Keutamaan Bersahur Dan Fadhilatnya - wanalovemekahmadinah

Monday, May 23, 2016

Keutamaan Bersahur Dan Fadhilatnya

Keutamaan Bersahur Dan Fadhilatnya


Keutamaan Bersahur Dan Fadhilatnya
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani : “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.” 

Fadhilat Bersahur

Rasulullah SAW bersabda: “ Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat berkat yang besar dan terdapat lagi keberakatan didalam tiga perkara, dalam jemaah, di dalam makanan “Tharid” dan bersahur.” 

Tharid Dan Sahur

Tharid adalah suatu makanan enak yang diperbuat daripada roti bakar yang dimasak bersama daging. Abdullah bih Haris ra, meriwayatkan bahawa seorang sahabat berkata,:” Suatu ketika aku menziarahi Rasulullah SAW takala baginda sibuk bersahur. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Inilah perkara yang penuh dengan keberkatan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu. Janganlah tinggalkan.” Ketika menggalakkan kita supaya bersahur Rasulullah SAW telah bersabda:” Walaupun tidak ada makanan, maka sebiji tamar hendaklah dimakan ataupun seteguk air perlulah diminum”.

Bilamana Rasulullah SAW mengundang mana-mana sahabat untuk makan bersahur bersama-samanya baginda selalu bersabda,: “Marilah mengambil makanan yang berkat ini bersama-samaku.” Di dalam hadis dinyatakan bahawa : "Bersahurlah dan perkuatkan puasamu.” Dan tidurlah selepas tengahari (Khailullah) untuk membantumu bangun pada akhir malam untuk beribadat. Walau bagaimanapuan, keserderhanaan adalah penting, jangan mengambil terlalu sedikit sehingga melemahkan diri sepanjang masa berpuasa dan tidak terlalu banyak memakanya sehingga mendatangkan kurang selesa hingga bertentangan dengan maksud berpuasa iaitu menahan diri dari makan dan minum dan nafsu syhawat.

Kelebihan Bersahur

Alangkah beruntungnya orang yang bangun sahur. Dia mendapat dua kebaikan. Pertama, dapat makan supaya tidak terlalu lapar pada siang hari. Kedua, dapat ganjaran pahala dan keberkatan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

السَّحوربركة فلا تداعوه  ولَو أن يجُرعَ أحدكم جرعة الماء

"sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seseorang  kamu hanya minum seteguk air "

Rahmat Dari-Nya

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi s.a.w bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Didoakan Malaikat Ketika Bersahur

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Amalan Sunnah

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Amalan puasa dan mengambil sahur ini sudah begitu banyak sekali besar fadhilat serta ganjaranya.Sahur ini adalah sebahagian dari puasa,dan puasa juga sebahagian dari sahur.Kerana itu,puasa orang-orang islam adalah berbeza sama sekali dengan puasa ahli kitab.

Sahur ini juga sebagai rahmat Allah.Bila,didalamnya adakah tanda-tanda yang berkat walaupun waktu yang terhad,mengambil sahur (makanan) sebelum memulakan puasa dapat meningkatkan semangat dan keyakinan diri ketika berkerja,badan tidak mengalami kekurangan tenaga (apabila sahur telah diambil),dan terdapat banyak lagi hikmah tersembunyi disebalik bersahur.Sahur yang di ambil dapat menampung keperluan-keperluan tenaga badan dalam sepanjang waktu berbuka jika pengambilanya pada kadar yang sederhana.

Makan terlalu banyak ketika bersahur boleh melemahkan badan (apabila badan sangat memelukan banyak tenaga untuk mencerca dan membakar kalori) ,dan tidak juga terlalu sedikit yang boleh memberikan prestasi badan sedikit terkesan (seperti kekurangan air dalam badan).Contohnya,mengabaikan pengambilan air ketika bersahur.Walaupun seteguk air.Boleh jadi dengan seteguk air itu, (boleh jadi Allah jadi kan seteguk air itu berlipat ganda berkatnya seumpama mengambil segelas air dengan syarat jangan tinggalkan sunnah sahur walaupun seteguk air)memberikan keberkatan ketika berpuasa.inn syaAllah.

No comments:

Post a Comment