Hadits Ar bain 18 Takwa Dan Akhlak Yang Baik - wanalovemekahmadinah

Thursday, November 3, 2016

Hadits Ar bain 18 Takwa Dan Akhlak Yang Baik

Hadits Ar bain  18 Takwa Dan Akhlak Yang BaikHadits Ar bain  18

Takwa Dan Akhlak Yang Baik


عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ “ [رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]

Dari Abu Zar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman, Mu’az bin Jabal radhiallahuanhuma dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda:"Bertakwalah kepada Allah dimana saja kamu berada,iringilah keburukan dengan kebaikan nescaya menghapusnya dan pergauilah manusia dengan akhlak yang baik."(Hr at-Tirmidzi,dan ia berkata,"Hadits Hasan",dan pada sebahagian naskah:"Hasan Sahih").[1]

Rasulullah s.a.w begitu mencintai umatnya,dengan itu baginda s.a.w mengarahkan agar mereka kepada segala sesuatu yang mengandungi kebaikan dan kemaslahatan.

Diantaranya,wajib bertakwa kepada Allah s.w.t dimanapun berada.Wajib bertakwa dikala sepi dan ramai,berdasarkan sabda baginda s.a.w,

اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ،
"Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada."

Menunjukan bahawa keburukan itu,bila anda mengiringinya dengan kebaikan,maka kebaikan itu akan menghapus dan menghilangkan keburukan tersebut secara keseluruhan.Ini berlaku umum dalam segala kebaikan dan keburukan,jika kebaikan tersebut adalah taubat;Kerana taubat itu menghancurkan dosa-dosa sebelumnya.Adapun jika kebaikan tersebut selain taubat,iaitu manusia melakukan perbuatan buruk kemudian melakukan amal soleh,maka ini dengan penimbangan.Jika perbuatan yang baik itu lebih berat dibandingkan dengan keburukan,maka pengaruhnya serta kesanya beransur hilang,sebagaimana Allah s.w.t berfirman,


وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ
Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.
(Al-Anbiyaa' 21:47).

Kemudian sabda Rasulullah s.a.w,"Dan pengaulilah manusia dengan akhlak yang baik."Iaitu bergaul dengan mereka dengan akhlak yang baik dari segi perbuatan dan ucapan,kerana ia termasuk dalam hal kebajikan.Perintah ini boleh menunjukan kewajipan,boleh dalam bentuk anjuran.

Apabila dipetik dari lafaz hadits arba'in tersebut,tentang disyariatkanya memperlakukan manusia dengan akhlak yang baik.Rasulullah s.a.w di memperincikan cara memperlakukan manusia,kerana hal tersebut berbeza-beza menurut hal ehwal manusia,adakalanya baik bagi seseorang,tapi tidak baik bagi yang lainya,dan manusia yang berakal dapat mengetahui dan menimbangnya.

Hadits arba'in ini menerangkan tentang sabda Rasulullah s.a.w kepada beberapa perkara penting.Iaitu takwa kepada Allah s.w.t dan akhlak yang baik kepada manusia.

Takwa kepada Allah adalah wajib yang semestinya tidak ada takwa lain melainkan kepada Allah sahajalah.

Akhlak yang baik itu,setiap manusia ini agar orang lain berakhlak yang baik terhadap dirinya.Setiap manusia diatas muka bumi ini mahu kebaikan bagi dirinya.Maka,didalam pergaulan sesama manusia,akhlak itu boleh menjadi penentu keharmonian dalam masyarakat yang mana kemaslahatan itu berbeza diantara satu sama lain.Namun yang samanya adalah setiap orang mahu kebaikan untuk dirinya.Satu contoh yang satu orang boleh beri kepada banyak orang adalah akhlak yang baik.

Setiap kebaikan pasti dalam menghapuskan keburukan.Semakin banyak kebaikan,semakin berat amal soleh.Yang akan ditimbang di Yaumul Mizan kelak adalah amal soleh dan amal buruk.

wallahualam.

Rujukan:
[1]Hadits hasan:Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi,no.1987;Ahmad,5/153,158,177;dan ad-Darimi,2/415;serta dihasankan oleh al-Albani dalam sahih al-Jami',no.97.
Kitab hadits arba'in imam an-Nawawi Rahimahullah syarah Syaikh Muhammad soleh al-Utsaimin bab hadits arba'in 18 hlm 66.

No comments:

Post a Comment