Ibu Para Ulama (Buku) - wanalovemekahmadinah

Sunday, December 4, 2016

Ibu Para Ulama (Buku)

Disebalik para alim ulama,terdapat rahsia disebaliknya iaitu pendorong kuat,yang menasihati,yang memberikan semangat dan keredhaan kepada diri.Iaitu mereka itu adalah ibu.

Ibu Para Ulama (Buku)Kita boleh mengambil sedikit tauladan diri keberkesanan ibu-ibu para ulama mendidik anak mereka hingga melahirkan bukan sekadar anak,akan tetapi anak yang soleh lagi berjasa kepada umat ini.



"Jangan hanya bercerita tentang kecerdasan Imam Syafie, kealiman Sufyan Ats Tsauri, kezuhudan Hasan Al Bashri dan kesabaran Anas bin Malik."


Kita ibu mereka mengharapkan anak mereka seorang yang soleh,anak-anak mereka pula tidak membantah malah menuruti kehendak ibu mereka.Tentu ada rahsia didikan yang menjadikan anak-anak seperti itu.

Jadi buku Ibunda Para Ulama menghuraikan bagaimana sifat-sifat ibu para ulama dalam mendidik anak mereka kepada kita.

Saya begitu tertarik dengan cara dan gaya ibu Anas Bin Malik r.a dan Ibu al-Imam asy Syafie rahimahullah,ibu mereka tidak ragu-ragu dalam memilih hala tuju untuk anak mereka.Tidak ada keraguan dalam diri mereka bagi menghasilkan anak yang soleh.

No comments:

Post a Comment