Bara Api Di Tanah Aden Yaman
Sudah lama tidak saya menulis mengenai tanda kiamat yang akan berlaku.Hanya bila saya membaca buku yang baru dibeli bertajuk 'The Final Chapter' karya Jerry D.Gray seorang mualaf yang memeluk islam dan begitu tekun memperlajari al-Quran serta hadist.Saya begitu teruja membaca isi kandungan yang tidak saya temukan didalam edisi lain.Misalnya perancangan illuminati dan sekutunya,berkerja dengan iblis dan dajjal.Itu semua diceritakan didalam the final chapter.
Mengenai illuminati,alang-alang itu saya simpulkan ringkas kerja mereka ini adalah apa yang dusta dikata benar,apa yang benar dikatakan dusta.Bahasa mudahnya,yang baik itu tidak baik bagi mereka,yang tidak baik itu di angkat dan dipopularkan sebagai baik.
Mengenai illuminati,alang-alang itu saya simpulkan ringkas kerja mereka ini adalah apa yang dusta dikata benar,apa yang benar dikatakan dusta.Bahasa mudahnya,yang baik itu tidak baik bagi mereka,yang tidak baik itu di angkat dan dipopularkan sebagai baik.
Semasa saya membaca buku tersebut,tiba dihalaman 14,saya melihat foto api yang mengatakan telah muncul di yaman berupa bara di tanah Aden.Foto tersebut sama sahaja diatas.Maka itu,saya menulis artikel ini selain melengkapkan penulisan saya mengenai tanda kiamat besar menerusi hadist Rasulullah s.a.w.Kiamat tidak akan berlaku melainkan telah sempurna lengkap tanda-tandanya.
Berdasarkan hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa terdapat 10 tanda-tanda besar akan berlaku dimuka bumi, dan setelah iannya berlaku maka akan datanglah hari kiamat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut :
'
1. Asap (dukhan) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah SWT.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah SWT tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s Baginda akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan baginda akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian, membunuh babi dan baginda juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Yakjuj dan Makjuj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zulkarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.
Huraiannya :
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah SAW. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah baginda turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda kiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa kiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Berdasarkan hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa terdapat 10 tanda-tanda besar akan berlaku dimuka bumi, dan setelah iannya berlaku maka akan datanglah hari kiamat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut :
'
1. Asap (dukhan) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah SWT.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah SWT tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s Baginda akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan baginda akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian, membunuh babi dan baginda juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Yakjuj dan Makjuj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zulkarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.
Huraiannya :
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah SAW. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah baginda turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda kiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa kiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Menginsyaratkan kepada kita bahawa,akan muncul tanda-tanda kiamat sebelum kiamat itu sendiri datang.Yang dimaksudkan tanda kiamat ini adalah musnahnya alam seperti bumi hancur dan sebagainya.Didalam surah al-Waqiah menyebutkan bahawa gunung-ganang diangkat lalu dileburkan menjadi debu-debu berterbangan.Ada juga ayat didalam al-Quran menyebutkan bahawa lautan menjadi panas berwap umpama ada tungku panas dibawahnya,langit menjadi cairan perak,langit bumi menjadi cair seperti cairnya perak (sejenis logam bernilai selain emas yang digunakan selain dinar dan disebut sebagai dirham).
Allah berfirman dengan fenomena kosmik unik ini, yang ertinya:"Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan)” (Surah Ath-Thur 6).
Nabi SAW bersabda: “Tidak ada yang mengarungi lautan kecuali orang yang berhaji, berumrah atau orang yang berperang di jalan Allah. Sesungguhnya di bawah lautan terdapat api dan di bawah api terdapat lautan,” (HR Abu Daud).
Ketika ayat ini diturunkan, Bangsa Arab tidak mampu menangkap dan memahami isyarat sumpah Allah SWT demi lautan yang di dalam tanahnya ada api ini. kerana bangsa Arab (kala itu) hanya mengenal makna “sajara” sebagai menyalakan tungku pembakaran hingga membuatnya panas atau mendidih.
Api Muncul Di Yaman
Tanda-tanda kiamat lain telah saya tuliskan mengenainya,kini menumpukan kepada satu lagi tanda besar kiamat,iaitu munculnya api dari Yaman.Api yang bagaimana muncul ? munkin bagi yang mengikut rancangan halaqah 2016,ada dihuraikan lebih mendalam mengenai sifat api tersebut.Saya sebutkan disini sekilas yang saya dapat ingati menerusi rancangan tersebut adalah api tersebut pintar,ia berehat disaat manusia berehat.Api yang muncul kelak sebagai tanda kiamat itu adalah api yang mengikut manusia menuju ke suatu tempat.
