmadinah

Sunday, May 22, 2016

Apakah Itu Waktu Imsak Di Bulan Ramadhan ?

Apakah Itu Waktu Imsak Di Bulan Ramadhan ?


Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai waktu imsak di bulan ramadhan.Apakah maksud waktu imsak itu dan bagaimana keadaanya.

Apakah Itu Waktu Imsak Di Bulan Ramadhan ?

Waktu Imsak

Yang dimaksudkan dengan waktu imsak adalah waktu untuk menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa,maka sebaiknya kita berhenti makan dan minum (sahur) ketika waktu imsak telah masuk.Rasulullah ﷺ, dalam satu riwayat yang sahih menyebutkan,baginda setelah sahur sempat membaca 50 ayat Quran kemudian baru masuk waktu azan subuh.Ini membuktikan bahasa tidak makan sahur (apabila masuk waktu imsak) sampai saat azan subuh berkumandang.Wallahualam

Walaubagaimanapun,sah puasa jika makan dan minun (bersahur) sekiranya melepasi waktu imsak sehingga pasti terbit fajar (masuk waktu subuh) kerana permulaan puasa ialah bermula dengan terbit fajar sadiq.Namun begitu berhenti makan dan minum sebelum waktu imsak adalah afdal kerana mengikut sunnah dan sebagai langkah berhati-hati dan bersedia mempersiapkan diri untuk memulakan ibadah puasa.


Fajar Sadiq

Waktu berakhirnya sahur (mulai berpuasa) adalah terbitnya fajar yang menyebar di ufuk, yang dalam fikih disebut sebagai “fajar sadiq”, bukan fajar yang memanjang vertikal, yang dalam fikih dinamai “fajar kadzib”.

Fajar kadzib adalah terangnya ufuk secara vertikal, yang beberapa menit kemudian diikuti oleh kegelapan kembali. Sementara fajar sadiq adalah fajar yang semakin lama semakin terang hingga matahari terbit.

Catatan Tentang Waktu Imsak


قُلْنَا لِأَنَسٍ كَمْ كَانَ بَيْنَ فَرَاغِهِمَا مِنْ سَحُورِهِمَا وَدُخُولِهِمَا فِي الصَّلَاةِ قَالَ قَدْرُ مَا يَقْرَأُ الرَّجُلُ خَمْسِينَ آيَةً 

; Kami berkata kepada Anas: berapa lama jarak selesai keduanya [Rasul dan zaid] dari sahurnya dan keduanya memasuki dalam shalat[ subuh] ? beliau berkata: ukuran pembacaan seseorang pada 50 ayat. [fathul bari 2/70]

Hadis ini menunjukkan bahawa jarak atau senggang waktu antara bersahurnya Junjungan s.a.w. dan azan Subuh ialah kira-kira 50 ayat. Sekali-kali ini tidak menunjukan makna bahawa Junjungan s.a.w. makan sahur sehingga berkumandang azan Subuh, yang jelas ialah ia menyatakan bahawa Junjungan bersahur dan berhenti kira-kira kadar pembacaan 50 ayat sebelum masuk waktu Subuh.

Inilah yang difahami oleh para ulama kita sehingga menetapkan kesunnahan berimsak dalam kadar pembacaan 50 ayat tersebut yang dianggarkan pada kadar 10 – 15 minit. Senggang masa antara sahur dan masuk fajar (azan subuh) yang dinamakan sebagai waktu imsak yang dihukumkan sunnat imsak (menahan diri daripada perkara membatalkan puasa), seseorang itu disunnatkan melakukan imsak sebelum fajar kira-kira 15 minit atau kadar pembacaan 50 ayat yang sederhana dengan bacaan yang sederhana.

 Inilah yang dimaksudkan oleh ulama kita sebagai waktu imsak yang disunnatkan sebagai langkah berhati-hati dan mengikut sunnah Junjungan Nabi s.a.w. Sedangkan imsak setelah masuk fajar adalah wajib. Oleh itu seseorang masih boleh makan-minum selepas waktu imsak tadi selagi waktu Subuh belum masuk kerana imsak pada waktu itu dihukumkan sunnat.

Diperjelaskan lagi dalam sepotong hadits yang juga riwayat Imam al-Bukhari berbunyi:-

عَنْ أنس بن مالك رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه و سلم و زيد بن ثابت تَسَحَّرَا، فلما فرغا من سحورهما قام نبي الله صلى الله عليه و سلم فصلى. قلنا لأنس: كم كان بين فراغهما من سحورهما و دخولهما في الصلاة ؟
قال: قدر ما يقرأ الرجل خَمْسِيْنَ آيةً

Daripada Sayyidina Anas bin Malik r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersahur bersama-sama dengan Sayyidina Zaid bin Tsabit. Apabila kedua mereka selesai daripada sahur mereka, baginda bangun mendirikan sembahyang. Kami bertanya kepada Anas: “Berapa lamakah masa (senggang waktu) di antara selesai mereka berdua daripada sahur dan masuk mereka berdua kepada sembahyang (yakni “berapa lamakah masa antara selesai Junjungan dan Zaid bersahur dan masuknya waktu sholat Subuh”). Dia menjawab: “Sekadar 50 ayat yang dibacakan seseorang.


Rujukan:
http://www.al-azim.com/masjid/seminar/kertaskerja2.pdf
http://singkirkankepalsuan.blogspot.my/2012/07/dalil-dalil-dan-hukum-imsak.html 

No comments:

Post a Comment