Didalam hadits,Rasulullah s.a.w mendoakan untuk bumi Syam dan Yaman keberkatanya.Doa tersebut jelas menandakan keutamaan bumi Syam dan keistimewaanya.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ الْحَسَنِ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ
Dari Watsilah bin al Asqaa`, berkata: Aku mendengar Rasulullah berkata kepada Hudzaifah bin al Yaman dan Mu’adz bin Jabal yang sedang meminta pendapat beliau tentang tempat tinggal. Maka, beliau mengisyaratkan ke arah Syam. Mereka berdua kembali bertanya kepada beliau. (Dan) beliau mengisyaratkan ke arah Syam. Beliau bersabda:
عَلَيْكُمْ بِالشَّامِ فَإنَّهَا صَفْوَةُ بِلَادِ اللهِ يَسْكُنُهَا خِيرَتُهُ مِنْ خَلْقِهِ..
Malaikat Membentangkan Sayap Bagi Penduduk Syam.
Dari Zaid bin Tsabit, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
طُوبَى لِلشَّامِ فَقُلْنَا لِأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا
Namun,jika pergi dengan lebih dalam penelitian maksud perkataan 'Syam' terdapat makna yang jauh lebih luas lagi.Iaitu wilayah-wilayah yang termasuk dalam Syam sebagaimana didoakan Rasulullah s.a.w adalah seperti Palestin,Jordan dan sekitarnya.
Salah satu Hadits tentang wilayah syam seperti berikut:
“Al-Masih Dajjal akan datang dari arah timur, ia menuju Madinah, hingga berada di balik Uhud, ia disambut oleh malaikat, maka malaikat membelokkan arahnya ke Syam, di sana ia dibinasakan, di sana dibinasakan.” (HR. Imam Ahmad).
Jika demikian menurut hadits Rasulullah s.a.w diatas,kemungkinan palestin termasuk dalam wilayah syam,kerana dajjal ini akan melarikan diri ke Bab Lud sebelum dibunuh oleh Nabi Isa a.s apabila turunya baginda a.s di Menara Putih Disebuah Masjid terletak di timur damsyik,syam.
Di syam juga akan berlakunya satu peristiwa besar iaitu al-Malhamah al-Kubra.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga tentara Romawi sampai di A’maq atau di Dabiq untuk menyerang kamu.”(HR. Muslim, no 2897)
wallahualam.
No comments:
Post a Comment