أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Az-Zumar 39:22)
Sahabat Nabi s.a.w bertanya mengenai ayat ini; Apakah yang dimaksud di-buka-kan itu, wahai Rasul? Maka Rasulullah s.a.w, menjawab;
"Dibukakannya ialah dilapangkan. Pembukaan itu adalah kelapangan atau kelonggaran. Sesungguhnya Cahaya itu jika dilemparkan ke dalam Dada, maka Dada memuatnya dan menjadi lapang".(HR. Al-Hakim)
Bila Hati seseorang telah dimasuki oleh Cahaya maka Hati itu akan menjadi lapang dan terbuka.
Lalu orang banyak bertanya; apakah tandanya Hati yang lapang dan terbuka itu?
Jawab Rasulullah s.a.w;
"Memperhatikan kehidupan yang kekal di akhirat dan Mengerti tentang tipu daya kehidupan dunia ini dan Orang Bersedia menghadapi MATI SEBELUM DATANGNYA MATI".(HR. Ibnu Jurair)
Sebelum memikirkan mengenai mati,seseorang itu lantas mempersiapkan keperluan yang diperlukan bagi menghadapi saat-saat kematian sebenar.Apabila telah berlaku kematian sebenar,maka tidak ada jalan lagi untuk kembali kepada kehidupan ke dunia walaupun ada terdapat segelintir yang memohon kepada Allah untuk dikembalikan ke dunia bagi melakukan lain dari apa yang mereka telah kerjakan.
Allah s.w.t menolak rayuan mereka.Tidak! masakan dapat!
(Al-Mu'minuun 23:100)
Amat jauhlah mereka pada hari itu akan rahmat dan naungan Allah s.w.t.Ia adalah berbeza dengan orang yang Allah berikan kelapangan akan islam didalam dadanya hingga merasa seperti terbuka hati dalam menerima sesuatu perkara dalam islam.Mereka juga diberikan naungan-naungan tertentu oleh Allah di hari akhirat,berbanding dengan orang yang keras hatinya lagi membatu,mereka mendapat musibah besar di akhirat.
No comments:
Post a Comment