Puasa Hari Arafah Berserta Niat - wanalovemekahmadinah

Monday, October 3, 2016

Puasa Hari Arafah Berserta Niat

Puasa Hari Arafah Berserta Niat

Puasa Hari Arafah Berserta Niat



UNTUK NIAT PUASA HARI ARAFAH SEPERTI DI BAWAH.SAMA-SAMA KITA MENJALANKAN IBABADAH SUNAT KERANA ALLAH S.W.T

-nawaitu shou ma gha-din min yau-min ar-fa-ta sun na-tan Lil-Laa-hi ta-aa-la-
(Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala)

Namun,terdapat hadits yang bagi jemaah haji iaitu ketika sedang berwukuf di padang arafah seperti berikut;

نهى (رسول الله ص) عن صيام يوم عرفة بعرفة

“Rasulullah (saw) telah melarang berpuasa di hari ‘Arafah (bagi mereka yang berwukuf) di ‘Arafah ” (HR Abu Daud)

Mereka (jemaah-jemaah haji) tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jemaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Bagi jemaah haji,mereka haruslah mengfokuskan kepada rukun-rukun haji disana dan semasa di padang arafah,memperbanyakan doa sebagaimana dianjurkan oleh baginda s.a.w sebagaimana tercatit sebuah rangkap hadits s.a.w;

Kebesaran berdoa di hari Arafah.

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:


خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]

No comments:

Post a Comment