Biografi Rasulullah s.a.w Dan Peristiwa Pembelahan Dada - wanalovemekahmadinah

Thursday, December 15, 2016

Biografi Rasulullah s.a.w Dan Peristiwa Pembelahan Dada

Disini serba sedikit biografi diri baginda Rasulullah s.a.w Nabi Ulul azmi tertinggi.

Nama:Muhammad Bin Abdullah
Bapa:Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hasyim Bin Abdul Manaf Bin Qusay Bin Murrah.
Ibu:Aminat Binti Wahab Bin Abdul Manaf Bin Zuhrah Bin Kilab Bin Murrah.
Nenek Sebelah Bapa:Fatimah Binti Umar al-Makhzumiyah
Nenek Sebelah Ibu:Burrah Binti Abdul Uzza Bin Usman Bin Abdul Dar Bin Qusay Bin Murrah.
Tarikh Lahir:Isnin,12 Rabiulawal 53 Tahun sebelum Hijrah (570 Masihi).
Tempat Lahir:Makkah al-Mukarramah.
Tempat Wafat:Madinah al-Munawarrah.
Tarikh Diangkat:27 Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah (609 Masihi).
Menerima Wahyu Pertama Kenabian:Gua Hira,Makkah al-Mukarramah.
Tanda Kenabian (Ditubuh):Terdapat tanda kenabian bagi Rasulullah s.a.w dibahagian antara dua bahu badan.
Sifat Fizikal:Indah dilihat.Berwajah putih bercahaya dan berseri.
Warna Mata:Hitam.
Warna Rambut:Hitam.
Ketinggian:Sederhana berdada bidang.
Wafat:Isnin 12 Rabiulawal tahun ke 11 Hijrah (632 Masihi)


Sejak kecil Nabi Muhammad SAW telah memperlihatkan keistimewaan yang sangat luar biasa. Usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara. Pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing. 
Biografi Rasulullah s.a.w Dan Peristiwa Pembelahan Dada
Pada masa itulah ia berhenti menyusu dan kerananya harus dikembalikan lagi pada ibunya. Dengan berat hati Halimah terpaksa mengembalikan anak asuhnya yang telah membawa berkah itu, sementara Aminah sangat gembira melihat anaknya kembali dalam keadaan sihat dan segar.

Namun tak lama selepas itu Nabi Muhammad SAW kembali diasuh oleh Halimah kerana berlaku wabak penyakit di kota Mekah.Dalam masa asuhannya kali ini, baik Halimah mahupun anak-anaknya sering mencari keajaiban di sekitar diri Muhammad SAW. Anak-anak Halimah sering mendengar suara yang member salam kepada Nabi Muhammad SAW, "Assalamu 'Alaika ya Muhammad," padahal mereka tidak melihat ada orang di situ. 

Dalam kesempatan lain, Dimrah, anak Halimah, berlari-lari sambil menangis dan mengadukan bahawa ada dua orang bertubuh besar-besar dan berpakaian putih menangkap Nabi Muhammad SAW. Halimah bergegas menyusul Muhammad SAW. Apabila ditanya, Nabi Muhammad SAW menjawab, "Ada 2 malaikat turun dari langit. Mereka memberikan salam kepadaku, membaringkanku, membuka bajuku, membelah dadaku, membasuhnya dengan air yang mereka bawa, lalu menutup kembali dadaku tanpa aku merasa sakit.
"

Halimah sangat gembira melihat keajaiban-keajaiban pada diri baginda Muhammad SAW, namun kerana keadaan ekonomi keluarganya yang semakin lemah , ia terpaksa mengembalikan Nabi Muhammad SAW, yang ketika itu berusia 4 tahun, kepada ibu kandungnya di Mekah.

Dalam usia 6 tahun, Nabi Muhammad SAW telah menjadi yatim-piatu. Aminah meninggal dunia kerana sakit sepulangnya ia mengajak Nabi Muhammad SAW berziarah ke makam ayahnya.Setelah kematian Aminah, Abdul Mutalib mengambil alih tanggung jawab merawat  baginda Muhammad SAW. Namun kemudian Abdul Mutalib pun meninggal dunia, dan tanggung jawab penjagaan Nabi Muhammad SAW beralih pada bapa saudaranya, Abu Talib. 

Ketika berusia 12 tahun, Abu Thalib mengabulkan permintaan Nabi Muhammad SAW untuk ikut serta dalam kafilahnya ketika ia memimpin rombongan ke Syam (Syria). Usia 12 tahun sebenarnya masih terlalu muda untuk ikut dalam perjalanan seperti itu, namun dalam perjalanan ini kembali terjadi keajaiban yang merupakan tanda-tanda kenabian Muhammad SAW. Segumpal awan terus menaungi Muhammad SAW sehingga panas terik yang membakar kulit tidak dirasakan olehnya. 

Awan itu seolah mengikuti gerak kafilah rombongan Muhammad SAW. Bila mereka berhenti, awan itu pun ikut berhenti. Kejadian ini menarik perhatian seorang pendeta Kristian bernama Buhairah yang memperhatikan dari atas biaranya di Busra. Ia menguasai betul isi kitab Taurat dan Injil.