Api yang akan muncul kelak di yaman itu akan mengiring manusia menuju ke suatu tempat mereka berkumpul.Berdasarkan satu hadist;
Dijelaskan dalam hadits Hudzaifah bin Asid Radhiyallahu anhu ketika menyebutkan tanda-tanda (besar) Kiamat, di dalamnya ada sabda beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam:
وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنَ الْيَمَنِ، تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ.
“Dan yang terakhirnya adalah api yang keluar dari Yaman, menggiring manusia ke tempat mereka berkumpul.” [HR. Muslim][1]
Imam Ahmad dan at-Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhiyallahu anhuma, beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Akan keluar api dari Hadramaut atau laut Hadramaut sebelum hari Kiamat yang akan menggiring manusia.’Musnad Imam Ahmad (VII/133, no. 5146), Ahmad Syakir berkata, “Sanadnya shahih.” Dan at-Tirmidzi (VI/463-464, Tuhfatul Ahwadzi)[2]
Api yang muncul dari Yaman atau istilah lain adalah dari Hadramaut juga dari Laut Hadramaut.Api tersebut akan muncul dari tempat itu.Istilahnya munkin lain,tapi membawa kita ke tempat yang sama.
Saya mengambil beberapa petikan dari laman yang turut menghuraikan mengenai munculnya api di yaman "Saya tidak menjumpai perbezaan dalam kalangan pendapat ahlus sunnah bahawa keluarnya api dari Yaman adalah tanda Kiamat besar yang terakhir kali terjadi dari sepuluh tanda-tanda kiamat besar. Tetapi kita akan mengetahui perbezaan pendapat mengenai kejadian tersebut yang mana sebahagian ulama' ada yang menganggap kejadian tersebut akan terjadi di hari akhirat, di mana tidak ada umat Islam lagi pada masa itu di dunia. Di antaranya
Al-Ghazali dan Al-Hulaimi yang berpendapat bahawa keluarnya api dari Yaman akan terjadi di hari akhirat. Sekiranya anda merujuk buku yang bertajuk, "Yaumul Qiyamah" karya Yusuf wabil halaman 409. Di situ di jelaskan alasan sebahagian ulama' yang menganggap kejadian tersebut terjadi pada hari akhirat dan di jawabnya dengan jawapan yang boleh dikatakan cukup isinya. Sebenarnya bagi orang yang menggunakan akalnya dengan sedikit sahaja, dah boleh membantah pendapat ulama' tersebut
Dengan merujuk pada hadis di atas, bahawa keluarnya api dari Yaman terjadi pada bahagian yang terakhir Tetapi terakhir di sini bukan ketika menjelangnya tiupan sangkakala yang mana pada ketika itu sudah tidak ada lagi umat Islam. Tidak ada asap kalau tidak ada api. Dalam beberapa hadis yang shahih ada menjelaskan dengan lebih terperinci, bahawa ketika keluarnya api dari Yaman masih ada lagi umat Islam, dan bahkan Rasulullah S.A.W memberikan arahan jika mengalami saat-saat sedemikian.
api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke tempat berkumpulnya mereka."[3]
Api Tersebut Membawa Manusia Menuju Syam
Api ini akan menghalau manusia ke mashar atau padang mashar secara tepatnya.Dari Hakim Bin Muawiyah Al-Bahzi dari ayahnya, lalu ia menyebutkan haditsnya yang di situ Rasulullah S.A.W bersabda: "Di sini kamu akan dikumpulkan, di sini kamu akan dikumpulkan, di sini kamu akan dikumpulkan dengan berkenderaan, ada yang dengan berjalan kaki, dan ada pula yang diseret wajahnya." Ibnu Am Bukair berkata, lalu Baginda menunjuk dengan tangan Baginda ke Syam seraya bersabda: "Ke sinilah kamu akan dikumpulkan."[Musnad Imam ahmad dari buku "Yaumul Qiyamah (hari Kiamat)" halaman 415].
