Ma'al Hijrah Bulan Muharram - wanalovemekahmadinah

Sunday, October 2, 2016

Ma'al Hijrah Bulan Muharram

Ma'al Hijrah Bulan Muharram

Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ia termasuk antara bulan-bulan yang dihormati sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.” (Surah at-Taubah: 36)

Empat bulan yang dihormati yang tersebut dalam ayat di atas ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Manakala diriwayatkan oleh Abi Bakrah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya:

“Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana bentuknya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Setahun ada dua belas bulan. Antaranya terdapat empat bulan yang dihormati, Tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan Sya‘ban.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
Dalam bulan Muharram ini terdapat satu tarikh yang dianggap istimewa iaitu tarikh 10 Muharram yang juga dikenali sebagai hari ‘Asyura’. Pada tarikh ini banyak berlaku peristiwa-peristiwa penting, antaranya Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah sehingga baginda a.s kembali suci, Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s dan lain-lain peristiwa yang dapat dijadikan iktibar bagi umat Islam.
.
Di samping keistimewaan hari ‘Asyura’ yang berlaku di dalamnya peristiwa-peristiwa penting, hari ‘Asyura’ juga merupakan peluang untuk meraih ganjaran amalan-amalan yang disunatkan untuk dilakukan pada hari tersebut.
.
Semoga kita semua dapat menghidupkan Bulan Muharram ini.
Semoga kita semua mendapat barakah daripada Allah dan dapat menggembirakan hari Rasulullah s.a.w.

Semoga kita semua mendapat semua rahsia-rahsia di bulan Muharram ini.
Aminn Ya Robb!

Sumber tulisan:Tahfiz Fatimah az-Zahra "Lil Banat.

No comments:

Post a Comment