Hatinya bergetar melihat dalam kafilah itu terdapat seorang anak yang terang benderang sedang mengendarai unta. Anak itulah yang terlindung dari sorotan sinar matahari oleh segumpal awan di atas kepalanya. "Inilah Roh Kebenaran yang dijanjikan itu," pikirnya. Pendeta itu pun berjalan menyongsong iring-iringan kafilah itu dan mengundang mereka dalam suatu perjamuan makan. Setelah berbincang-bincang dengan Abu Talib dan Muhammad SAW sendiri, ia semakin yakin bahawa anak yang bernama Muhammad adalah calon nabi yang ditunjuk oleh Allah SWT. 

Keyakinan ini dipertegas lagi oleh kenyataan bahawa di belakang bahu Muhammad SAW terdapat sebuah tanda kenabian. Pada masa akan berpisah dengan para tetamunya, pendeta Buhairah berpesan pada Abu Thalib, "Saya berharap Tuan berhati-hati menjaganya. Saya yakin dialah nabi akhir zaman yang telah ditunggu-tunggu oleh seluruh umat manusia. Usahakan agar perkara ini jangan diketahui oleh orang-orang Yahudi. Mereka telah membunuh nabi-nabi sebelumnya. Saya tidak mengada-ada, apa yang saya terangkan itu berdasarkan apa yang saya ketahui dari kitab Taurat dan Injil. Semoga tuan-tuan selamat dalam perjalanan. "Apa yang dikatakan oleh pendeta Kristen itu membuat Abu Thalib segera mempercepat urusannya di Suriah dan segera pulang ke Mekah Pada usia 20 tahun, Muhammad SAW mendirikan Hilful-Fudul, suatu lembaga yang bertujuan membantu orang-orang miskin dan teraniaya. Pada masa itu di Mekah memang sedang tidak menentu keadaanya akibat perselisihan yang terjadi antara suku Quraisy dengan suku Hawazin.

Melalui Hilful-Fudul inilah sifat-sifat kepemimpinan Nabi Muhammad SAW mula kelihatan. Kerana aktivitinya dalam lembaga ini, disamping ikut membantu bapa saudaranya berniaga, namanya semakin terkenal sebagai orang yang dipercayai. Hubungan perniagaannya semakin meluas kerana berita kejujurannya segera tersiar dari mulut ke mulut, sehingga ia mendapat gelaran al- Amin, yang ertinya orang yang dipercayai.


Hadits Tentang Peristiwa Pembelahan Dada

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang menggembalakan kambing milik keluarga Halimah binti Abi Dzuaib dari Kabilah as Sa’diyah, tiba-tiba beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam didatangi dua malaikat, lalu keduanya membelah dada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengeluarkan bagian yang kotor dari hatinya. Peristiwa ini telah dijelaskan oleh Anas bin Malik dalam hadits shahih yang diriwayatkan Imam Muslim.

Juga telah dijelaskan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah hadits. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :


… فَبَيْنَمَا أَنَا مَعَ أَخٍ لِي خَلْفَ بُيُوْتِنَا نَرْعَى بِهِمَا لَنَا إِذْ أتَانِي رَجُلاَنِ – عَلَيْهِمَا ثِيَابٌ بِيْضٌ- بِطَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ مَمْلُوْءٍ ثَلْجًا ثُمَّ أَخَذَانِي فَشَقَّا بَطْنِي ثُمَّ اسْتَخْرَجَا قَلْبِي فَشَقَّاهُ فَاستخْرَجَا مِنْهُ عَلَقَةً سَوْدَاءَ فَطَرَحَاهُ ثُمَّ غَسَلاَ قَلْبِي وبَطْنِي بِذَلِكَ الثَّلْجِ حَتَّى أَنْقَيَاه ُ…

“Ketika aku sedang berada di belakang rumah bersama saudaraku (saudara angkat) menggembalakan anak kambing, tiba-tiba aku didatangi dua orang lelaki-mereka mengenakan baju putih- dengan membawa baskom yang terbuat dari emas penuh dengan es. Kedua orang itu menangkapku, lalu membedah perutku. Keduanya mengeluarkan hatiku dan membedahnya, lalu mereka mengeluarkan gumpalan hitam darinya dan membuangnya. Kemudian keduanya membersihkan dan menyucikan hatiku dengan air itu sampai bersih”[1]






Isteri dan anak Rasulullah SAW Berikut ini adalah daftar untuk Isteri – Isteri dan Anak – Anak dari Keturunan Rasulullah SAW     
Khadijah binti Khuwailid r.a.     
Saudah binti Zum’ah r.a.     
Aisyah binti Abu Bakar r.a.     
Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.    
 Zainab bin Jahsyin r.a.     
Zainab binti Khuzaimah r.a.     
Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.     
Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.     
Juwairiyah binti Al-Harith r.a.     
Maimunah binti Al-Harith     
Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.     
Mariyah Al-Qibtiyah 

Hanya seorang saja isteri Rasulullah yang gadis ketika menikah dengan baginda yakni Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq. yang lainnya adalah janda.

Dan Beberapa dari isteri Nabi SAW ini juga menjadi periwayat hadist,Sepertiu Aisyah,Hafsah, dan Zainab binti Jahsy. 

Anak – Anak Rasulullah s.a.w:
Al-Qasim     
Abdullah     
Ibrahim     
Zainab     
Ruqaiyah     
Ummu Kalthum     
Fatimah 

Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah : 
Ibrahim

Nota:
[1]Lihat, Shahih As Sirah An Nabawiyah karya Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani, hlm. 16

No comments:

Post a Comment