Iringi Doa Dengan Nama-Nama Allah Yang Maha Agung dan Mulia.Berdoa dengan Nama-nama Allah s.w.t adalah mustajab.Didalam hadits menyebutkan seseorang yang berdoa,lalu diiringi kalimat-kalimat agung tuhanya,memuji-Nya,selain menyebut sifat keMulian-Nya nescaya Allah akan mengabulkan doanya itu.
Dari Anas bahawa ia duduk bersama Rasulullah SAW dan terdapat seorang laki-laki yang melakukan solat, kemudian ia berdoa;
(Ya Allah, aku memohon kepada Mu bahawa bagi Mu segala pujian, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Maha Pemberi, Pencipta langit dan bumi. Wahai Zat yang memiliki keagungan, serta kemuliaan, wahai Zat yang Maha Hidup, lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya).
Kemudian Nabi SAW bersabda: "Sungguh ia telah berdoa kepada Allah dengan nama-Nya yang agung, yang apabila dipanjatkan doa kepadaNya dengan nama tersebut maka Dia akan mengabulkannya, dan apabila Dia diminta dengan nama tersebut maka Dia akan memberinya." (HR Abu Daud No: 1277) darjat hadits Sahih.
Pengajaran:
1. Antara waktu dan tempat yang baik berdoa ialah selepas solat.
2. Sesiapa yang berdoa dengan diiringi nama-nama Allah yang agung dan mulia, Allah akan mengabulkan permohonannya. Antara nama-nama Allah yang agung dan mulia :
عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا وَرَجُلٌ يُصَلِّي ثُمَّ دَعَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ الَّذِي إِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ
Kemudian Nabi SAW bersabda: "Sungguh ia telah berdoa kepada Allah dengan nama-Nya yang agung, yang apabila dipanjatkan doa kepadaNya dengan nama tersebut maka Dia akan mengabulkannya, dan apabila Dia diminta dengan nama tersebut maka Dia akan memberinya." (HR Abu Daud No: 1277) darjat hadits Sahih.
Pengajaran:
1. Antara waktu dan tempat yang baik berdoa ialah selepas solat.
2. Sesiapa yang berdoa dengan diiringi nama-nama Allah yang agung dan mulia, Allah akan mengabulkan permohonannya. Antara nama-nama Allah yang agung dan mulia :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ
Mari kita iringi doa kita dengan nama-nama Allah yang Maha Agung dan Mulia.
No comments:
Post a Comment