Dari Bahz Bin Hakim dari ayahnya dari datuknya, ia berkata; saya bertanya, wahai Rasulullah, ke manakah engkau perintahkan aku? Baginda menjawab, "Ke sanalah!" Dan beliau menunjuk tanganya ke arah Syam. [Tuhfatul Ahwadzi syarah Sunan Tirmidzi dari buku "Yaumul Qiyamah" halaman 416].
3 Kelompok Manusia Menuju Syam
Sementara api itu mengiring manusia menuju padang mashar,manusia terbahagi menjadi kelompok-kelompok 3 bahagian.Ketika api yang besar tersebut muncul dari Yaman, maka ia akan menyebar di bumi dan akan menggiring manusia ke tempat mereka dikumpulkan, dan orang-orang yang digiring itu terbagi menjadi tiga kelompok:
- Kelompok yang penuh suka cita, mereka makan, mengenakan pakaian, dan menaiki kenderaan.
- Kelompok yang terkadang berjalan dan dan terkadang menaiki kenderaan, mereka semua saling bergantian dengan satu unta, sebagaimana akan dijelaskan di dalam hadits, “Dua orang di atas unta, dan tiga orang di atas unta…” sampai beliau bersabda, “Dan sepuluh orang di atas kenderaan saling bergantian.” Hal itu terjadi kerana sedikitnya kenderaan ketika itu.
- Kelompok yang digiring oleh api, mereka digiring api dari belakang dan dari segala penjuru ke tempat mereka dikumpulkan, barangsiapa terlambat, maka ia akan dimakan oleh api.[Lihat an-Nihaayah/al-Fitan wal Malaahim (I/230-231)].
يُحْشَرُ النَّاسُ عَلَى ثَلاَثٍ: طَرَائِقَ رَاغِبِيْنَ وَرَاهِبِيْنَ، وَاثْنَانِ عَلَى بَعِيْرٍ، وَثَلاَثَةٌ عَلَـى بَعِيْرٍ، وَأَرْبَعَةٌ عَلَى بَعِيْرٍ، وَعَشْرَةٌ عَلَى بَعِيْرٍ، وَيَحْشُرُ بَقِيَّتُهُمُ النَّـارُ، تَقِيْلُ مَعَهُـمْ حَيْثُ قَالُوا، وَتَبِيْتُ مَعَهُمْ حَيْثُ بَاتُوْا، وَتُصْبِحُ مَعَهُمْ حَيْثُ أَصْبَحُوْا، وَتَمْسِي مَعَهُمْ حَيْثُ أَمْسَوا.
تُبْعَثُ نَارٌ عَلَـى أَهْلِ الْمَشْرِقِ فَتَحْشُرُهُمْ إِلَى الْمَغْرِبِ تَبِيْتُ مَعَهُمْ حَيْثُ بَـاتُوا وَتَقِيْلُ مَعَهُمْ حَيْثُ قَالُوا وَيَكُوْنُ لَهَا مَـا سَقَطَ مِنْهُمْ وَتَخْلِفُ تَسُوْقُهُمْ سَوْقَ الْجَمَلِ الْكَسِيْرِ.
‘Akan dikeluarkan api pada penduduk yang ada di timur, lalu api tersebut menggiring mereka ke barat, ia akan selalu bersama mereka saat mereka bermalam, saat mereka beristirahat, apa saja yang jatuh dan tertinggal dari mereka menjadi miliknya (dimakannya), ia berada di belakang dan menggiring mereka bagaikan digiringnya unta yang patah kakinya.’[Lihat an-Nihaayah/al-Fitan wal Malaahim (I/230-231)].
Apa yang tertinggal atau ditinggalkan oleh manusia pada waktu itu akan dimusnahkan oleh api tersebut,baik harta benda atau segalanya,wallahualam.Yang api itu mahu adalah agar manusia tetap bergerak dan fokus menuju ke syam,tempat mereka berkumpul sama ada berkenderaan,atau tidak berkenderaan,manusia pada waktu itu akur pada api tersebut yang jika mereka ingkar,mereka akan terkena api.Walaubagaimanapun,api tersebut berehat bilamana manusia berehat.Bilamana manusia berehat,api tidak mengapa-apakan manusia.Apabila tiba waktu untuk bergerak,maka api itu pun mengikut,yang tinggal dibelakang mereka segera dimusnahkan agar tidak ada sesiapa yang kembali ke belakang mereka,wallahualam.
Mungkin,api yang muncul di yaman pada tahun 2003 itu adalah suatu permulaan awalnya nyalaan api yang akan menghalau manusia.Ini kerana,telah hampir dekatnya waktu kiamat,maka kemunculan-kemunculan awal yang akan memungkinkan munculnya tanda lain seperti munculnya iman mahdi,dajjal,turunya Nabi Isa a.s akan dapat dilihat dalam beberapa waktu nanti,maka api tersebut hanyalah mungkin di jelmarkan dahulu pada penglihatan manusia,namun menunggu waktu munculnya tanda kiamat lain,maka setelah itu api tersebut ikut turut serta bersusulan muncul dan meluas,wallahualam.
Tanah Aden Yaman
Tanah Aden ini terletak di Yaman.Tempat dimana dikatakan terdapat api yang muncul secara tiba-tiba lalu mengemparkan orang yang berada disekelilingnya.Dan,seterusnya,mengemparkan penduduk dunia.Kaitan api yang muncul di tanah Aden itu,turut dikaitkan dengan salah satu hadist mengenai akan muncul api di yaman,maka itulah kita menjadi begitu ambil berat akan kemunculan api tersebut dan mengaitkan ia dengan tanda kiamat akan datang.
Api yang muncul di tanah Aden itu mungkin sahaja tidak menunjukan tanda-tanda kiamat menurut hadist,ini ekoran sifat apinya yang kelihatan senyap dan tidak menunjukan tanda-tanda akan merebak ke tempat-tempat lain.Disini,terdapatnya perbezaan-perbezaan ulama mengenai turutan berlakunya tanda kiamat,dimana api yang akan muncul di yaman itu adalah tanda kiamat yang akhir-akhir,atau tanda kiamat yang di bahagian akhir sebelum berlakunya kiamat.Ertinya,api tersebut hanya akan mulai aktif dan bergerak ke timur dan barat,atau mencari manusia lalu mengiring mereka pergi ke syam apabila waktu berlakunya kiamat benar-benar semakin tinggal beberapa detik sahaja lagi,maka saat itulah api tersebut mulai menunjukan sifat-sifatnya seperti mana disebutkan didalam hadist Rasulullah s.a.w dan apa yang di sebutkan menerusi pendapat ulama-ulama besar.
Api yang kita rujuk ini adalah mengenai api yan muncul di yaman.Memandangkan ianya suatu perkara yang telah muncul dan terjadi,walaupun sifatnya menurut hadist belum lagi terhasil,tapi ia berlaku di dalam lingkungan kawasan yang disebutkan hadist Rasulullah s.a.w.
Tanah Aden,beberapa tahun yang lalu,tahun yang tidak jauh dari tahun 2016,iaitu tahun 2013.Api yang ada ditanah Aden ini dapat saya kutipkan dari beberapa laman yang menerangkan hakikat sifat tersebut adalah berupa seperti kawah.
"Selain indah, Aden juga menyimpan rahsia. Teman saya itu pernah mengajak kami ke sebuah tempat di Aden bernama Kraytar, yang dalam bahasa Inggeris bererti kawah merapi. Saat tiba di daerah itu, saya memang tak menemukan kawah. Hanya bukit-bukit menjulang berwarna coklat. Puncaknya runcing dan terjal, berbeza dengan bukit-bukit di Hadhramaut yang memiliki permukaan datar.
“Dinamakan kraytar, karena dulunya tempat ini berupa kawah gunung,” ujar Faris menjelaskan. “Ketika penjajah Inggeris datang ke sini, mereka menemukan fakta, bahawa di sini dulu ada gunung merapi, kemudian membeku dan mati (tidak aktif)."[4]
Kawah dimaksudkan adalah kawah gunung berapi yang dijangka akan kembali aktif menurut ahli kaji inggris yang pernah ke situ pada suatu masa lalu dan tambahan pula,ianya dikatakan akan meletus setelah aktif.
Rujukan;
[1]http://indahnyamutiarasunnah.blogspot.my/2013/09/tanda-tanda-besar-kiamat-9-keluarnya.html
[2]https://almanhaj.or.id/703-pasal-kesembilan-tempat-keluarnya-api-cara-api-tersebut-mengumpulkan-manusia.html
[3]Adalah tulisan asal dari http://www.nukeufo89.com/2013/06/kemaskini-penjelasan-secara-terperinci.html
[4]Dipetik daripada laman http://indo.hadhramaut.info/view/1386.aspx
No comments:
Post a Comment